Bab 23:

2.2K 137 4
                                    


Aariz yang terkejut memerhatikan kemunculan lambang naga di bahagian dada menjalar ke lehernya. Rambutnya yang dahulunya berwarna grey kini mempunyai 2 warna lain iaitu biru dan oren. Begitu juga dengan warna matanya.

Mungkin ini yang dikatakan ayahanda apabila sang naga telah mengabdikan dirinya kepada tuannya maka tuannya seperti akan berkongsi sifat sifat fizikal naga tersebut.

Walaupun terpaku dengan perubahan dirinya, Xaariz tidak lupa untuk berjalan mencari Azzuro Dan Arancione semula. Dia perlu segera mencari kedua naganya bagi melepaskan diri dari cengkaman Cheng dan Cress.

Tidak Lama Berjalan, xaariz menjumpai Air terjun yang dikatakan oleh Azzuro Tadi. Dengan tidak membuang masa, xaariz berlari menuju ke arah air terjun tersebut.

Baru sahaja dia ingin mrlangkah masuk ke kawasan air terjun itu, air berpusar dengan kuat dan seakan akan menolak xaariz dari memasuki kawasan tersebut.

"Roro, One, Kalian Dimana?!" Xaariz Menjerit Kuat Memanggil Kedua Naganya.

Pusaran Air menjadi semakin kuat dan menghempas tubuh Xaariz yang berada di tepian. Xaariz terpelanting ke belakang dan menghempas pohon.

Sakit yang amat dirasakan oleh xaariz
perlahan lahan dia bangun dan melihat ke sekeliling. Dia cuba mencari jalan alternatif lain untuk memasuki kawasan air terjun itu.

"Kuasa kegelapan dalam dirimu cuba menghalang kau untuk mendekati kami, duduklah sebentar dan tenangkan dirimu,"

Suara Arancione bergema disegenap pelosok.

Aariz hanya mengambil mudah kata kata Arancione, dia tetap berdegil dan cuba memasuki kawasan air tersebut.

Percubaan demi percubaan gagal dan langsung tidak membuahkan hasil. "Arghhh!! Sial lah semua benda ni" Aariz menjerit marah

"Tenangkan dirimu, kemarahan hanya akan memakan dirimu dan kegelapan akan menguasai dirimu. duduklah dahulu."

Walaupun masih geram dengan pusaran air yang menolak dirinya. Aariz mengambik keputusan untuk mendengar kata Arancione. Dia duduk menenangkan diri dan memusatkan segala tumpuannya ke alam sekitar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Meanwhile Di Air Terjun

"Zoro, Budak tu degil mesti menurun perangai kau. Tuan dengan naga perangai sama je. Kepala batu" Arancione mengutuk Azzuro dan Xaariz.

"Huh, manada! Budak tu yang degil sendiri. Dah tau tak leh masuk dalam air tu. Duduk jelah diam. Ini sibuk nak masuk jugak" Azzuro membalas

Pasangan kembar naga ini dari awal tadi memerhatikan tingkah laku Xaariz dari dalam gua air terjun tersebut.

Kedua naga itu bersantai dengan tenang menunggu untuk 'diselamatkan' oleh Xaariz.

Walaupun kuasa kegelapan yang menyelimuti kawasan ini tadi memakan kuasa mereka namun apabila Xaariz menumpukan kuasanya bagi memutihkan kembali kawasan ini, perlahan lahan kuasa kegelapan tadi bersatu dengan badan kedua naga tersebut.

"Warna hitam di badan kita ini akan kekal ?" Azzuro menyapa Arancione yang berdiam diri.

"Ah,mungkin. Kuasa kegelapan tu seakan akan sudah sebati dengan tubuh budak tu dan langsung tidak mampu mempengaruhinya melakukan kejahatan. Kita sebagai naga miliknya turut mendapat tempias kuasa tersebut." Arancione menjelaskan.

"Nampaknya, dia tetap terkena sumpahan tersebut walaupun hanya sedikit" Azzuro bersuara kesal

"Itu bukan salah kita mahupun sesiapa, hanya takdir mereka yang kurang bernasib baik. Mereka boleh menganggap sumpahan tersebut sebagai satu anugerah ataupun kekejaman dalam hidup mereka" Arancione berhujah sambil memikirkan sumpahan kembar Xaariz dan Xaariq.

"Usahlah kita bincangkan soal mereka dahulu, lebih baik kita bersiap sedia untuk membantu Xaariz keluar dan kembali ke pangkuan Xavier.

Azzuro dan Arancione kemudiannya turut menjadi naga Chibi dan bertafakur bagi menyediakan diri untuk membantu Xaariz.

Azzuro dan Arancione kemudiannya turut menjadi naga Chibi dan bertafakur bagi menyediakan diri untuk membantu Xaariz

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

                 Arancione & Azzuro

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Xaariq mengeliat sedikit merasakan pegal pegal di badannya.

'Aarrrrr' Xaariq menguap kecil, bangun dari lena yang panjang.

Perlahan dia mengosok-gosok matanya dan melihat Haizel tertidur di bahagian tepi katilnya.

"Haizel😍" Xaariq tersenyum melihat wajah Haizel yang ketiduran dengan air liur meleleh.

Perlahan dia menyentuh bahu Haizel. Cuba untuk mengejutkannya dari lena. "Haizel..Bangunnn"

Haizel menepis tangan Xaariq yang menggangu tidurnya. Sungguh dia mengantuk. Apa tidaknya semalam dia menjaga Xaariq yang asyik meracau dalam tidurnya.

"Heii, bangunn" Terhibur Xaariq mengganggu tidur Haizel.

"Hmm" Haizel hanya membuka sedikit matanya dan kemudian menyambung tidurnya semula.

Enggan membuang masa menggangu tidur Haizel, Xaariq bangun dan menuju ke kamar mandi biliknya. Sebelum mandi, Xaariq sempat memindahkan Haizel ke katilnya.

"Selamat Tidur Little Haizel" Xaariq Mengecup dahi Haizel dan kemudian keluar untuk mencari abang kembarnya, Xaariz.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jeng Jeng Jeng 😈

To Be Continue 🌈😇

Do Like And Comment

Tolong Promote Jika Tidak Keberatan Yah .. TQ 🤗

The Lost PrincessWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu