Tangisan Mama

1.6K 55 1
                                    

          Aku berlari anak kearah papa yang sedang memunggah beberapa beg kedalam but kereta.

"papa! Papa nak balik dah? Adik nak ikut!". Suaraku yang suram tadi kembali ceria. Teringatkan kl, hatiku berbunga ceria.

Namun senyumanku mati tatkala melihat wajah mama yang muram bersama tangisan air mata. Mama sedang bersalaman dengan makngah.

"ma! What happen? Why are u crying?". Aku menerpa kearahnya. Wajahnya yang dibasahi dengan air mata aku tenung lama dengan penuh tanda tanya.

"dik! Mama kena balik kl sekarang jugak!". Ujarnya dan Dia merenung sayu kearahku.

".... but why?".

"aunty serina dah meninggal dik pagi tadi! Mama nak pergi jumpa dia buat kali terakhir!". Sayu sekali kedengaran suara mama.

"what? !!! Aunty serina....!". Kelu lidahku.

Patut pun mama sedih macam ni, yelah aunty serina tu bff mama sejak dari kecil sehinggalah sekarang kut. Mama terlalu rapat dengan dia sehinggakan orang akan cakap mereka berdua adalah kembar.

"ma! Mama kena sabar dan kuat hadapi semua ni!". Bahunya aku peluk erat.

"dahlah yam, jom kita gerak sekarang!". Celah papa yang telah selesai menghidupkan enjin kereta.

"ok jom!". Aku terus mengheret tangan mama kearah kereta papa.

"no! Adik kena stay sini dengan abang!" tegas suara papa.

Mulut ku ternganga luas.

"kenapa pulak adik kena stay sini? Adik nak balik kl lah pa!". Bentakku.

"adik please jangan buat perangai sekarang ni! Adik kena stay dengan abang dekat sini sebab projek dekat sini belum settle lagi!".tegas suaranya.

"but..."

"no excuses! Lagipun lusa dah nak balik kl! Sekejap je tu!".

"papa...!". Papa terus berjalan kearah keretanya diikuti dengan mama dan masuk kedalamnya tanpa menghiraukan panggilanku. Melihatkan papa pergi dengan begitu sahaja, aku menghentakkan kakiku pada tanah.

"Benci! Benci! Benci papa!". Tanpa sedar, air mataku jatuh sekali lagi ke pipi.

Kenapa nasib aku malang sangat hari ni?. Nak balik kl pun tak boleh, nyesal aku ikut cakap papa haritu balik kampung bala ni.

Alangkah terkejutnya aku apabila aku berpaling ke belakang, semua mata yang ada termasuk makngah, aisyah dan kimi hanya terarah kepadaku seseorang.

Aku hanya beriak selamba.

"fia! Janganlah nangis! Abang kamu kan masih ada!". Pujuk makngah.

"jom fia masuk rumah!". Makngah menarik lembut tanganku kearah pintu rumahnya sebelum langkahnya terhenti.

"kenapa tapak tangan fia berdarah? ! Lutut fia pun! Kenapa ni?" makngah membelek setiap inci tubuhku dari atas hingga kebawah dengan riak yang risau.

"akak jatuh tadi bu!". Jawab Aisyah bagi pihakku.

"ya allah! Kenapa sampai jatuh ni! Apa fia buat?". Riak wajah makngah seperti kerisauan. Sejujurnya, aku terharu dengan keprihatinannya ini.

"ibu tanyalah abang!". Aku menjeling kearah kimi yang sedang bepeluk tubuh sambil menyandar pada tiang.

"kimi....." makngah merenung tajam kearahnya tanda meminta jawapan.

"mana ada kimi buat apa bu dekat dia tu! Dia tu je yang drama lebih!". Perlinya sambil merenungku tajam.

Aku menjelingnya.

"ibu tak percayalah! Mesti kamu ada usik dia ke, cari gaduh dengan dia ke sampai dia jatuh macam ni! Kesian fia!".

"ibu mana a.."..

"aduh makngah, sakitlah! Ouch sakit!!". Celahku sambil menyentuh lututku yang berdarah dan membuat muka seperti menahan kesakitan.

Kimi menjeling menyampah kepadaku. "sakit? ! Dahlah jom kita pergi sapu ubat! Kimi ni memang dah lebih! Nnati ibu sambung ceramah dekat kimi lagi!". Sambung ibu sambil menarik tanganku masuk kedalam rumah.

Sambil berjalan, aku mengambil kesempatan untuk memalingkan wajahku sedikit kearah kimi yang sedang bengang dengan ku. Lidah aku jelirkan kepadanya dengan muka menganjing aku pamerkan kepadanya.

Dan dia hanya membuat muka meyampah gila denganku. Aisyah hanya menjadi pemerhati antara kami.

Sesampainya di ruang tamu " ibu tak payah manjakan sangatlah budak ni, nanti jadi makin cengeng lagi! Menyusahkan orang je tahu!". Celah kimi.dan dengan selamba dia melabuhkan punggungnya pada sofa.

"ibu bukan nya mak bapak dia kena manjakan dia macam mama dan papa dia tu!". Sambungnya lagi.

Ada lagi mamat ni rupanya, aku ingat dah berambus dah, gertusku didalam hati.

"kimi! Kenapa cakap fia macam tu! Dia kan tetamu kita, kita kena layan dia dengan elok, lagipun dia kan sepupu kamu!". Ujar kimi.

"memanglah tetamu, tapi ni dah melebih!".

"kimi.... .".

"betul apa kimi cakap bu! Daripada dia mula mula datang dah menyusahkan orang. Tengok, tak pasal pasal ibu dan Aisyah kena kongsi bilik disebabkan budak manja ni sorang, dahlah pemalas. Semua benda nak kena hidangkan depan mata dia dan dia hanya tahu goyang kaki je, pinggan sebiji pun tak basuh! Menyusahkan kita betullah! " rengusnya dengan nada yang menyampah.

" kimi! ". Tegur ibu sambil membuat isyarat mata.

" tak baik kimi cakap fia macam Tu! Takpelah, ibu tak rasa terbeban pun kalau fia ni ada kat dalam rumah ni! Ibu suka, yang kimi nak marah sangat dekat dia ni kenapa?"soal ibu dengan nada yang serius.

" takdelah, kimi meluat tahu tak tengok dia yang mengada lebih! Gedik je lebih! ". Sinis suaranya.

Bibir aku kertap geram.

" dahlah manja, berlagak som.... ".

" ok fine! I salah, i manja, i gedik, i pemalas! I sombong!, I suka menyusahkan orang! Puas hati u! I benci u tahu tak! ".  Bentakku kuat.

Kaki aku hentak kuat pada lantai tanda aku memang trlajak sakit hati dengan mamat tu dan badannya aku rempuh kuat sambil kaki mengorak langkah laju kearah bilik.

Dalam hati, menyumpah seranah mamat puaka itu.

Aku mengunci diri di dalam bilik itu dan wajah aku sembamkan pada bantal.

" mama! Adik nak balik! Taknak duduk sini! Mamat tu jahat, dia buli adik" rintihku.

Tangisan aku lepaskan sehingga rasa  sakit hati di dada semakin kurang terasa.

Apabila teringatkan bajuku yang kotor disebabkan jatuh tadi, aku menguatkan semangat untuk  bangun dan kain tuala yang tergantung aku ambil dan bawakan ke arah bilik mandi.

Aku nak mandi dan aku nak tido, malas nak semakkan kepala hotakku  dengan memikirkan nasib malangku pada hari ini.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now