Permintaan

1.5K 53 1
                                    

       Aku memandang wajah makngah yang duduk disebelahku diatas sofa silih berganti dengan cincin yang tersarung elok pada jari manisku. Papa dan mama sudah tentunya tidak lepas dengan senyuman pada bibir. Apa yang happy sangat dapat menantu macam tupun aku tak tahulah?

Menyampah betullah.

"awak ni cantik betullah macam nora danish!". Kata perempuan yang berada dihadapanku ini.

"betul cantik?". Tanyaku teruja dan dia mengangguk.

"disebabkan cantik jugaklah saya ada satu permintaan makngah". Aku senyum penuh makna kepada makngah merangkap bakal mak mertuaku.

"syarat apa fiyya?".

"permintaan fiyya sangat mudah je, fiyya nak duit hantaran rm40k, boleh makngah!". Mereka yang berada disitu semua terkejut.

"alah lagipun kahwin ni pun sekali je seumur hidup, mestilah fiyya nak yang grand! Tambah tambah lagi fiyya kan CANTIKK!". Ujarku tanpa berlapik.

"okay, makngah setuju.". Aku tarik senyum lebar.

"tapi makngah juga ada satu syarat!"

"apa dia?". Soalku.

"lepas kahwin, fiyya kena ikut kimi kemana sahaja dia pergi".

Alah, aku ingatkan apa? Mesti dia selalu pergi melancong kut, tu pasal makngah cakap'kemana sahaja'. Best apa melancong, yeayy!!.

"okay, fiyya setuju". Aku senyum manis kepada semua yang ada disitu. Papa dan mama hanya mengeleng kepala.








"40k?awat nya mahai sangat bu? Dia tu nak jual tubuh dia ke apa?" terkejut babun aku dengar.

"ishh kimi ni, tak baik cakap macam tu? Lagipun kimi ada duit kan, bukannya takde duit! Kalau betul pun kamu takde duit, ibu ada duit simpanan ibu".

" duit tu tak kesahlah bu. yang ibu pergi setuju tu kenapa bu? Tak boleh ke ibu berkeras siket dengan dia? Ni yang kimi tak puas hati ni!". Aku meramas rambutku sehingga kusut. Melayang habis 40k aku.

"alah lagipun kahwin ni sekali seumur hidup je kan. Apa salahnya berkorban!". Ibu menampar lembut bahuku.

"ibu setuju sebab ibu ada letak syarat dekat dia". Aku terus memandang wajah ibu yang mengangkat kening sebelahnya.

"syarat apa bu? ".

"syaratnya dia kena ikut kimi balik duduk dekat kampung, dan ibu rancang, lepas je kamu kahwin dengan dia, ibu nak kamu duduk dengan dia dekat rumah arwah nenek kamu dekat hujung kampung sana tu".

Aku mengerutkan dahi.

"kenapa duduk sana? Nak ke dia duduk rumah kayu tu?". Aku tak rasa perempuan tu nak duduk sana sebab rumah papan dan kemudahan pun tak banyak dekat sana.

"sebab tulah kamu kena bawak dia duduk sana dengan kamu, ajar dia hidup bersederhana dan berdikari. Ibu tak rasa kalau dia tinggal dengan ibu dia boleh berdikari. Sekurang kurangnya, duduk sana nanti dia akan  belajar masak sendiri untuk kamu,  kemas rumah, dan uruskan semua kerja rumahlah. "...

" betul jugak tu ibu". Aku mengiyakan rancangan ibu sambil tersenyum. Ahhaha, kau tahulah nasib kau macam mana nanti, berlagak sangat dengan aku.

Beberapa idea nakal sudah menerjah dalam kepala hotakku.

"tapi sebelum dia buat semua benda tu, kamu kena sediakan 40k lah dulu lagipun dia dah setuju dengan syarat ibu tu". Ibu senyum kepadaku, mungkin ibu tahu yang aku sedang merencanakan sesuatu.

"no hal bu".

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now