Bab 27

4.7K 320 39
                                    

"Korang, kita singgah 7 Eleven kejap boleh tak?" Aku yang berada ditempat duduk hadapan memandang ke arah Adara dan Athiqh yang berada di tempat duduk hadapan. Athiqh kekal fokus dengan pemanduan manakala Adara memusingkan kepala memandang aku. 

"Kau nak buat apa?" Adara menyoal hairan.

"Aku nak beli aiskrim. Dah lama gila aku tak makan." Aku teringat aiskrim Magnum yang selalu menjadi pilihan aku. hampir sebulan aku tidak makan makanan sejuk itu. Kecur liur bila teringatkan kesedapannya.

"Tapikan abang Hafiz tak bagi akak pergi mana-mana?" Athiqh bersuara disebelah, tetapi dia tidak mengalihkan pandangan. 

Aku menghadap Athiqh pula.

"Alah, kejap je. Nak beli aiskrim ja pun. Boleh la, eh?" Aku cuba memujuk. Dah lama aku tak makan airkrim, teringin betul rasa aiskrim mewah itu.

"pergi je lah Athiqh. Dia ni selagi tak dapat apa yang dia, selagi tu dia akan minta. Nanti kau juga yang bernanah telinga." Sempat lagi Adara mengutuk aku. Aku berniat nak tampar dia, tapi bila kenangkan yang dia setuju nak pergi 7 Eleven, tak jadi aku nak tampar.

"Yalah. Rasanya dekat depan tu ada 7E."

Aku terus tersenyum suka. Akhirnya, dapat juga aku beli. 

Athiqh membelok masuk ke simpang sebelum dia masuk ke perkarangan kedai. Dia memarkirkan kereta di hadapan kedai serbaneka yang mempunyai papan tanda tertulis 7E. Handbreak ditarik lalu Athiqh menyandarkan badan kebelakang.

"Kau jangan perli lama sangat. Kejap je."

"Ok. Kau tak nak teman aku ke?"

"tak rajin"

"Ok" Aku bersuara dahulu sebelum keluar daripada kereta. Kaki aku melangkah laju masuk ke dalam kedai serbaneka itu. Aku menolak perlahan pintu kaca sebelum aku mengatur langkah ke arah peti ais yang menempatkan aiskrim. 

Mata aku meliar memandang ke dalam petiais itu. Pelbagai jenis aiskrim yang terada di kedai ini. Aku mencari pula aiskrim Magnum, nampaknya terdapat 3 jenis perisa, classic, almond dan juga white chocolate

Aku berfikir sejenak. Aku tidak tahu mana satu yang hendak aku pilih. Aku teringin nak makan classic, tapi almond nampak sedap. Ke aku nak white chocolate? Tapi classic pun sedap juga.

Aku mula pening, aku tidak tahu yang mana satu aku teringin nak makan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku membeli kesemuanya, tapi membazir pula. Lagipun aku hanya boleh makan sebatang sahaja aiskrim, jika lebih tekak aku tak boleh terima.

Sedang aku berkira-kira perisa apa yang hendak aku pilih, tiba-tiba sahaja Adara muncul disebelah aku. Mukanya nampak cuak, dia juga sepertinya sedang melihat sesuatu.

"eh? Kenapa kau masuk? Tadi cakap tak rajin" Aku melihatnya hairan. Tadi tak nak teman aku, sekarang muncul pula dekat sebelah.

Adara pandang luar kedai dahulu sebelum laju memandang aku. Wajahnya nampak agak risau. Aku perasan ada kerutan sedikit di dahinya.

"Jom masuk kereta." Adara tidak menjawab soalan aku, sebaliknya dia mengajak aku masuk ke dalam kereta.

Aku kerutkan dahi. Aku memandangnya dengan wajah pelik.

"Lah, kenapa? Aku tak sempat beli lagi" Aku menunding jari ke arah peti ais yang berada di hadapan aku.

Adara diam sekejap, caranya seperti sedang berfikir.

"Hafiz, dia call tadi suruh bawa kau pergi pejabat dia" 

Wajah aku berubah pelik.

"Kenapa pula dia call kau? Kenapa dia tak call aku?" Aku semakin pelik. Kenapa Hafiz nak call Adara sedangkan dia boleh sahaja call isterinya?

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now