➳ 11

207 43 16
                                    


Haewoon ketawa setelah mendengar penjanjian itu.

Apa yang kelakar?

“ Kenapa awak ketawa? Saya tak buat lawak. Saya serius. " soalku.

“ Awak kata awak baca fail data saya kan? Rasanya awak mesti tahu. "

Aku termenung sebentar untuk berfikir.

“ Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan. " aku berputus asa untuk memikirkan sebab kenapa gadis ini ketawa.

“ Minghao. Saya ni sakit. Saya ada bipolar disorder. Bukan itu saja, siap ada kanser otak lagi. Jadi, bila-bila masa kematian akan datang menjemput saya. "

Aku terkedu. Aku baru teringat tentang penyakit yang dihidapinya itu.

“ Janganlah fikir tentang mati. Awak kena sentiasa gembira. Saya ada. Bambam pun ada. " aku cuba untuk memberikan kata-kata semangat untuknya.

“ Macam mana saya nak gembira kalau Bambam dipukul hanya disebabkan dia berkawan dengan saya? " soalnya.

Bambam yang mencuri dengar perbualan kami menyelit.

“ Tak apa Haewoon, setakat kena pukul ni apalah sangat. Salah aku juga, patutnya aku kena lawan tapi aku boleh mengalah pula. "

Sekali lagi, Haewoon ketawa.

Tapi aku ada satu persoalan.

“ Nanti. Macam mana dia boleh tahu kita berbual dengan Haewoon? " soalku lagi.

“ Kau kena faham, Hao. Di sekolah ini, bukan kita saja yang jadi stalker. Berlambak stalker. " terang Bambam kepadaku.

++++++

“ Minghao, Haewoon. Bulan depan aku akan pulang ke Thailand semula. Jangan rindukan aku tahu, hehe. " kata Bambam.

“ Siapa nak rindu kau? Perasan. " aku menepuk belakangnya perlahan.

“ Ah, mulut kata lain, hati kata lain. Ingat aku tak tahu? " giliran Bambam pula menepuk belakangku.

“ Baik, aku mengaku. Nanti aku akan rindukan kau. Maklumlah kau kawan pertama aku di sekolah ni. " aku memeluknya.

“ Euw Minghao, dah kenapa pergi peluk aku? Gelilah! " dia menolakku.

Sedang kami berdua ketawa, Haewoon mencuit bahu Bambam.

“ Yes, Haewoon? Nak apa– " belum sempat Bambam menghabiskan ayatnya, tubuhnya telah dipeluk erat oleh Haewoon.

“ Terima kasih sebab kawan dengan saya. Kalau saya dah mati nanti, harapnya awak ada masa untuk lawat kubur saya walaupun negara asal awak jauh dari sini. "

Bambam hanya membiarkan gadis itu memeluknya.

Aku mahu saja memarahinya kerana asyik mengatakan hal yang berkaitan dengan kematian.

“ Haewoon, kau kan kuat. Aku janji aku akan datang ke Korea semula dan kau mesti hidup lagi. Mesti! " Bambam mengusap rambut gadis itu perlahan.

“ Saya tak janji saya boleh hidup lama... "

“ Haewoon!! " aku menjerit.

“ Apa? Saya cakap benda betul. "

“ Cukuplah saya sedih sebab Bambam nak pulang ke Thailand semula. Saya taknak sedih sebab awak pula. Please. Jangan sebut tentang mati lagi. "

++++++

Dah nak habis gais.

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now