Momok

2.1K 78 6
                                    

        "kimiiiii!!!!!" terus aku bingkas bangun dari tidur apabila terasa seluruh baju tidurku basah lencun dek terkena simbahan air.

Terpempang wajah kimi dengan muka tak bersalahnya dan ditangannya terdapat satu baldi.

"u kenapa simbah air dekat i pagi pagi buta ni hah?" bentakku tak puas hati.

"dah aku kejutkan kau beratus kali tapi kau yang tak nak bangun, jadi aku terpaksalah gunakan senjata aku ni" baldi ditangannya diketuk beberapa kali dengan riak yang tak bersalah.

"u ni kan....!!" kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni. Malam tadi bukan kemain lagi cakap lembut dengan aku sampai buat aku terharu bagai dan kenapa pagi  ni dah bertukar cam tak berperikemanusiaan pulak perangai dia ni?.

"Aku nak ajak kau solat subuh pun susah, bukan liat lagi kau nak bangun kann! Dah.. Kau pergi mandi dulu, lepastu kita solat sama sama". Katanya tidak beriak dan mula melangkah keluar dari bilikku. Namun beberapa langkah kemudian dia menghentikan langkahnya dan berpaling. Jelingan tidak berpuas hati aku hadiahkan kepadanya.

"kau jaga jaga waktu nak mandi tu sebab dekat sini banyak momok tau".

"eee apa u ni? Momok bagai! Apa? U ingat i takut ke! Elehh setakat momok tu, i boleh patahkan tangan dia tau".balasku dengan nada berlagak. Dia hanya mencebik.

"ikut suka kaulah! Aku dah warning  kau ni, jangan sampai nanti tangan kau yang dipatahkan oleh momok tu! Dan satu lagi aku nak bagitahu kau  yang tandas dan bilik air tu ada dekat luar rumah".

"luar rumah? U ingat ni zaman batu ke tandas ada kat luar" mengingatkan hari masih gelap membuatkan tubuhku meremang. Entah entah betul yang dia cakap ada momok dekat luar tu. Automatik aku meneguk kuat air liur.

"okaylah! Semoga kau bergembira mandi dekat luar tu! Aku pergi dulu" kimi terus melangkah keluar dari bilik dan meninggalkan aku yang masih terkedu.

Hari masih gelap! Macam mana aku nak mandi ni... Mama.... Papa... Adik takut!!!! Adik nak balik!! Huarghhh!!!

Mataku meliar memandang sekeliling tandas buruk itu. Aku cuba gagahkan kakiku untuk meredah malam yang gelap itu untuk menuju ke tandas  walaupun hanya tuhan saja yang tahu macam mana takutnya aku pada saat ini. Semakin meremang bulu tengkukku apabila mataku dapat melihat pemandangan luar yang gelap melalui celahan dinding papan.

Baju basah tadi aku buka dan aku hanya memakai kain batik sehingga keparas dada. Mujurlah ibu pernah mengajar aku dahulu untuk memakai kain batik jadi tak adelah aku kekok sangat.

Tanganku mula mencapai gayung yang dan mula mencedok air kolah.

"Arrrrr!!". Automatik tubuhku mengeletar apabila badanku terkena air kolah yang teramat sejuk itu. Sejuknya terasa hingga ke tulang belulang.

Aku kena mandi cepat cepat, so aku bolehlah naik rumah cepat cepat. Bisik hatiku.

Mandian aku teruskan dan rasa sejuk yang semakin mencengkam itu aku hanya biarkan.

Tiba tiba, tanganku terhenti apabila telingaku menangkap seperti bunyi seretan pada dinding di sebelah kanan. Terus aku teringatkan momok yang dikatakan kimi tadi. Air liur diteguk kasar. Bunyi seretan pada dinding itu  semakin kuat dan badan aku semakin mengigil. Aku merapatkan seluruh tubuhku pada kolah yang bersaiz sederhana itu supaya aku dapat menjauhi dinding yang semakin kuat mengeluarkan bunyi seretan itu.

Mama.... Papa.... Adik takut... Mama.... Papa..... Tolonglah adik..... Takuttt.... Tanpa sedar air mataku tumpah ke pipi kerana terlalu takut... Ya Allah selamatkanlah aku... Jauhkanlah aku daripada momok menyeramkan ini,doaku didalam hati meminta pertolongan.

Dummmmm!!!!!bunyi sesuatu yang kuat jatuh ke atas atap zink dengan tiba tiba dan aku pun apa lagi......

"Arghhhh tolonggg!!!! Ada hantu!!!!!!". Langkah seribu aku buka dengan pantas menuju kearah pintu dapur. Pintu tandas tadi aku rempuh dengan begitu kuat sehingga terasa sakit pada bahuku.

Melihatkan kimi yang sedang selamba duduk diatas kerusi plastik di meja makan membuatkan langkah kakiku automatik berlari kearahnya.

"kau kenapa ni? Dengan basah lencunnya" tanyanya hairan.

"kimi.... I... I........"   belum sempat aku menghabiskan ayat, terasa badanku terlalu lemah dan aku jatuh terjelepok ke lantai tetapi sempat disambut oleh kimi.

"fia, kau kenapa ni? Fia". Bahuku digoncang olehnya.

"momok" itulah perkataan terakhir yang aku ungkapkan sebelum mataku tertutup rapat.






Hye guyss! Saya dah habis exam tau!
!yeay! So bolehlah update story lagi!

Teruskan membaca, komen, liked dan vote cerita ni tau♥️Muahhhhhhhh

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now