Keranji Island 17._ 👻🌴

32 3 0
                                    

20:56 malam, Ulu Keranji Resort, Pulau Keranji.

" Ehh kau tak siap ke Aaini ? " tanya Aaina, sambil bersiap-siap mengenakan tudung bawal berwarna jingga di kepalanya.

" Kemana pulak dah ? " tanya Aaini dengan malas.

" Ha tu lahh kau, blahhh macam tu ja masa Fazrul ada tadi. Malam ni ada mesyuarat lahh, pukul 21:00 satgi kena ada dah kat dewan. " ujar Aaina sambil mengerling wajah adik kembarnya dari cermin dihadapannya.

" Alaahhh, kau pergilahh sorang aku nak rest. "

" Jangan mengada, jom-jomm. "

" Taknakkk lahhh. " desah Aaini, tidak mahu sambil berbaring malasann di atas katil.

" Aaini Insyirah Bintii Ariff Zakuan, kakak kataa jom, J O M. faham ? " paksa Aaina, terus-terusan memaksa Aaini agar mengikuti dirinya ke mesyuarat bersama Fazrul Fahmi seketika nanti.

" Aaaaahhh yalaaa-yalaa, suka paksa orang lah dia ni. " akur Aaini, akhirnya mengalah dengan desakkan dan paksaan kakak kembarnya.

" Hahahaa haa giteww, dah jom. "

Aaini mula bangun dari pembaringannya lalu mencapai tuala mandi miliknya lantas menapak langkah menuju ke ruangan bilik air mandi rumah mereka.

" Cepat sikit, aku tunggu kau dekat bawah, jangan lambat dan jangan sengaja buat-buat lambat, faham ? " jerit Aaina kepada Aaini yang berada di dalam bilik mandi.

Aaini yang baru sahaja hendak melucutkan keseluruhan pakaiannya berjeda seketika akibat jeritan yang datang daripada kakaknya. Eeeyyy ingat aku budak-budak ka ?

Tanpaa mendengar sepatah balasan daripada Aaini, Aaina keluar daripada bilik tidur mereka berdua lantas menuruni satu per satu anak tangga menuju ke ruangan tamu bagi menonton seketika rancangan TV yang menarik yang terpapar di skrin kaca televisyen.

Suasana sepi mula menyelubungi bilik tidur pasangan kembar. Kedengaran jelas pancuran air hujan yang datang dari dalam bilik air, tanda ia sedang digunakan seseorang untuk bermandi-manda.

Sedang asyik dirinya menyampu rambutnya dari dalam bilik air, tidak semena-mena, halwa pendengarannya menangkap kuat sesuatu ayat bait yang dituturkan oleh seseorang dari luar bilik mandi, siapakah itu ? Bukankah kakaknya sudah turun ke bawah.

Pancuran air hujan dimatikan seketika bagi mendengar dengan lebih jelas akan kehadiran suara aneh itu namun, hanya kesepian sahaja yang menyelubung dirinya.

" Pelik. " gumam hati kecil Aaini.

Tidak dihiraukan dengan suara aneh itu, Aaini meneruskan agenda menyampu rambutnya yang tertangguh seketika tadi, tetapi tidak lama apabila telinganya sekali lagi menangkap kuat suara aneh seseorang mengungkap kata-kata. Tetapi kali ini, ianya kedengaran lebih kuat seperti berada bersebelahan dirinya sahaja.

" Gulppp. " terasa kesat sahaja air liur yang mahu ditelan oleh kerongkong milik Aaini.

" Mati ~ "

" Mati ~ "

" Mati ~ "

Aaini mula diserbu rasa takut yang teramat. Janganlah lembaga yang dia nampak di lif berdekatan bilik stor tempoh hari mahu menjelmakan dirinya kepada Aaini. Sungguh, dia sangat ketakutan sekarang ini walaupun berada di rumah sendiri.

Tidak pernah Aaini diganggu oleh mana-mana makhluk halus sebelum ini namun selepas kedatangan lapan bersahabat ke Ulu Keranji Resort di Pulau Keranji ini, hidup Aaini bagaikan berubah. Ini adalah kali kedua dirinya diganggu. Aahhhhhhh !!

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now