➳ 20

262 45 27
                                    

Sudah dua minggu sejak Haewoon tinggalkan dunia ini.

Namun rasa kehilangan itu masih kekal dalam jiwa ini.

Haih, agaknya apa yang dia fikirkan tentang aku ya?

Sebab aku terlalu berusaha untuk mengenali dirinya. Tapi tak apa, semua itu berbaloi.

Sekurang-kurangnya dia gembira kan?

Oh ya. Tentang Bambam.

Aku terkejut bila dia kata dia sukakan Haewoon. Sumpah, aku terkejut.

Mesti dia sedih, gadis yang dia suka sudah tinggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

Harapnya, dia tak terlalu membawa perasaan. Takut jejaskan diri pula.

Aku cuma mampu berharap dia akan baik-baik saja.

++++++

“ Ah, Minghao! Dari tadi makcik cari kamu. Nasib baiklah jumpa kamu di kedai ini. " sedang aku memilih makanan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pada esok hari, makcik kepada Haewoon datang menegurku.

“ Kenapa makcik cari saya? " soalku ringkas.

“ Kejap...ada benda makcik nak beri kepada kamu... " katanya sambil menggeledah beg tangannnya, mencari sesuatu.

“ Hm? "

“ Haa...inilah dia. Ini benda yang makcik nak beri kepada kamu. " dia menghulurkan sebuah perakam suara bersaiz kecil.

“ Perakam suara? " soalku seraya menyambut huluran dari wanita pertengahan abad tersebut.

“ Ya. Nanti kalau kamu tak sibuk, kamu dengarlah. Macam-macam Haewoon ceritakan dalam tu. " penerangannya itu membuatkanku menjongketkan kening.

“ Tak apakah kalau makcik bagi pada saya? Saya ni orang luar, makcik. " jawapanku tadi dibalas dengan sebuah senyuman.

“ Bagi makcik, kamu bukannya orang luar. Kamu ni kawan baik anak saudara makcik. Dan, jangan risau. Makcik dah dengar kesemua rakaman suara itu. Kamu simpan sahaja okey? Untuk kenangan. " dia menepuk bahuku perlahan.

“ Terima kasih banyak, makcik. "

“ Tiada masalah, nak. Dan lagi satu, makcik tak sangka anak saudara makcik yang seorang itu dah jatuh cinta. Tapi itulah, tak kesampaian. Apa boleh buat kan? Baiklah. Makcik balik dulu. " dia menepuk bahuku lagi sebelum melangkah kaki keluar dari kedai ini.

Aku memandang sejenak perakam suara ini.

Apa yang Haewoon katakan agaknya ya?

Dan...

Jatuh cinta?

Dengan siapa?

++++++

Setelah berhadapan dengan hari-hari yang amat sibuk dek kerana tugasan yang tidak pernah luak, akhirnya aku boleh berehat dengan aman hari ini.

Oh ya. Bolehlah aku dengar rakaman suara itu kan? Lagipun aku belum pernah buka rakaman tersebut.

Disebabkan aku ini berada dalam golongan manusia yang mudah terlupa dan cuai, awal-awal lagi aku telah letakkan perakam suara tersebut di dalam laci meja belajarku.

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now