Bab 2

10.1K 434 5
                                    

Aku memandang pakaian yang disarungkan pada tubuhku melalui pantulan cermin. Aku memusingkan sedikit badanku sebelum menggangguk sedikit. Cantik, kena dekat aku. Pandai aku pilih warna tudung, sesuai.

"Dhila"

Aku terus memusingkan badan apabila namaku dipanggil. Seorang lelaki yang sedang memegang kamera menjamah pandangan apabila aku keluar daripada bilik persalinan.

"Dah siap?" Lelaki tersebut menyoal. Gayanya seperti sudah bersedia untuk mulakan photoshoot.

"Dah siap Abang Man. Jom"

Lelaki yang bernama Razman itu aku panggil Abang Man kerana umurnya 15 tahun lebih tua daripadaku. Jadi memang selayaknya aku memanggilnya abang.

Kelihatan Abang Man sudah berlalu ke kawasan photoshoot.

Baru sahaja kaki ingin melangkah ke tempat dimana Abang Man berada, aku terdengar loceng pada pintu berbunyi, menandakan ada orang baru masuk ke dalam butik.

Aku mengerutkan dahi. Eh, bukan ke butik ni tutup hari ini? Siapa pula yang datang? Rasanya board dekat depan tu tulis tutup.

Aku memandang ke arah bilik penyimpanan baju. Nampaknya Puan Suraya masih tidak keluar daripada bilik penyimpanan baju itu kerana mencari satu baju yang telah hilang.

Aku menggaru kepalaku yang dilitipu tudung. Aduh, siapa yang nak pergi tengok siapa yang datang tu eh? Aunty tengah cari baju, takkan aku pula? Abang Man dah ready nak photoshoot tu.

Aku mengintai sedikit di ruang hadapan butik. Kelihatan seorang wanita seperti sedang mencari-cari seseorang. Pasti dia mencari pekerja di sini.

Aku berfikir sejenak. Nampaknya, aku jugalah yang kena layan tu.

Aku berlari ke arah Abang Man yang sedang set up camera. Pantas aku memberitahunya bahawa ada seseorang memasuki butik dan aku perlu melayannya kerana Puan Suraya masih hilang disebalik bilik penyimpanan.

"Yelah, tapi jangan lama sangat" Abang Man memberi greenlight.

Aku tanpa membuang masa terus berlalu ke arah ruang hadapan butik. Kelihatan seorang wanita yang agak berusia tersenyum apabila melihat aku menghampirinya.

Aku membalas senyumannya lalu ternampak seorang lelaki sedang bercakap telefon di hujung butik. Gayanya seperti tegas.

Aku terus menghiraukan lelaki tersebut lalu mendekati wanita yang agak berusia itu.

"Assalamualaikum" wanita tersebut lembut sahaja memberi salam sambil senyuman manis terhias diwajah.

"Waalaikumussalam" aku membalasnya salamnya dengan hormat. Aku nampak matanya sedang meniti tubuhku.

"Ya Allah, cantiknya kamu" terus wanita itu memuji aku. Aku terus tersenyum suka. Wow, first time jumpa dah puji.

"Tak adalah puan, biasa je" aku menjawabnya dengan sedikit rasa segan. Tiba-tiba sahaja kena puji dengan orang yang baru kita jumpa, mestilah malu.

"Kamu pekerja butik ni ka?"

Soalan wanita itu membuatkan aku terus menggelengkan kepala.

"Tak puan, saya sebenarnya model. Saya ada dekat sini untuk photoshoot. Puan Suraya ada hal sekejap, sebab itu saya yang jumpa puan" aku menerangkan kepadanya sebelum dia mengganguk sedikit.

"Tak payahlah panggil puan. Nama aunty Mardhiah, panggil je Aunty Mar" Puan Mardhiah memperkenalkan dirinya.

"Baik aunty"

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now