Kampung

1.9K 56 3
                                    

       Sebelum bertolak, tak habis habis papa dan mama nasihatkan aku itu dan ini. Kena jaga adablah, tak boleh seksilah tak boleh itulah, tak boleh inilah sampai dah naik rimas aku dibuatnya.

Aku menaiki kereta abang yang dipandu olehnya sendiri manakala mama menaiki kereta dengan papa. Kata papa senang kalau bawak 2 buah kereta, boleh dia dan abang bawak ke tempat kerja dengan sebuah kereta manakala satu lagi untuk kegunaanku dan mama semasa ketiadaan mereka.

"bang! Kau ingat ke wajah makcik asna tu macam mana? Aku lupalah!" aku mengerling abang disebelah.

"eah mestilah ingat? Kalau kau nak tahu, aku memang suka balik kampung ni, yelah suasana kat kampung kan tenang je!".

"dah lama kan kita tak balik sana? Aku just ingat ada sorang laki ni yang selalu main dengan aku masa aku kecik tapi aku tak ingat dah nama dia apa?".

"kau je yang lama tak balik sana! Aku tiap tiap tahun ikut papa dan mama balik sana! Yelah kau kan suka mengelak kalau nak balik kampung siap pergi stay rumah rose lagi sebab taknak jejak kaki kat kampung tu! Ni aku nak tanya, asal kau takut sangat nak balik kampung hah? ". Dia menjelingku disebelah.

" mana ada aku takut? Aku cuma geli! Yelah mesti kampung tu busuk kan? Tak selesalah aku! ". Muka geli aku tayang seketika. Dalam minda mula membayangkan  lumpur, kerbau yang kotor, dan banyak lagi benda yang kotor.

" bukan main berlagak kau ekk!! Takpe, aku doakan biar jodoh kau dengan orang kampung, biar padan dengan muka kau! ". Tangannya sebelah seperti berdoa dan dia mengaminkannya.

" memang tak arr! Tak lalu aku! "aku buat muka menyampah.

" kau buatlah muka macam tu, aku pasti nanti bila kau sampai sana, kau akan suka suasana  kampung macam aku! ". Dia seperti mula berkata dengan lagaknya.

" kita tengoklah macam mana nanti! ". Aku berpeluk tubuh.

_______

Selang beberapa minit kemudian, kereta abang membelok memasuki satu perkarangan rumah. Mataku meliar memandang sekeliling. Di kiri dan kanan jalan penuh dengan warna hijau yang menyejukkan mata.

"dah sampai!" ucap abang dan dia sudah bersedia membuka pintu keretanya.

"what? Sampai?". Mataku tertancap pada rumah batu yang bersaiz agar besar dihadapan. ok, not bad! rumah dia takde lah buruk macam rumah kampung.

Telingaku menangkap suara mama dan papa yang sedang berbual dengan seorang perempuan yang seperti umurnya sebaya mama. Mungkin tu kut makcik asna. Nampak ayu dan lembut sahaja peribadinya dan wajahnya persis wajah papa.

Aku melangkah mendekatinya dan dia senyum manis kepadaku. "Inilah fia ye? Lama makngah tak jumpa kamu! Last makngah jumpa pun masa kamu sepuluh tahun kut! Dah besar panjang kamu ye!".

Aku balas senyumnya dan hanya tercegat disebelah mama.

"salamlah!". Mama berbisik perlahan kepadaku.

"perlu ke?" soalku juga perlahan kepada mama dan mama menjegilkan matanya memandang aku.

Nak tak nak, aku mneyambut tangan makcik asna dan menyalamnya.

"eah jomlah masuk dalam!" pelawa makcik asna dengan senyuman. Dia memang seorang yang Pemurah dengan senyumannya.

Selepas dibincangkan diatas rengekanku yang tidak mahu berkongsi bilik dengan Aisyah. Akhirnya, makcik asna menetapkan bahawa mama dan papa satu bilik, aisyah akan tidur di bilik makcik asna, abang akan tidur di ruang tamu dan aku akan menggunakan bilik aisyah berseorangan.

Mengada jelah aku ni, dahlah menumpang dirumah orang, lepastu nak pulak conquer bilik sengsorang.
Mama pulak asyik minta maaf bagi pihak aku yang banyak songeh ni kepada makngah. Yelah makngah, sebab makcik asna bahasakan dirinya makngah apabila bercakap dengan aku.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now