Bab 36

5.7K 346 116
                                    

"Maafkan abang sayang. Abang terpaksa"

Mata aku terus terbuka sebelum secara drastiknya aku bangun daripada pembaringan. Dahi aku terus terkerut. Dada aku berombak laju. Mimpi tu, mimpi tu sama seperti situasi dimana Hafiz mengungkapkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. 

Fikiran aku mula melayang kepada mimpi tersebut. Terpaksa? Apa maksudnya terpaksa? Adakah betul itu yang diperkatakan oleh Hafiz sebelum ini?

Aku pejamkan mata sebelum memegang dada. Aku mula berasa tidak sedap hati. Ya Allah, apa maksud mimpi tadi? Adakah ini petanda untuk aku?

.

.

.

"Terima kasih doktor" Aku mengucapkan ucapan terima kasih dahulu sebelum keluar daripada bilik. 

Aku tarik senyum manis lalu tangan aku mengusap lembut perut aku. Alhamdulillah, kandungan aku sihat. Anak aku membesar dengan baik. Cuma belum tahu jantina lagi, katanya terlindung. Pandai eh anak mama sorok. 

Aku turunkan tangan lalu memandang kiri dan kanan untuk mencari kelibat angah. Aku datang ke sini bersama angah, lagipun senang datang sekali. Nanti balik katanya dia nak hantarkan, tapi aku tak berharap. Angah tu sibuk, bukannya sempat berlari sekejap keluar daripada hospital memandangkan sejak kebelakangan ini banyak sangat kemalangan berlaku.

Baru sahaja kaki aku ingin melangkah, aku baru teringat bahawa angah memberitahu bahawa menunggu aku di biliknya. Aku berfikir sejenak. Nampaknya aku perlu berjalan sendirilah ke ward Ortopedik. Nasib sahaja aku tahu di mana ward itu berada dan dimana bilik angah. Tak ada lah aku terkial-kial hendak cari.

Aku mula berjalan ke lift untuk naik ke tingkat atas memandangkan ward Obstetrik dan Ginekologi berada di tingkat 2 manakala ward Ortopedik berada di tingkat 5. 

Apabila pintu lift dibuka pada tingkat 5, aku melangkah keluar daripada lift lalu berjalan sehingga sampai pada dua bahagian ward. Aku memandang kiri dan kanan, cuba mengingat kembali dimana terletaknya bilik angah.

Apabila mata aku menangkap sebuah kaunter yang berada pada belah kanan, terus aku teringat yang kaunter itu adalah petunjuk untuk ke biliknya. 

Aku pandang ke arah kiri sebentar untuk kepastian. Apabila kepala aku baru sahaja ingin berpusing kem ali ke arah kanan, mata aku menangkap satu susuk tubuh yang sangat aku kenali berada tidak jauh daripada kedudukan aku. 

Jantung aku bagaikan terhenti buat seketika apabila melihat wajah itu. Wajah yang aku rindu, yang aku sayang dan yang aku cintai. Wajah lelaki yang bergelar bapa kepada anak di dalam kandungan aku.

"Abang" Aku merintih perlahan. Air mata aku sedari mula bertakung. 

Wajahnya sama seperti waktu dia meninggalkan aku. Kerutan di wajahnya tidak ubah sewaktu dia marahkan aku dahulu. Nampaknya tempoh 3 bulan lebih dia meninggalkan aku masih tidak cukup untuk menghilangkan kerutan pada dahinya.  

Aku tenung wajahnya daripada jauh. Sungguh aku rindu wajah itu. Aku rindu tubuh itu. Aku rindu suami aku. Air mata aku mula jatuh membasahi pipi. Aku tidak mampu untuk menahan perasaan. Aku betul-betul rindu dengannya.

Serentak itu, kaki aku melangkah laju ke arah dimana Hafiz berada. Aku sudah tidak kisah apa yang pernah berlaku sebelum ini. Apa yang aku tahu, aku betul-betul hendak berjumpa dengannya.

Apabila aku tiba berdekatan dengannya, dia sedang berpaling ke arah lain. Dirinya nampak agak kusut, tetapi ianya tidak sedikit pun mencalarkan imejnya. Wajahnya tetap kacak dan dirinya masih nampak terurus. 

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now