Keranji Island 15._ 👻🌴

32 3 0
                                    

( 9:00 pagi, pantai Pulau Keranji. )

Dada langit yang bewarna biru muda di angkasa, terbentang luas dengan dihiasi beberapa kepulan awan-awan putih di sekitarnya, merancakkan lagi suasana yang tenang, nikmat dan damai pabila kita melihatkannya.

Ditambah pula dengan bunyi kicauan riang burung-burung yang sedang bertenggek di pohon, tidak ketinggalan ada juga beberapa ekor burung yang sedang terbang di angkasa berduet bersama pasangan masing-masing.

Pasir pantai yang halus dan lembut itu dipandang indah, dan secara tiba-tiba dengan pantasnya, ia hilang seketika daripada pandangan apabila dibadai oleh sang ombak yang tidak henti-henti mengganas sejak daripada subuh tadi lagi.

Aaina yang keseorangan di kaunter receptionist mula melakukan tugasan adiknya, Aaini, memandangkan adik kembarnya itu cuti demam secara mengejut, jadi tinggalah dia keseorangan untuk menguruskan buku kaunter keluar masuk pelanggan di Ulu Keranji Resort.

Keringat lapangan dahi Aaina mula berpeluh, meleleh membasahi permukaan pipinya yang gebu lalu turun jatuh membasahi lantai resort yang kasar. Dibiarkan sahaja peluhnya itu membasahi wajahnya, asalkan kerja-kerjanya di kaunter itu siap, dan dia boleh beristirehat sebentar lagi. Itu pun kalau tiada pelanggan baharu yang datang menginap di resort mereka. Eerhhh.

" Cepat lah sembuh adikk ooii, penat aku nak urus sorang-sorang ni " keluh Aaina sambil tangan kanannya ligat melakukan kerja-kerja Aaini yang tertunggak semalam.

Sedang asyik menulis, angin sepoi-sepoi bahasa mula mendayu perlahan-lahan mencium dan menghinggap di tubuh Aaina, membuatkan dirinya merasa lega dan berada di dalam nikmat kesejukkan seketika. Aaahhhh.

" Santai nampak " tegur satu suata garau dari arah belakang Aaina.

" Hah ? " terkejut Aaina, manakan tidak secara tiba-tiba sahaja muncul satu suara lelaki di situ.

Hendak dikatakan suara garau itu milik kepada Encik Fazrul adalah sangat mustahil, kerana Fazrul telah bertolak ke Kota Bharu, Kelantan sekajap tadi bagi menghadiri majlis walimaturus kakaknya di sana.

Siapa pula yang menyakatnya ?

" Hai, sini lah. " tegur lagi suara garau itu tetapi kini lebih dekat di halwa pendengaran Aaina.

Gulp !

" Mana kau ? "

" Baaaaaaaaaa. " kejut si suara garau.

" AAAAHHHHHHHHH. " galak Aaina terkejut lantas tanpa berfikir panjang memeluk terus figura yang menakutkan dirinya sebentar tadi.

" Aduhh, aduh, sakit ahh. " aduh si penyergah sebentar tadi. Pelukkan yang diberikan oleh Aaina kepada dirinya amat kuat dan terlalu sakit baginya.

" Hah ? "

Aaina segera meleraikan pelukkannya yang tegap dan kuat di tubuh figura yang dipeluknya sebentar tadi. Dikerlingnya wajah si dia, taguna.

" Apa awak buat ni hah ? " marah Aaina, sambil menampar perlahan lengan si dia.

" Apaa dia, awak yang peluk saya, nasib kawan-kawan saya tak ada. " marah si suara garau itu kembali. Tidak mahu mengalah.

" Mangkuk. "

" Hah ? "

" Tak ada, ha Encik Is nak apa datang kemari ? Dah puas kena peluk ? " perli Aaina sambil menjeling ke atas siling kaunter resort.

" Eshhh, saya ke sini nak tanya, kat mana tempat yang boleh disewa bot, saya nak keluar jelajah laut kejap. " beritahu Iskandar akan tujuannya yang sebenar datang kemari.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now