➳ 1

614 81 34
                                    

Betullah ibu kata, sekolah di Korea ini tak jauh berbeza pun dengan sekolah di negara asalku iaitu China.

Sebenarnya aku dah lama hendak bersekolah di sini. Sejak umur 8 tahun lagi.

Apakan daya, bila umur aku sudah menginjak 15 tahun, barulah keluarga aku mengambil keputusan untuk tinggal di Korea.

Tapi aku cuak juga, walaupun aku sudah mampu berbahasa Korea sedikit, aku masih takut nak berbual dengan sesiapa.

“ Minghao, inilah sekolah baru kamu. Belajar elok-elok ya sayang? Jangan jadi penyendiri, berkawanlah dengan semua orang okay? " kata ibuku sebelum membiarkan aku pergi ke kelas baharuku.

“ Baik! "

++++++

“ Murid-murid, hari ini kita ada kawan baru. Minghao, sini. Berdiri sebelah saya. "

Aku pun cepat-cepat masuk ke dalam kelas dan berdiri di sebelah guru lelaki itu.

Setelah aku masuk sahaja, satu kelas telah mula riuh rendah. Tak tahulah apa yang kecoh sangat. Aku memang boleh faham Bahasa Korea, tapi ada yang guna loghat tersendiri, jadi aku tak boleh nak faham apa yang mereka katakan.

“ Handsome lah! "

“ Dia tak nampak macam orang Korea pun. "

“ Kurusnya. Dia ni makan ke tidak? "

Haih. Aku pantang sungguh bila ada orang sebut tentang badan aku.

Bukannya aku tak makan, hari-hari ibu aku masak makanan yang sedap sampaikan aku makan 4-5 mangkuk kecil nasi.

Cuma memang badan aku begini. Makan banyak mana pun masih kurus.

Sedang aku mengelamun sendiri, guru tadi menegurku.

“ Sila perkenalkan diri kamu. "

Ahh...aku paling tak suka benda ini.

“ Hai! Nama saya Xu Minghao. Ya, saya bukan orang Korea. Saya berasal dari China. Keluarga saya berpindah ke sini kerana urusan kerja. "

Semua murid di situ mengangguk kepala. Terutamanya si lelaki yang mengatakan, ‘dia tak nampak macam orang Korea pun' tadi.

Aku rasa lega kerana semua murid kelas ini menerima kehadiranku.

Kecuali seorang gadis ini...

Dia langsung tidak memandang wajah aku, atau lebih tepat, dia tak ambil peduli pun ketika sang guru masuk ke kelas.

Dia cuma memandang ke arah tingkap kelas.

Apa masalah dia?



++++++

Eh siapa pulak publish story baru ni?

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now