Melampau

1.7K 49 0
                                    

       Aku hanya merenung kosong syiling putih di atas sambil memintal mintal rambut panjangku. Tanpa sedar, satu senyuman penuh makna terukir di bibirku apabila teringatkan zaim.

Yass! Aku rasa aku dah jatuh cintalah dengan zaim!

Zaim, i love u!!! Teriakku didalam hati.

Sudah beberapa kali zaim mengungkapkan rasa cinta dan sayang kepadaku, dan aku rasa memang dia betul betul ikhlas cintakan akulah, yelah kalau tak, takkanlah dia asyik luangkan masa dia untuk aku kan?.

Zaim! Seorang lelaki yang sentiasa ada untuk aku, caring, sweet talker, penyayang, handsome and the most important things is, dia juga merupakan anak tan sri yang kaya raya, so, memang sesuai sangatlah dengan aku ni.

Tapi tulah, cuma sekarang ni zaim tengah ada problem dengan papa dia, tu yang papa dia bekukan semua kad kredit dan sebab itulah dia ada masalah kewangan sekarang ni.

Tapi aku tak kesah kalau duit aku habis beribu pun untuk dia, sebab.....sebab.....

Aku dah cintakan dia!!! Huargh!

  Ini kah rasanya jatuh cinta ya tuhan?. Well sebelum ni pun aku tak pernah couple dengan sesiapapun sebab semua lelaki yang aku kenal sebelum ni sangat mengjengkelkan. So, aku tak pernah rasanya jatuh cinta yang sebenar.

Plus, lelaki sebelum ni semuanya bukan taste aku, macam kimi.

Euww, not my taste!!

Tiba tiba, i phoneku berdering disebelah dan tanganku laju mengambilnya.

Zaim♥️ 

serta merta bibirku mengukirkan senyuman manis melihat nama itu yang tertera pada screen Telefonku.

"hello sayang! U buat apa tu?". Lembut sahaja suaranya menyapa di telingaku. bibir bawah aku gigit perlahan menahan senyuman yang terasa semakin melebar bersama denyutan jantung yang semakin menggila.

Sayang! Auwwww! Ni yang buat aku cair ni!!!.

" takde, i tak buat apa apa pun!".

Sepanjang perbualan kami, senyuman langsung tidak terlepas dari bibir mugil ku dan setiap patah perkataan yang dituturkannya membuatkan jantungku berdegup kencang dan bagiku, setiap patahnya adalah madu  yang terasa terlalu manis sehinggakan membuatku semakin ketagih untuk merasai kemanisannya.

Malam itu, aku dapat melelapkan mata dengan sangat mudah setelah 1 jam lebih berbual itu dan ini dengannya dan berharap agar tidurku ditemani oleh mimpi mimpi yang indah bersamanya.

Ouh zaimku. I love u.









_________

"bang! Macam mana ni? Adik ni dah melampaulah, tak serik serik budak sorang tu!" mama memandang wajah papa yang sedang merenung sehelai kertas di tangannya.

"its is too much, yam! Kita kena lebih berkeras stopkan dia daripada dulu! Kalau tak, tak lama lagi boleh jahanam bisnes abang kalau macam ni!". Tegas suaranya.

"but how abang? How? Abang macam tak tahu perangai adik tu macam mana! Dia tu mana boleh kita tegur dan nasihat, kalau tidak! hah mulalah dia nak merajuk, nak memberontak! Semua benda jadi tak kena!".  Sambung mama lagi.

"takpe! Esok pagi, abang akan jumpa dengan si zaim tu dan bagi warning dekat dia supaya jangan ganggu adik lagi dan abang juga akan bagi warning dekat adik!".

"tapi..macam mana kalau dengan warning tu pun tak jalan!". Mama memandang risau kepada papa.

"then, kita kena cari jalan penyelesaian yang lain! Tapi abang akan pastikan yang lepas ni adik dan budak kikis tu takkan berhubung lagi sampai bila bila!" Tegas suara papa.






________



Skirt nude paras paha yang tersingkap ke atas aku betulkan dan paha putih gebuku yang terdedah aku hanya biarkan. Ramai lelaki yang lalu lalang di kawasan taman ini sudah meliarkan mata mereka memandangku dari atas hingga bawah, aku hanya biarkan mereka.

, aku tahulah aku ni seksi plus cantik, jadi memang tak hairanlah kalau diaorang nak usha aku pun.

Cehh! Perahsatan sendiri.

"mana si zaim ni? Kata nak jumpa pukul 4 tapi ni dah 4. 30 dah?" rungutku sambil mata meliar memandang sekeliling mencari kelibat dia.

Beberapa chat sudah aku hantar kepadanya untuk bertanya dimanakah dia sekarang tapi hanya singletick sahaja yang aku dapat respond darinya.

Aku merengus kasar, nasib aku sayang kau je, kalau tak memang taklah aku nak tunggu.

Selang beberapa minit kemudian, wajahku yang masam mencuka berubah menjadi ceria kembali apabila melihat kelibatnya yang sedang mengorak langkah menghampiriku. Tapi, wajahnya kelihatan tidak ceria dan masam mencuka.

"zaim! Why u......" tanpa izin, dia melabuhkan punggungnya disebelahku diatas bangku yang tidak seberapa panjang itu. Telingaku dapat mendengar dia yang sedang merengus kasar.

Aku memalingkan wajahku memandangnya yang kelihatan agak serabut itu " zaim, u okay? ". Tanyaku lembut.

Dia merenungku tajam "u memang sengaja je kan nak kenakan i? U ni sama je dengan perempuan yang i pernah jumpa sebelum ni!". Bentakknya tiba tiba.

Sumpah, aku terkejut! Aku tak tahu apa apa!

"apa ni? I nak kenakan u? Apa ni, zaim? I tak faham".

"u kata yang u ikhlas nak tolong i, nak bagi duit u dekat i kelmarin, tapi sekarang ni apa dah jadi ni? Yang u pergi begitahu papa u yang u bagi  10k dekat i tu kenapa? U kata u ikhlas n u jugak janji yang u takkan bagitahu papa u pasal ni, tapi u bagitahu jugak! Sampai hati u kan tipu i! ". Dia meraup raup wajahnya beberapa kali.

" no zaim! U salah faham ni! I tak bagitahu papa pun tentang 10k tu! Sumpah i tak bagitahu! ". Aku mengangkat tangan kananku paras bahu tanda bersumpah.

" kalau u tak bagitahu, siapa yang bagitahu? Macam mana papa u boleh tahu? Dahlah siap pergi serang i tadi dekat rumah sewa i, malu i dengan kawan kawan i tahu tak? ". Bentaknya masih bernada kasar

" what? Papa serang you? Seriously! Apa dia cakap?". Tanyaku ingin tahu. Sumpah aku terkejut yang teramat sekarang ni!

"dia bagi warning dengan i supaya jangan berhubung dengan u lagi dan jangan ganggu you lagi!". Keluhan berat dilepaskan olehnya.

What? Papa?.

"u janganlah dengar apa yang papa i cakap dekat u tu! I tak kesah pun! Yang penting kita dapat jumpa lagi! U kan sayang i, takkan disebabkan papa you dah taknak jumpa dengan i?". Tangannya aku gengam dan lama dia berdiam sebelum dia juga tersenyum kearahku.

Tanganku diambilnya dan dikucup lembut pada bibirnya " ofc i love u sayang! Btw u nampak seksi gila harini! ". Matanya jatuh menilik paha putih gebuku yang terdedah.

" terasa hilang segala stress i ni bila i tengok muka cantik u ni! Sejuk je hati i! You are so special to me, sayang!".

Pipiku terasa membahang menahan malu.

"tapi i tak tahulah kalau kita  boleh jumpa macam ni lagi ke tak lepas ni? Yelah manalah tahu kut kut papa you control hidup u ke pulak lepas ni? I kalau boleh taknak berpisah dengan u yelah you know right that I love you so much ". Matanya merenung dalam mata karbonku.

"alah, u tak payah risaulah pasal tu! Tahulah nanti macam mana i nak cakap dengan papa i! Lagipun i tak sanggup berpisah dengan u jugak zaim".

Mataku ku juling keatas apabila mengingatkan papa. Papa ni memang tau.......

"dahlah u! I ada kerja pulak lepas ni! Got to go!bye!". Dia mengelus lembut pipiku dan melangkah pergi sebelum berhenti dan berpusing kembali kearahku .

Sebuah flying kiss dihadiahkan olehnya dengan senyuman sensualnya. Aku hanya membalas flying kissnya sebelum dia berlalu pergi.

Seterusnya, aku juga turut bangun dan mengorak langkah kearah keretaku dengan perasaan yang geram terhadap papa.

Papa!!! Papa!!!

Dadaku sudah berombak turun naik apabila memikirkan papa.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now