Keranji Island 8._ 🌴👻

37 8 0
                                    

Sabtu. 14/03/2020. ( 3:03 petang. )

Cuti penggal pertama persekolahan telah pun bermula pada hari ini bagi kesemua pelajar sekolah rendah mahupun pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Iskandar yang terbaring di atas katil mengelamun seketika., membayangkan keindahan percutiannya bersama sahabatnya yang lain pada esok hari.

Esok adalah hari Ahad bertarikh 15/03/2020., adalah di mana hari berlangsungnya percutian ke Pulau Keranji seperti yang sudah dirancang oleh mereka awal-awal lagi di sekolah.

" Haihhh tak sabar aku nak bercuti dengan diorang. Ermmm mesti seronok. " Getus hati Iskandar sendirian sambil tersenyum lebar memikirkan percutiannya bersama sahabatnya.

Lagi seronok percutiannya kerana dia mendapat tahu., bahawa dia bukan sahaja bercuti bersama rakannya yang lain bahkan crushnya., iaitu Nurul Khadijah juga turut serta mengikut ekspedisi mereka ke Pulau Keranji.

" Aaaahhhhhh seronoknyaa esokkk. "

Iskandar mulai berasa bosan di dalam biliknya. Ibu bapanya tiada di rumah kerana perlu menghadiri kenduri kahwin jiran mereka di Teluk Bahang., manakala kakaknya pula tiada dirumah kerana keluar bersama abangnya ke bandar raya untuk membeli peralatan kakaknya bagi menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarahnya.

Satu idea muncul di benak fikiran Iskandar bagi melepaskan rasa bosannya ialah., bervideo call bersama rakan-rakannya yang lain.

" Video call ngan diorang lah., aku yakin diorang pun pishang macam aku hahaha. "

Iskandar segera bangun daripada pembaringannya lalu mencapai telefon bimbit berjenama Xiomi 6x miliknya yang terletak di atas laci bersebelahan katilnya.

Aplikasi whatsapp dibuka., Iskandar segera mencari serta membelek kenalan-kenalannya di whatsapp bagi tujuan untuk menghubungi mereka bagi sesi video call pada petang itu.

" Nahh., kita telefon Hamizi dulu ah. "

Kenalan Hamizi ditekan dan operator whatsapp sedang sibuk menghubungi Hamizi bagi menyambungkan talian perhubungan di antara Iskandar serta Hamizi.

Tuttt..tuttt..tuttt..

" Hello. " sapa Hamizi dengan suara garaunya.

" Hahaha sah baru bangun tidur. " desis hati Iskandar dapat mengagak apa yang sedang dilakukan oleh Hamizi sekarang.

" Wuiii Mizi. "

" Ha awat. "

" Hahah sajaa call. Pishang. "

" Ish hang nih., kacau ah aku nak lena. "

" Yessss.. Tepat sekali. " sorak Iskandar tetapi didalam hati apabila tekaan dia mengenai Hamizi yang sedang tidur tepat sekali.

" Firdaus ada cakap tak esok kumpul mana.? " Tanya Iskandar., memulakan sesi soal jawab.

" Tak pun.. "

" Aishhh dia lupa dah la nih. " Monolog hati Iskandar., geram.

" Ha sat aku call Firdaus dengan yang lain. "

" Ha okeyh. "

Iskandar segera mencari kenalan Firdaus serta Syah., bersama kenalan Izzati., Khadijah., Shuhada., dan Ifa bagi mengajak mereka turut serta dalam sesi video call pada petang itu.

Rangkaian sedang berusaha menjejaki status kesemua rakannya yang diajak untuk turut serta di dalam sesi video call mereka dann.... Berjaya dihubungkan.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now