Bab 8

6.6K 426 18
                                    

Aku hela nafas berat. Kaki aku dilunjurkan lalu tudung yang tersarung dikepala aku cabut sebelum letakkannya ke tepi. Badan aku sandarkan pada kepala katil.

Aku letih sekarang ini. Baru sekarang aku dapat rehat setelah seharian berada didalam busana pengantin. Lepas sahaja habis semua tetamu, aku terus mandi, kemudian rehat sekejap. Ini pun masih ada lagi sepupu sepapat dan makcik pakcik aku yang belum pulang.

Syukur, kenduri belah keluarga aku berjalan dengan lancar. Kenduri yang diadakan hanyalah sederhana. Hanya memanggil rakan-rakan aku yang rapat serta jiran tetangga. Tidak lupa juga kawan-kawan sekerja Along dan Angah.

Aku ketawa sedikit. Tiba-tiba fikiranku teringat kepada 2 orang kawan along yang tiba-tiba sahaja muncul dengan lengkap memakai baju polis. Pada awalnya tak payah cakap, cuak gila! Aku mati-mati ingat polis tu nak tangkap sesiapa dekat kenduri aku. Rupa-rupanya, dua orang manusia tu ialah kawan along aku. Macam manalah aku boleh lupa yang abang aku tu polis. Memanglah kawan-kawan dia pun polis.

Hampir jugalah kepala along dihempuk oleh telefon pintar ibu. Walaupun bukan salah along, tetapi ibu tetap geram dengan anaknya itu kerana tidak bagitau awal-awal, ataupun menyuruh rakannya itu tukar baju dahulu sebelum datang.

Nak dimarahkan along pun tak boleh juga, sebab rakan-rakannya itu kebetulan perlu meronda di kawasan yang berdekatan dengan kawasan rumah aku. Dah alang-alang lalu, singgah sajalah makan nasi kenduri. Nasib mereka hanya datang sekejap sahaja, kalau lama silap-silap tak ada orang yang nak datang kenduri aku.

Nasib baiklah kawan-kawan angah datang secara normal. Tidak memakai kot doktor mahupun membawa jarum suntik. Ok, itu dah melebih.

Fikiran aku melayang pula kepada ibu dan ayah aku. Mereka berdua tak payah cakap, sibuk betul melayan tetamu. Senyuman tu memang tak pernah lekang langsung hari ini. Aku sengaja menjemput rakan-rakan yang hanya rapat dengan aku sahaja, kerana aku mahu ibu dan ayah dapat memanggil rakan-rakan mereka dengan lebih ramai. Bak kata orang, kenduri kahwin ini sebenarnya bukannya untuk anak-anak, tetapi lebih kepada untuk ibu bapa.

Walaupun ada juga telinga aku menangkap bunyi-bunyian yang mengatakan aku ni gatal, sebab langkah bendul dan kahwin dulu daripada abang-abang aku. Memanglah along dengan angah aku tak kahwin lagi, sebab jodoh diorang masih belum sampai.

Lagipun, diorang berdua tu nak focus kerja dahulu. Kerja sebagai polis dan doktor perlukan komitmen sepenuhnya dan bukan seperti kerja-kerja biasa. Sebab itulah mereka berdua suka lari apabila isu perkahwinan dibangkitkan.

Bila teringatkan tentang along dan angah, hati mula disuntik rasa sayu. Yalah, hanya mereka berdua adik beradik yang aku ada. Walaupun mereka berdua tu selalu menyakitkan hati dan kuat membuli, tetapi diorang tetap jaga aku dan sayang aku. Aku masih ingat apa yang pernah berlaku dahulu, mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan aku sihat kembali.

Angah, walaupun dia nampak gembira dan kadang-kadang happy go lucky, tapi aku tahu tu taktik dia untuk tunjukkan yang dia ok. Padahal aku tahu, dia cuma nak lupakan beban yang dia tanggung semasa di hospital. Bekerja sebagai doktor bukannya mudah, tambahan pula sebagai ortopedik memang banyak cabarannya. Angah selalu bagitau yang boleh dikatakan setiap hari akan ada kemalangan dan jumlah pesakitnya semakin ramai. Walaupun dia selalu stress dan tertekan, tapi dia tetap nak hiburkan aku.

Along. Dia adalah abang sulung aku yang sangat-sangat sayang dekat adik-adik dia. Aku senyum sedikit. Aku tahu, dia masih belum boleh terima Hafiz sebagai suami aku. Aku tahu dia masih tak yakin dengan Hafiz, tapi apa aku boleh buat? Kasih sayang seorang abang itu yang menyebabkan along begitu risau jika Hafiz tak boleh jaga aku.

Sekonyong-konyong, aku terdengar pintu bilik dibuka. Pantas tudung sarung yang aku pakai tadi diletakkan di atas kepala. Langkah berjaga-jaga, mana tahu ada lelaki yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik aku.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now