Bab 41

6.5K 347 51
                                    

Aku membawa first aid kit yang disimpan di stor lalu membawa masuk ke dalam bilik. Hafiz yang sedang duduk di atas katil didekati sebelum aku melabuhkan punggung disebelahnya.

Aku berasa bersalah yang teramat sangat atas perbuatan along kepadanya. Air mata tak usah dicakap, mengalir tidak berhenti.

Dia menggerakkan sedikit badan untuk menghadap aku. Apabila melihat wajahnya yang lebam dan luka, aku bertambah sebak.

"Sorry abang" aku mengungkapkan kata maaf.

Jujur aku berasa betul-betul bersalah. Jika aku tahu along akan bertindak begini, awal-awal lagi aku dah bagitau along.

"Kenapa pula sayang minta maaf? Bukan salah sayang. Bukan salah along juga. Abang yang salah, abang yang buat keputusan tanpa fikirkan risiko. Abang memang layak kena macam ni"

Apabila dia berkata begitu, aku semakin rasa ingin menangis.

"Sayang jangan nangis" jarinya mengusap lembut pipi aku. Menghapuskan air mata yang mencemarkan wajah aku.

"Abang ok. Sayang jangan risau. Sekarang ni, boleh tak sayang tolong letakkan ubat? Dah lama tak bermanja dengan sayang" Dia mencuit sedikit hidung aku sebelum tergelak kecil.

Aku juga terus tersenyum apabila dia berbuat demikian. Dia ni, tahu sahaja bagaimana nak buat aku senyum.

.

.

.

"Kenapa kau tak buat report? Apa function kitorang sebagai polis?" Tegas sekali along melantunkan soalan.

Hafiz telah menceritakan semuanya, daripada kemunculan Kazril sehinggalah penceraian. Sepanjang penceritaan itu juga, wajah along masih ketat.

"Saya dah buat report, tapi polis tak dapat nak sahkan yang Kazril betul-betul bersalah." Hafiz tenang sahaja menjawab soalan along.

Aku memerhati kedua-dua hero aku ini. Walaupun aku tahu jauh dalam sudut hati Hafiz pasti timbul perasaan gentar apabila melihat abangnya ini seperti mahu menelan dia hidup-hidup.

Dahi along berkerut memandang Hafiz dengan pandangan kasar.

"Apa maksud kau? Ke kau yang tak bagi sebarang bukti yang menunjukkan Kazril punca semua ni" Along tidak mengerti. Tidak mungkin kes ini terlalu sukar. Pasti ada bukti yang dapat mensabitkan Kazril.

"Kazril ni bukan orang sembarangan, dia bijak. Malahan sangat bijak. Semua kerja yang dia buat bersih tanpa sebarang kesan. Dan pasal ugutan, saya tak ada sebarang bukti untuk buat report tentang kes ugutan. Dia ugut saya secara depan-depan, bukan melalui kertas ataupun mesej. Dia tiba-tiba muncul disebelah saya dan mengugut. Mustahil untuk saya merakam suaranya"

Along diam mendengar. Wajahnya masih sama tidak berubah.

"Satu benda je yang saya tak faham, siapa Kazril ni sebenarnya? Apa kaitan dia dengan keluarga ni?" Hafiz menyoal dengan nada tidak mengerti.

Rupanya dia sendiri tidak tahu siapa Kazril ini. Mungkin dia tidak pernah menanyakan tentang Kazril kepada ibu ataupun ayah.

"Kazril tu sebenarnya bekas kekasih saya masa saya berumur 20 tahun. Kitorang putuskan hubungan sebab dia tak boleh terima yang saya ada kanser." Aku membuka cerita perit itu. Pada awal pengetahuan aku tentang kanser itu, aku yakin yang aku boleh sembuh.

Akan tetapi, selepas Kazril putuskan hubungan, keyakinan aku itu terus jatuh merudum. Aku kecewa, aku sedih. Aku tak mampu terima kenyataan sehinggalah aku asa kecewa untuk teruskan hidup. Lelaki yang telah bersama aku selama 3 tahun meninggalkan aku begitu sahaja.

Takdir Terindahku √Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt