Keranji Island 2._ 🌴👻

78 11 0
                                    

Nurifa yang baru sahaja usai memberus gigi serta menempekkan bedak sejuk dimukanya terus keluar bersahaja daripada tandas dengan memakai tuala kering bagi menutupi rambutnya daripada dilihat oleh kaum ajnabi di bawah.

Sedang asyik berjalan menuju ke dormnya, dia terserempak bersama Shuhada yang sedang leka termenung sendirian di hujung koridor berdekatan gelanggang futsal sekolah.

" Mesti duk tengok Firdaus main futsal ni. " Teka Nurifa apabila memerhatikan di tingkat bawah., kelihatan pelajar senior lelaki Tingkatan 5 Cemerlang dan Tingkatan 5 Agong sedang rancak bermain sukan malam di dewan gelanggang futsal sekolah mereka.

Permainan sukan futsal yang sememangnya menjadi sukan kegemaran pelajar lelaki aspura SMAKTJ selalu dimainkan ketika ketiadaan warden., jika mereka berdegil dan terus bermain dengan adanya warden di dalam biliknya., alamatnya pelajar lelaki asrama aspura akan berkenduri di dalam Bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM. ) bersama Ustaz Munir selaku guru disiplin dan warden asrama di sekolah SMAKTJ.

Dengan gerakan perlahan dan terenjut-enjut, Nurifa menyergah Shuhada dengan sergahan yang perlahan, tetapi cukup membuatkan Shuhada terkejut besar bagaikan dirinya diserang sakit jantung.

" Booooooo. " Sergah Nurifa.

" Allahuakhbar wallahaulawala quwataaila billahialiyilazim. " Latah Shuhada.

" Hahahaha., hoiii termenung apaa, tengok Firdaus ka ? Tanya Nurifa selamba badaknya sambil melihat ke gelanggang futsal sekolah SMAKTJ.

" Ishh hang ni., mana ada la, aku ambil angin malam ja, hang pasaipaaa. " marah Shuhada sambil membuat muka rajuk menandakan dia tidak selesa dengan sergahan sengaja Nurifa sebentar tadi.

" Nasib member sendiri. " Desis hati Shuhada sendiri.

" Eleh ambil angin malam konon., walhal hang nak ambil hati Firdaus an. " Sakat Nurifa kepada rakannya yang seorang itu.

" Eiiiiyyy manaaa adaa lah. "

" Adaa buerkk., hahaha., aku kena bagi tahu Izzati and geng-geng kita ni, mesti rancak. Hohoo. " Usik Nurifa sekali lagi lantas meloloskan diri memasuki ke dalam dorm B untuk mencari sahabatnya yang lain.

" NURIFAAA SYAZWI. !!!!!! " Jerit Shuhada kuat membuatkan Nurifa makin galak menyakat temannya itu.

" Adalah habuan aku nak enjoy malam ni bahh. " sorak hati Nurifa keseronokkan.

***

Sementara itu.

( Gelanggang futsal SMAKTJ. )

" Haaa Is., shoot. " Arah Anas setelah melihat satu kekosongan ruang yang mudah untuk membuat skor futsal di malam hari.

" Haa okeyh. " Balas Iskandar sambil bersiap sedia untuk menyepak bola futsal memasuki ke pangkal palangnya.

Belum pun sempat untuk dia menyepak.....

" NURIFAA SYAZWIIIIII. !!!! "

Jeritan yang tidak diduga yang datangnya dari peti suara kecil milik Shuhada telah membantutkan sepakkan Iskandar dan membuatkan dia tidak menyepak bola, bahkan hanya angin sepoi-sepoi bahasa sahaja yang disepaknya.

" HAHAHAHAHA sepak angin. " Ejek Alif Amin seraya merampas bola futsal daripada Iskandar membuatkan Iskandar terdiam dan berjeda seketika.

" AHAHAHAHA apa la is noob., Alipp past bola. Aku nak shoot. " Arah Syah Hilmi yang datang dari arah bertentangan sambil berlari ke arah sayap gelanggang untuk mengambil bola yang bakal disepak oleh Alif Amin.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now