Bab 18

5.4K 339 18
                                    

Aku memandang wajah seseorang yang sedang terbaring lemah di atas katil. Tangan kirinya aku genggam erat. Air mata aku mengalir satu persatu tanpa dapat kutahan. Wajahnya aku tatap dengan penuh rasa kasih. Dia dipasangkan dengan alat bantuan pernafasan. Kepalanya berbalut. Tangan kanannya turut berbalut.

Perasaan bersalah mula menghempas diri. Perasaan sebak kembali datang menjelma. Aku menekup mulut. Menahan daripada tangisan keluar. Ya Allah, sakitnya rasa ini. Peritnya rasa bila kawan baik sendiri sanggup korbankan diri untuk selamatkan aku.

Wajah aku berkerut seribu. Air mata aku semakin galak mengalir. Tangannya yang berada didalam genggaman aku, aku angkat lalu aku tekapkan pada pipi. Aku menutup mata menahan tangisan. Kenapa Naura? Kenapa kau sanggup korbankan diri kau?

"Cik Naura mengalami hentakan yang agak kuat pada kepalanya."

Dada aku bagaikan dihempap kuat. Apa yang doktor beritahu semasa Naura berada didalam wad kecemasan betul-betul membuatkan aku jatuh terduduk. Doktor memberitahu yang Naura mungkin tidak akan sedarkan diri buat beberapa hari dan akan ditempatkan di ward ICU.

Aku menangis teresak di situ. Dihadapan doktor, dihadapan semua orang. Sungguh aku tidak sanggup, aku berasa berdosa yang teramat sangat. Kawan baik aku jadi begitu disebabkan aku. Disebabkan kecuaian aku sendiri.

Sewaktu itu, Adara tidak henti menenangkan aku, sedangkan dirinya juga aku yakin tidak dapat menahan kesedihan. Tangan Adara juga mengalami kecederaan yang agak teruk. Tangan kirinya perlu dijahit 7 jarum kerana terkoyak terkena batu yang tajam semasa terjatuh.

Adara korbankan dirinya untuk elakkan aku daripada jatuh terus ke tanah. Dia sanggup menjadi menghadang daripada kulit aku menyentuh tanah sehingga dia luka sebegitu sekali.

Aku melepaskan tangan aku daripada menggenggam tangan Naura. Aku tidak dapat menahan tangisan. Kedua-dua belah tangan aku gunakan untuk menekup wajahku. Aku menangis teresak-esak dengan menahan suara daripada keluar. Aku tidak mahu mengganggu pesakit yang lain.

"Aisya" suara perlahan itu masuk kedalam telingaku. Aku melepaskan tanganku daripada menekup muka lalu wajah Adara aku pandang.

Dia senyum sedikit ke arahku, namun aku yakin ia hanyalah senyuman palsu. Adara meninggalkan aku seketika untuk menghubungi keluarga Naura. Dia juga turut menghubungi Hafiz. Memang sepatutnya aku yang menghubunginya, tetapi aku langsung tidak dapat mengawal diri daripada menangis. Akhirnya, Adara yang menghubungi Hafiz dan memberitahu keberadaan aku di hospital.

Air mata aku kembali mengalir apabila aku melihat tangan Naura yang berbalut. Wajah aku sebik semula. Ya Allah, aku dah sakitkan kedua-dua kawan baik aku.

Adara tanpa membuang masa memeluk aku dengan sebelah tangannya. Aku tidak membalas pelukannya, risau jika terkena tangannya yang baru sahaja berjahit.

"Aku minta maaf, Dara. Aku minta maaf" Sejak daripada berada didalam ambulans lagi, aku mengulangi kata maaf tersebut. Sungguh aku rasa teramat berdosa. 

Adara mengusap perlahan belakangku, cuba untuk menenangkan aku.

"Kau tak salah Aisya. Semua ni takdir. Takdir yang kita kena terima"

"Semua ni takkan jadi kalau aku tak cuai. Tangan kau takkan kena jahit sampai macam tu sekali. Naura takkan..." Apabila aku mahu bercakap tentang Naura, sebak kembali menusuk kedalam dada. Aku tidak sanggup bercakap tentang keadaan Naura.

"Sabar Aisya. Kita kena terima semua ni. Insyallah, Naura akan sembuh macam dulu balik" suara Adara semakin mengendur. Aku dapat dengar sebak suaranya.

Aku tahu dia juga susah untuk terima semua ini. Kawan baik yang sentiasa bergelak tawa bersama terbaring kaku diatas katil hospital. Dengan dipasangkan alat bantuan pernafasan.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now