Keranji Island 5._ 👻🌴

57 9 7
                                    

( Masjid SMAKTJ ) 8:22 malam

Firdaus bersama rakannya serta para penghuni aspura dan aspuri sedang tekun mendengar segala huraian percakapan tazkirah yang di sampaikan oleh warden mereka, Ustaz Munir di masjid sekolah.

Kebetulan tajuk yang disampaikan oleh Ustaz Munir itu tepat dengan situasi yang akan dialami oleh Firdaus serta rakannya yang lain.

Tajuk tazkirah yang disampaikan oleh yang berbahagia warden SMAKTJ bercuti di muka bumi Allah.

" Kita ni manusia., kita pi lah bercuti mana-mana pun even kita nak bercuti dekat luar negara sekali pun., belakang sekolah ni sekali pun, tolong jaga tingkah-laku. Sebab kita di tempat orang bukan tempat kita. Tambah-tambah kalau kita bercuti dekat hutan., lagilah kena jaga-jaga. Hutan tu tempat alam lain. Jadi bukan kita sahaja yang menghuni disana bahkan ada makhluk lain yang menghuni di situ lebih awal dari kita. Kita datang hutan cuma nak berkelah, bercuti kan.? Jadi jaga adab. Jaga tingkah laku. Tambah pula esok lepas habis sesi sekolah pagi korang dah mula cuti penggal pertama. Jadi hati-hatilah semasa bercuti. " Hujah Ustaz Munir panjang lebar menceritakan tentang perihal bercuti.

Firdaus yang berada di saf lelaki barisan yang kedua, tersentak apabila mendengarkan tentang hari esok di mana pelajar asrama akan pulang ke rumah masing-masing selepas tamatnya pelajar aspura menunaikan ibadah solat Jumaat.

" Alamak., aku tak tanya lagi si Shuhada ni. Aduhhh. " Getus hati Firdaus.

Galau apabila dirinya leka tidak bertanyakan lagi kepada Shuhada tentang perancangan mereka untuk bercuti di Pulau Keranji.

" Baiklah semua pelajar yang ustaz kasihi sekalian. Sampai disini sahaja tazkirah ustaz pada hari ini. Maaf andai ada silap kata terhadap kamu semua. Yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ustaz sendiri. Kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-asr. "

Kesemua pelajar aspura serta aspuri mula menadah tangan membacakan tasbih kifarah dan surah al-asr bagi penutup tazkirah mereka pada malam itu.

" Baiklah, kamu semua boleh pergi ambil wudhu dan masuk semula ke masjid. Kita akan solat Isyak secara berjemaah bersama yang akan diimamkan oleh pelajar Tingkatan 5, Idham Nasir. " Ujar Ustaz Munir seraya memetik nama seorang pelajar tingkatan 5 untuk menjadi imam bagi solat Isyak sebentar lagi.

Pelajar aspura serta aspuri mula bangun dari duduk mereka masing-masing lalu beredar keluar dari masjid dan menuju ke perkarangan bilik wudhu yang berlainan jantina bagi lelaki dan perempuan.

Otak kepala Firdaus sedang giat bekerja bagi menghilangkan runsingnya dengan berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk memberitahu Shuhada tentang perancangan bercutinya ke Pulau Keranji.

Perancangannya itu harus diberitahu segera kepada Shuhada. Jikalau tidak, melepaslah dirinya untuk bercuti bersama dia.

Sedang asyik Firdaus berfikir dan berjalan tanpa melihat ke hadapan langsung., tiba-tiba.....

" Aduhhh. "

Aduh seorang gadis tatkala Firdaus secara tidak sengaja telah memijak kaki gadis tersebut yang dibaluti bersama stoking.

Firdaus yang terkejut dengan kejadian itu terus mendongak ke arah gadis itu yang berkerut wajahnya menahan kesakitan akibat dipijak olehnya.

" Aduhh awak-awak sorry saya tak sengaja. " Ujar Firdaus cemas.

Manakan tidak cemas., tidak pernah dirinya menzalimi seorang gadis secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Akibat terlalu berfikir secara keterlaluan menyebabkan dirinya lalai dan mengundang kesakitan pada orang lain.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now