Baby💙

2.7K 66 4
                                    

         "fiyya..". Wajah Kimilah orang yang pertama aku nampak setelah aku sedar.

"abanggg!" tanganku terus memeluk badannya. Tangannya mengusap lembut belakang badanku. "tq fiyya.. I love u". Bisiknya pada telingaku.

Dia merungkaikan pelukanku dan berjalan kearah bayi yang sedang tidur atas katil kecil. Bayi itu digendong olehnya dan dibawa menghampiriku.

Hilang segala sakit dan kepenatan apabila melihat wajah putih bersih bayi dalam dakapanku ini

"anak kita". Ujarnya dan tangannya memelukku dengan baby. "i love u sayang". Pipi kananku dikucupnya. Teramat Bahagia perasaan aku tatkala ini.

" comel kan bang anak kita?". Tanpa sedar, air mata kegembiraan tumpah dari kelopak mataku.

"mata dia hazel macam mata fiyya". Ujar kimi.

"Assalamualaikum". Pintu wad dikuak dari luar. Tenjengul wajah papa, mama, abang Affin, ibu dan Aisyah. Wajah mereka kelihatan sangat gembira.

"Assalamualaikum cucu ibu". Mereka mendekati kami dan baby bertukar tangan dengan ibu.

"cucu mama ni nama apa?". Soal mama seraya memandang kami.

"Muhammad Aqid Hafidz Bin Arham Hakimi". Ujarku kepada mereka. Itulah nama yang kami telah bincang bersama.

"  hai Aqid! Welcome to our family" ujar Aisyah teruja dan aku tersenyum melihat mereka.

"yeay paklong dah ada gang nak main bola sepak nanti!". Ujar abang Affin.

Mereka semua berkumpul di sofa yang berada di dalam wad ini sambil bermain dengan Aqid. Riuh sekali kedengaran suara mereka.

Aku memandang kimi yang sudah duduk disebelahku"makbul jugak kan doa abang nak anak lelaki!".

"memang! Baru sado!." ujarnya dan aku ketawa.

"yelah kalau girl nanti jadi macam fiyya kan? Nanti abang pulak tak larat nak layan kami!"ujarku.

"hah betullah tu!". Ujarnya selamba dan aku mencubit perutnya.

"sakitlah fiyya! Kan tak pasal pasal kena tambah lagi satu katil dekat sini kan!.".

"kenapa?". Tanyaku blur.

"dah ada ketam berbisa terkam kita". Aku ketawa mendengarnya.

"Assalamualaikum semua!".

Kami memandang kearah suara itu. "fatinn, fiqa masuklah!." pelawaku.

"tahniah ya fiyya, kimi apa apa pun kau memang anak jati kolam kimi sampaikan anak kau pun nak terkeluar dekat  kolam ikan kau". Ujarnya seraya ketawa kuat dan juga diikuti kami..

" ada ada jelah kau ni fatin". Ujarku. Kalau bercakap dengan fatin memang tak kering gusi. Asyik ketawa je....

"okaylah! I pergi main dengan anak jati kolam kita". Ujarnya seraya mendekati yang lain.







Kali ini, aku berpantang dekat rumah ibu.. Yelah senang sikit kalau ibu pantau, aku kan mana biasa dengan baby ni.

Wajah anakku didalam pelukan aku renung lama. Tak sangka aku dah ada anak dah sekarang pada umur 24 tahun...

Aku bersyukur.... Bersyukur kerana kimi juga turut membantuku menjaga aqid. Dialah yang akan menemaniku berjaga pada setiap malam jika Aqid meragam. Dan bersyukur ada ibu yang sentiasa membantuku. Alhamdulillah, aku dikelilingi dengan orang yang baik baik dan sayang akan aku.

" aqid... Nanti besar jadi macam abi tau... Abi baik tau walaupun dulu mulut dia tu jahat dengan umi. ... Dulu abi selalu gaduh dengan umi tapi gaduh gaduh manja je...". "pipinya aku elus dengan penuh kasih sayang.

" fiyya... Ada orang nak jumpa fiyya! Katanya penting". Ujar ibu yang baru datang.

"siapa bu?". Aku mengerutkan dahi. "siapa pulak".

"entahlah, tapi ibu macam pernah nampak muka diorang tapi tak ingat!".

"takpelah bu.... Suruh diorang naik jelah" kataku.

"fiyya".

Aku memandang kearah suara itu yang muncul pada pintu.

"tasha... Rose.." aku terkedu melihat mereka. Wajah mereka kelihatan sugul.

Aku cuba senyum kearah mereka walaupun sedikit hambar"masuklah ".

Mereka menghampiriku dan bersila di atas lantai. Aku hnya mengunci mulutku.

" fiyya.. Kitaorang datang ni sebenarnya....." wajah rose menunduk memandang lantai" kitaorang nak minta maaf dekat u". Jelas tasha.

Aku terkedu mendengarnya" sorry sebab kitaorang salah faham dengan u! Kitaorang lebih percayakan si zaim tu lebih daripada u".

"zaim? Wait apa ni? Kenapa zaim tiba tiba ada dalam masalah kita?". Soalku blur.

"macam ni cerita dia sebenarnya, lepas u kahwin kan u duduk kampung and lama tak jumpa kitaorang... So time tulah si zaim yang meracuni kitaorang cakap benda buruk pasal kau... Dia cakap yang u pernah burukkan pasal kitaorang dekat dia and ramai lagi orang lain! "terang tasha membuatkan hatiku menjadi panas. Ouh jadi kaulah puncanya zaim!!!.

" Ya Allah, i tak pernah pun burukkan korang depan dia.. Kenapa dia fitnah i macam tu? ". Soalku geram.

" sorry fiyya.. Kitaorang pada mulanya memang taknak percaya dengan mulut jahat dia tapi last last kami termakan jugak... Sorry!".rose menyentuh tanganku dan wajahnya kelihatan bersalah..

"then macam mana korang tahu yang dia tu penipu? Macam mana korang tahu yang i tak buat semua benda tu?.". Soalku ingin kepastian.

" kitaorang tahu daripada kawan dia.. Kawan dia bagitahu i sebab dia taknak kita bergaduh macam ni... And dia buat semua ni pun sebab nak balas dendam dekat u".

Tasha aku pandang "dendam apa? Apa yang i dah buat dekat dia, hah?" bentakku. Mamat tu memang cari masalah betullah.

"kawan dia kata yang dia nak balas dendam dekat u sebab pernah malukan dia dulu dekat restaurant... U ingat tak yang u tampar dan simbah  air cappuccino dekat baju dia... Dia kata u dah pijak maruah dia, and sebabtulah dia marah" terang tasha.

Aku cuba tenangkan hati. "ikut suka dialah nak buat apa pun! I don't care!". Satu keluhan berat aku lepaskan.

"fiyya....kau maafkan kitaorang tak?." soal rose.

"sorrylah sebab kitaorang salah sangka dengan u! Kitaorang patut siasat dahulu baru percaya! Sorrylahh". Aku memandang wajah kedua dua sahabatku ini.

Tangan aku depakan dan kedua dua leher mereka aku peluk dan rapatkan antara kami"takkanlah i nak berdendam dengan kawan baik i sendiri". Ujarku seraya tersenyum.

"jadi u tak marahkan kitaorang lah ni?". Soal rose lagi.

"i tak marahkan youalls  selagi youalls boleh terima iyang sekarang ni dan always support i".

"okay! Janji u still hot lagi macam dulu". Ujar tasha serya ketawa.

"apa nama anak u ni? Sedap je dia tidur!". Mata mereka memandang kearah baby yang sedang lena tidur.

"nama dia Muhammad Aqid Hafidz!".

"hai baby aqid... Ni mama rose! Nice to meet u sayang".

"dan ni pulak mummy tasha! Semoga jadi anak yang soleh ye aqid jangan jadi macam mummy tau". Ujar mereka dan aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"i tengok u bahagia je dengan husband u fiyya, kalau macam tu i pun nak cari suami kampung jugaklah". Ujar tasha "carikanlah untuk i sorang".

"boleh tapi u kena ready dengan masak, kemas rumah, urus rumah, urus suami lah". Ujarku.

Setelah itu kami bersembang itulah inilah sambil bergelak ketawa.

Alhamdulillah, aku dah dapat balik kawan kawan aku.

Tuhan itu maha Penyayang dan pengasih terhadap umatnya.






Yeay 💙 for baby boy..

Sorry ye yang mana nak baby girl tu.. Next time baby girl pulak ❤️❤️

Love u guys muachhh😍😍😍

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now