Balik Kampung

2.2K 69 0
                                    

     "Ya Allah, anak menantu ibu dah balik!sukanya ibu" makngah terus memelukku apabila kami selesai bersalaman.

Aku mengukirkan senyuman manis kepadanya, sejujurnya aku rasakan seprti disayangi apabila bersama dengan makngah.

"makngah sihat?".

"apa ni makngah? Ibulah. Kan fia dah jadi menantu ibu". Lembut sja suaranya.

"baik ibu" dan aku juga dapat rasakan bahawa perwatakanku juga akan berubah apabila bersama dengan makngah. Mungkin dia terlalu baik untuk aku sehingga aku rasa aku perlu hormat dia.

"jom masuk fia, kimi"

Aku mengangguk dan membontoti langkahnya.




"sumpah bu! Ibu masak memang sedap. Ni kalau fia duduk sini, memang gemuk lah fia jawabnya bu".
Semua lauk dihadapan aku kaut kedalam pingganku.

"nanti fia bolehlah belajar masak dengan ibu".

"bu, fia ni mana pernah masak! Nanti boleh terbakar dapur ibu kalau fia masak" selorohku.

"takpelah, nanti boleh cuba".

Aku hanya membalasnya dengan satu senyuman di bibir. Sekarang ni, pandangan mataku hanya fokus pada lauk sedap dihadapanku ini.

Masak, huhh! Affiya Aulia masak? Memang tak arr, macam tak sesuai je ngan aku. Nanti habis kasarlah tangan lembut aku ni.

" bu. Aisyah mana ye? Dari tadi lagi fia cari dia?"

"Aisyah ada kelas tuisyen, maklumlah dah nak dekat spm kan!". Aku hanya meng'ooo'kannya.

"ibuuuu". Celah satu suara yang kedengaran agak manja dari belakang.

"ibu masak apa hari ni?" tuan empunya suara itu menarik kerusi dan duduk disebelahku. Aku menghadiahkannya satu jelingan yang tajam. Kenapalah dekat sebelah aku jugak dia nak duduk? Padahal banyak lagi kerusi yang ada.

"dah nampak tanya lagi". Sindirku.

"kalau aku cakap tak nampak?". Dia merenungku dan aku membalas renungannya yang tajam.

"kalau dah tahu diri tu tak berapa nampak, pergilah beli spectacles".

"kalau aku taknak".

"then it's your problem! Not mine". Balasku tak mahu kalah.

"mulut kau ni memang tak boleh duduk diam kan? Aku ikat dengan getah baru kau tahu!".

"ikatlah kalau u berani! U tu acah je lebih".

Tiba tiba, wajahnya mendekati dan mulutnya berhenti di cuping telingaku"kau lupa apa yang aku cakap dekat kau semalam Affiya Aulia" perlahan suaranya membuatkan aku menjadi gugup.

"ehh kenapa kamu berdua ni? Jangan nak berdrama sangatlah depan ibu! Cepat makan!" celah ibu dan lantas kimi melarikan wajahnya daripadaku dan mula menyuap nasi kedalam mulutnya.

"dia ni memang kuat berdrama bu! Sebab impian dia memang nak jadi pelakon pun sejak kecil bu. Jadi terpaksalah kimi ni yang kena jadi hero tak berbayar dalam drama dia"

Sesedap mulut dia je memfitnah aku.

"tak baiklah kimi asyik kenakan fia. Kesian menantu ibu sorang ni".

"eahh dahlah! Ibu nak pergi rumah makcik kalsom nak pergi belajar resepi baru dia tu! Nanti kimi kemas ye semua ni. Ibu pergi dulu". Ibu terus bangun dan keluar dari situ sebelum kami angguk serentak.

"kau tak payah kemas lagi barang kau, biar je dulu". Pesannya dengan tiba tiba.

"ofc. Memang taklah i yang kemas barang i! Nanti habislah tangan lembut i ni". Tanganku aku usap perlahan.

"habistu siapa nak kemaskan untuk kau?". Soalnya.

"u lahh". Selamba aku menjawab.

"asal pulak aku? Eahh patutnya baju aku pun kau kena kemas tahu tak?".

Aku merenungnya tajam"u jangan macam macam tau kimi? Sepanjang hidup i, i tak pernah pun sentuh satu habuk, lagikan pula nak  kemas barang u! Sorry, i can't do that!!".

" jadi,ada aku kesah kau sentuh habuk ke tak? Yang penting sekarang ni kau jangan nak gatal gatal keluarkan pakaian daripada beg kau kedalam almari rumah ni"tegas suaranya.

"ala kedekutnya u ni! Takkan nak guna almari pun tak boleh?".mulut aku tarik muncung

"masalahnya bukan kedekut atau tak! Masalahnya sekarang ni, kita duduk sini sehari je".

"hah? Sehari je? Habistu kita nak duduk mana?" tanyaku nada terkejut.

"rumah pusaka dekat hujung kampung ni". Mendengarkan itu, satu senyuman lebar aku ukirkan pada bibir.

"wahh rumah pusaka! Mesti besar kan macam banglo! Takpelah i rela duduk dekat banglo tu walaupun duduk dengan u". Kataku nada ceria.

"mana kau tahu rumah tu besar?".kening sebelah dijongketnya.

"rumah pusaka kan biasanya besar macam rumah pusaka mama dekat KL tu".

"hah betullah! Betul sangatlah tu". Dia mengangkat pinggannya dan pingganku ke singki lalu dibasuh olehnya.

"hari ni je tau aku tolong kau basuh pinggan! Lain kali kau belajar buat sendiri".

"u ni bisinglah! I baru nak berangan duduk rumah banglo sambil goyang kaki... Woww mesti best kan!". Ruang mindaku mula terbayangkan nikmat yang aku bakal kecapi.

"hah baguslah tu! Kau berangan ye puas puas sebab manalah tahu kalau kau boleh goyang kaki dalam anganan kau je". Tawanya perlahan.



_______

Punggung aku henyakkan pada katil bersaiz queen dalam bilik kimi itu. Melihatkan figura tubuh kimi yang masuk kedalam bilik itu membuatkan aku seram sejuk.

"ermm kimi... Perlu ke kita tidur sekatil? Tak boleh ke kalau i nak tidur sengsorang dekat atas ni?" wajah sayu aku cuba aku tayangkan padanya.

"kenapa kau takut sangat nak tidur dengan aku atas katil ni? Kau ada nampak aku ni macam makhluk asing pink ke?".

"ni bukan soal takut? Tapi ni soal i yang tak berapa selesa".

"dahlah! Kau tak payah nak berdrama sangat boleh tak? Apa? Kau ingat aku ni macam hero yang baik dalam drama melayu ke yang asyik mengalah dengan isteri dia kalau isteri dia suruh tidur atas lantai". Keras nadanya.

Terasa dada menjadi panas, sebelum ni takde siapa lagi tau yang bantah apa yang aku minta. Ni pun dah kira okay aku minta elok elok.

"u ni memang keras kepala kan? Tak boleh ke kalau u ikut je cakap i sekali". Bentakku.

"okay! Aku akan ikut cakap kau kalau permintaan kau tu tak bercanggah dengan perkara yang sepatutnya. Kau tahu kan  yang kita ni dah jadi suami isteri yang sah walaupun perkahwinan kita ni dalam keadaan yang kita tak berapa suka. Tapi, perkahwinan ini tetap sah dan tiada istilah 'terpaksa' disisi Allah. Perkahwinan ni tak boleh bawa main hanya disebabkan perasaan kita yang ingin memberontak dan tidak selesa! Jadi , kalau aku ikut permintaan kau, apa guna aku ni jadi suami kau? Sebab tugas aku adalah untuk membimbing kau bukannya terus biarkan diri kau dan diri aku hanyut macam tu je! Jadi tolong... Aku minta tolong kau untuk tidak minta perkara yang sepatutnya daripada aku ye Affiya Aulia.. "panjang tazkirahnya.

Tapi setiap patah perkataannya bagi aku sungguh mendalam maknanya sehingga terasa ke hati.

Aku hanya diam mendengarnya tanpa rasa ingin menyuruhnya untuk berhenti.

" dahlah! Jom tidur.. Kau jangan risau, aku takkan buat apa apa dekat kau malam ni! Kau boleh tidur dengan aman" dia baring di katil dan sudah mula memejamkan matanya.

Lama aku berdiam diri sebelum aku turut rebahkan tubuhku disebelahnya.

Malas nak gaduh dengan dia! Kalau aku pertahankan pun mesti dia pun taknak kalah! Asyik aku je yang kena ikut cakap dia

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now