Keranji Island 7._ 👻🌴

42 4 0
                                    

Jalan Ulu Keranji., Sungai Siput., Perak.

( Tahun 1989. )

" Bagi duit kepada aku sekarang., cepat sekarang aku nak pakai lah ishhh. " Amuk Daniel yang separa sedar akibat dipengaruhi oleh alkohol yang diminumnya sebentar tadi di kota raya Ulu Keranji.

Daniel Aiman @ Wong adalah seorang lelaki berumur 50- an., merupakan kacukkan cina yang sering melakukan jenayah seperti berjudi., meminum arak serta memecah masuk rumah masyarakat awam di sekitar kawasan perkampungan Ulu Keranji.

Dia yang baru sahaja kalah besar pada malam selasa yang lalu di dalam pertaruhan judi bersama ketua mafia Ulu Keranji., perlu membayar wang pertaruhan sebanyak Rm50,00000 ringgit Malaysia selama 3 hari. Dan hari ini adalah hari terakhir baginya untuk membayar wang pertaruhan tersebut.

" Woiii aku cakap bak sini duit kau tu bagi je lah., apa yang kau bengap sangat. " Marah Daniel sekali lagi apabila isterinya yang sah iaitu., Husna Fatin enggan memberikan wang simpanannya kepada suaminya.

Bukannya dia tidak mahu memberi tetapi dengan wang simpanan yang datang daripada hasil kerja dua anaknya itulah yang hendak dijadikan bayaran sewa rumah serta bayaran bil api dan air yang kian semakin banyak tertunggak.

" Ini duit kita mahu bayar bil air dan api abang., duit ni juga kita nak bayar sewa rumah ni., kalau tak dibayar., habis lingkup semuanya abang., hendak diharap hasil daripada abang., hermmm., kais pagi makan malam lah kita. " Marah sang isteri pula., tidak tahan dengan sikap baran suaminya yang kian hari semakin melampau.

" Arrrhhhh kau jangan nak banyak membebel la jahanam., bak sini duit kau atau aku bunuh kau. "

" Tidak., saya takkan benarkan. " tegah Husna., tetap dengan keputusan teganya.

" Arhhhhhhhhhh "

Baru sahaja hendak melulu membunuh sang isteri menggunakan sebilah pisau pemotong daging milik isterinya yang tersimpan rapat di celahan ruangan dapur., Daniel dikejutkan dengan panggilan yang diterima olehnya.

Mafia Ulu Keranji
is calling.......

Terkejut serta terbeliak biji matanya apabila mendapati mafia yang dihutang olehnya sedang menghubunginya., keadaan kian parah.

Panggilan diangkat juga bagi mengelakkan pertengakaran antara dia dan mafia tersebut berlaku.

" Hallo bosss., manaa wa punya duit lorhh.? " Sapa Wukong., selaku ketua mafia di kawasan pegangannya., Ulu Keranji.

" Errrrrrr... Wuuuuu.. Wukong., sabar kejap lah., wa.. Wa sedang kumpul ooo. " Balas Daniel dalam keadaan tergagap-gagap.

" Haiiyaaa., lu tak yah tipu sama gua lah., wa sudah on the way ke lumah lu., lu tunggu aaaaa., wa punya olang akan datang. Jangan lisauu lorhh. " Balas Wukong semula dengan dialek loghat cina dan nada riak.

" Haiiya lu ada mana sudah Wukong., asal tak cakap mau datang. " Ujar Daniel mulai gementar. Mana dia mahu cari duit sebanyak Rm50,00000 sedangkan gaji kerjanya selaku pengawal keselamatan hanya Rm1,500 sebulan sahaja.

" Hahahaa., wa lagi 700 meter wa sampai lah nah., haiyaaa jangan lisauu lorhh. Okeyh baibai. " putus Wukong.

Tidak sabar dirinya untuk menikmati wang sebanyak Rm50,00000 di dalam hidupnya.

" Ameng., kasi laju bawa ini kereta.. Haiyaaa banyak sloww ahh lu. " Desak Wukong., mendesak orang kanannya agar cepat., pantas dan laju sampai ke destinasi.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now