I

209 11 2
                                    


bunyi daun bergeseran ....
seiring bersama angin meniup lembut pipinya.dan dalam kegelapan malam satu suara bersenandung bergema di dalam hutan sambil disirami cahaya bulan purnama.

dengan nada senandungan yang sedih. menyatakan hatinya yang sedang pilu.
lagu senandung yang diturunkan sejak turun menjadi pilihan bagi menunjukkan kesunyiannya. 


dia adalah perempuan berumur 20 tahun yang dibenci oleh penduduk kampung Xubenyds. dan diberi gelaran'SOGIN NESKA' iaitu perempuan sihir.

tiada satu hari pon dia terlepas menerima cacian dan makian dari penduduk kampung ketika menuju ke hutan mengutip herba . Mereka mendakwa bahawa dia Davina Lycus telah menggoda kesemua anak lelaki di kampung itu dengan perangainya yang licik.

tapi hal itu sungguh mustahil ! dia hanya akan ke pekan kampung itu untuk merentasi ke hutan. dan setelah itu dia akan terus pulang ke rumahnya yang terletak di hujung kampung.

bagaimana bisa dia menggoda para lelaki di kampung itu jika rutin hariannya sebegitu?
tidak kah mereka tiada belas kasihan kepada dirinya yang hidup sendirian . tanpa ada tempat mengadu ketika dia tak lagi mampu memendam sakit di hatinya.

lagi pula , badan yang gemuk begini dikatakan cantik? standard kecantikan yang amat lah tidak masuk akal! tohmahan yang membuta tuli!

penduduk kampung yang kejam!
alangkah bagus jika ibu dan ayah tidak pergi tinggalkan dirinya sendiri. kenapa hanya sebuah lagu yang menjadi peneman?

seiring itu davina melontarkan sekuat suara menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan .

kenapa mesti dia yang perlu melalui semua ini?
kenapa?
kenapa nyawa ini tidak mahu terlepas dari tubuh yang tersiksa ini?
apa tujuan aku hidup jika sebegini rupa?

bagaikan terngiang ngian di telinga ejekan , hinaan , ketawa sinis, helah demi helah penduduk kampung untuk menyakitinya.

"ambillah jiwa ini!
ambillah!
jika tidak, bawalah aku ke tempat yang aku tidak lagi tersakiti. malah aku disanjungi dan disayangi , serta dihormati sebagai sebahagian penduduk di situ. " pinta davina dengan teresak-esak .

" tolong lah.. " rayu davina di tengah hutan sendirian.

davina terjatuh diatas tanah . sambil menangis . kepalanya tertunduk, jari jemarinya mengenggam kuat rumput , bibirnya di ketap sekuat kuatnya. bajunya yang kotor tidak dia hiraukan.

kemudiannya , satu bintang bersinar terang di atas langit bagai mengabulkan permintaan davina. tiba tiba sebuah cahaya muncul dihadapan davina menerangi hutan yang gelap.

davina tersentak. lalu dia memandang cahaya yang seperti portal demensi itu. tanganya di lunjur ke dalam tapi tiada yang tembus.

belum sempat davina menarik kembali tangannya . portal itu menyedutnya masuk kedalam. serentak itu cahaya itu hilang dan hutan itu kembali gelap.

" araghhh! " davina menjerit ketakutan ditelan cahaya yang aneh.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now