Keranji Island 21._ 👻🌴

24 3 0
                                    

23:43 malam. ( Hutan Lipur Pulau Keranji. )

Langit yang gelap nun di angkasa, dipandang dengan pandangan yang sayu sekali. Bekalan makanan yang dibawa telah pun habis. Sungguh mereka sedang kelaparan dan sangat-sangat kehausan.

Sepatutnya sekarang adalah waktu untuk mereka bersama beristirehat dan meneroka tempat lain pula di Pulau Keranji tetapi lain pula jadinya pada mereka. Seusai makan dan solat zuhur pada petang tadi sehingga sekarang, mereka SESAT.

Anak panah yang ditoreh Hamizi di batang pokok diikuti dengan teliti tetapi jalannya tetap yang sama dan satu, iaitu jalan mati.

" Kita kat mana sebenarnya ni weyhh, aku dah penat lah. " rungut Izzati lantas merebahkan sahaja punggungnya di atas tanah.

Penat yang keterlaluan sedari daripada petang tadi mereka tidak beristirehat.

" Akuuu tak tahuuuu, jangan tanya aku.. " balas Firdaus pula serabut.

Anak panah sudah diikut menjadi tanda untuk keluar daripada hutan ini, peta yang digenggam kemas di tangan juga menjadi petunjuk untuk mereka keluar namun kehampaan yang mereka dapat pabila kesemuanya hanyalah jalan mati sahaja.

" Aaaaahhhhhh macam mana boleh jadi macam ni. " raung Hamizi sambil meraup kasar wajahnya.

" Sabar Mizi, Firdaus, pasti ada cara dan jalan untuk kita keluar dari sini. Istighfar kepadaNya dan jangan mudah putus asa dan mengeluh. " nasihat Nurifa, menasihatkan dua jejaka yang menjadi pemimpin kepada dirinya dan rakan mereka yang lainn.

" Tak apaa, esok kita cuba cari jalan lain. Kita ikhtiar sampai dapat. " usaha Firdaus, memustuskan kata putus pada mereka yanng lain selaku dirinya ketua.

" Bagusss Firdaus. Aku setuju. "

" Malam ni, kita rest dulu kat sini. Mizi pasang khemah untuk pelajar perempuan sahaja. " arah Firdaus sambil membantu Hamizi mengeluarkan sebuah khemah untuk dipasangkan semula.

" Ehh korang ? "

" Kami...kami akan berjaga. "

" Hah ? Kenapa ? "

" Untuk keselamatan korang jugak, alahhh tidur je lah, aku akan jaga dengan Mizi, kan Mizi. "

" Haa yaya kami jaga. "

" Dah tu time bila korang nak lena ? "

" Pukul 00:00 sampai 03:00 pagi aku jaga, lepastu pukul 03:00 sampai 06:00 Hamizi pula. "

" Ouhhhhh. "

" Siap. " ujar Hamizi, setelah memasangkan khemah perempuan lebih kurang 7 minit bersama Firdaus.

" Ha masuklah. " arah Firdaus.

Rakan perempuan mula masuk ke dalam khemah yang luasnya memuatkan 5 orang sahaja di dalamnya.

Nurifa meletakkan beg sandangnya di tepi dinding khemah diikuti Wafa, Izzati dan Shuhada.

" Dijah hang nak le.... "

Belum pun sempat dia menghabiskan kata-katanya, Nurifa tersedar bahawa sahabat yang paling rapat dengan dirinya itu, tiada disisinya mahu pun bersama mereka yang lain.

" Dijah ? Hang rindu Dijah ke Ifa ? " tanya Wafa.

Sebak mula berkerumun di dada. Sungguh dia rindu akan Khadijah walaupun baru sahaja berpisah pada siang hari tadi.

Anggukan kepala Nurifa menjadi jawapan kepada persoalan Wafa yang tergantung sebentar tadi.

" Sabarlah Ifa, kami pun rindukan Dijah. " ujar Shuhada lantas memeluk lembut sahabatnya itu bagi menenangkan hati si dia.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now