Keranji Island._ 22 🌴👻

47 6 0
                                    

06:48 pagi. ( Kediaman Iskandar. )

Seusai sahaja menjadi imam dan mengetuai barisan makmum yang lain di belakangnya, Zafrel Zakwan mula bangun daripada duduknya lantas melipatkan sejadah miliknya lalu digantung elok di tempat yang disediakan khas bagi menyimpan sejadah.

Dengan kalutnya, dia bersiap-siap memakai baju seragam MARITIM miliknya. Waktu sedang berlalu dengan pantas dan dirinya perlu cepat bagi mengejar si masa.

" Kamu nak cepat-cepat ni kenapa Along ? Ada operasi ka ? " tanya Ustaz Fadzli sedari daripada tadi hanya memerhatikan sahaja gelagat anak sulungnya itu yang kelam-kabut.

" Ha'ah abah, Along ada operasi dekat Pulau Keranji. " balas Zafrel Zakwan lemah lembut kepada ayahnya.

" Ehhh, Along tu bukan ke lokasi percutian alang, ada apa-apa ke kat sana ? " tanya Hanna Sakura, pabila terdengarkan sahaja nama pulau yang menjadi sasaran percutian Iskandar bersama rakannya yang lain.

" Ha'ah. Angah tak tahu ke ? Pulau yang alang duduk bercuti sekarang ni adalah pulau puaka. Tak baca dalam surat khabar atau beritakah ? Ada seorang gadis mati jatuh dari birai tingkap biliknya, yang pelik, darah si mati langsung tak ada. " terang Zafrel Zakwan sambil tangkas mengancingkan butang baju seragam miliknya.

" Hah ? Kau seriuss ahh Along ? " tanya Hanna Sakura kaget. Ustaz Fadzli dan juga Ustazah Akma turut menerima riak yang sama. Terkejut.

" Kalau begitu pergi cepat Along, selamatkan alang sebelum apa-apa jadi pada anak ibu tu. " desak Ustazah Akma.

" Baiklah ibu, Along pergi dulu. " ujar Zafrel lantas mengucup indah kedua tangan orang tuanya.

" Doakan along selamat ibu, abah. " pinta Zafrel sambil memeluk erat kedua orang tuanya.

" Doa seorang ibu terhadap anak-anaknya takkan sesekali pudar dan hilang sayang. Pergilah selamatkan alang. " ujar si ibu menyedapkan hati anaknya.

" Terima kasih ibu, abah. "

" Along, kau pergi sana jaga diri. " pesan Hanna Sakura sambil memeluk erat abang kandung kesayangannya itu.

" Baiklah, angah jaga ibu abah tau. " balas Zafrel Zakwan lantas mengucup indah dahi adik keduanya itu.

" Zafrel gerak dulu. Assalamualaikum."

" Wa'alaikumusalam. "

Zafrel Zakwan segera meluru ke muka pintu rumah agamnya lantas menyarungkan di kakinya kasut kerja miliknya yang terletak elok di rak kasut bersebelahan pintu rumahnya.

Usai memakai kasut kerja miliknya, dia terus sahaja meluru ke kereta miliknya lantas menghidupkan enjin kereta berkenaan.

" Bismillahirahmanirahim, alang kau tunggu along. " ujar Zafrel Zakwan tekad. Tekad untuk merentas masuk Pulau Keranji dan menyelamatkan adiknya, Iskandar.

***

07:10 pagi ( Hutan Lipur, Pulau Keranji. )

Air sungai yang sangat deras mengalir di tepi pinggir sungai, mengalir sambil membadai satu tubuh figura yang terlentang tidak sedarkan diri di atas batu besar yang berada betul-betul di tengah-tengah sungai deras berkenaan.

Tiba-tiba sahaja, air yang mengalir membadai tubuh kecil si dia, mengubah posisi pabila ianya membadai wajah figura tersebut mengakibatkan dia yang tidak sedarkan diri sebentar tadi, terus sahaja terjaga secara mengejut.

" Hahhhhhhh... " desah si diaaa yang hampir-hampir mati lemas pabila kakinya secara tiba-tiba sahaja tergelincir lalu mengakibatkan dia jatuh ke dalam sungai lalu di bawa pergi oleh arus yang deras.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now