➳ 9

217 44 23
                                    


“ Hai Bambam, mana Minghao? " soal seorang lelaki yang beruniform sekolah tetapi dari penampilannya, dia kelihatan seperti seorang gengster.

“ Minghao? Oh, dia belum datang lagi. Ada masalah barangkali. " Bambam hanya menjawab acuh tidak acuh. Dia bukannya suka jejaka yang berada di hadapannya ini.

“ Kalau macam tu, ikut aku cepat! " dia terus menarik tangan Bambam dengan kuat.

“ Bitch, kau nak bawa aku ke mana?! Lepaskan akulah!!! "

Haewoon yang melihat adegan itu mula gugup.

“ Ini mesti sebab aku... " gadis tersebut berkata dengan perlahan.

++++++

“ Aku bagi kau amaran, jangan nak tegur anak pembunuh itu lagi. Kau faham tak? " lelaki gengster itu menarik rambut Bambam dengan kuat.

“ Kau siapa nak halang aku?! "

“ Oh melawan... " dia terus menyepak perut Bambam tanpa belas kasihan.

“ Ka-Kau pukullah aku macam mana sekalipun, aku tak akan ikut cakap kau... " Bambam masih melawan, walaupun dirinya telah dipukul dengan teruk.

“ Degil. Kau mereputlah dalam stor ni. Adios Double B! " dia mengunci pintu stor, membiarkan Bambam terbaring lemah di dalam.

“ Minghao...tolong aku... "

++++++

Aku mula jadi tak keruan. Mana Bambam? Aku hendak bertanya pada Haewoon tetapi bayangkan, aku baru saja datang ke tempat duduknya.

Dan semua orang di kelas menjelingku.

Aku tidak mampu fokus di dalam kelas. Rasa terlalu sunyi kerana Bambam tiada di sebelahku.

Nampaknya terpaksalah aku menunggu sehingga waktu sekolah tamat.

++++++

“ Haewoon, mana Bambam? Saya langsung tak nampak dia hari ni. Padahal begnya ada saja di tempat duduknya. " aku menyoal.

Tak lupa juga, beg milik Bambam telah aku galas. Mana tahu dia akan cari aku kan?

“ Lelaki gengster... " jawabnya.

“ Lelaki gengster? Kenapa? Apa jadi? Haewoon, please answer me! " aku mula menyoalnya bertubi-tubi.

“ Lelaki tu seret dia keluar dari kelas. Mungkin dia dibawa ke stor di blok lama sekolah. Sebab lelaki tu pembuli. Selalunya dia akan kerjakan mangsanya di stor tersebut. " jawapan yang diberinya membuatkan aku terkedu.

Jangan kata dia kena pukul?

“ Stor lama? Awak tahu di mana stor tu? "

“ Saya tahu. Tapi saya nak minta maaf. Sebab dia berkawan dengan sayalah... " belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku meletakkan jariku di bibirnya.

“ Shhh...Haewoon, jangan pernah salahkan diri awak. Awak tak bersalah langsung. Mereka saja yang terlalu judgemental. " sejurus itu, dia mengalihkan jariku dari bibirnya.

Mungkin dia malu.

“ Jom. Kita cari dia. Saya takut apa-apa jadi pada dia. " Haewoon terus membawaku ke arah blok lama sekolah.

++++++


“ Buruknya bangunan ni. " komenku. Bambam tak pernah pula bawa aku ke sini.

“ Ya, memang buruk. Tunggu masa saja nak roboh. " Haewoon menjawab.

“ Jadi di mana stor yang jadi tempat pembulian tu? " soalku.

“ Sini. " dia menarik tanganku perlahan ke arah sebuah stor. Aku pun mengetuk pintu stor itu.

“ Hey, Bambam. Kau ada di dalam ke? Kau dengar tak? " tiada sebarang respon.

“ Bambam...awak ada di dalam ke? Saya minta maaf...sebab saya, awak pula jadi mangsa... " giliran Haewoon pula memanggil, namun masih tiada respon.

“ Tak boleh jadi. Haewoon, ke tepi. Saya nak tendang pintu ni. " tanpa banyak bunyi, dia bergerak jauh sedikit dariku dan aku terus menendang pintu dengan kuat.

Dengan mudahnya, pintu tersebut terbuka.

Maklumlah. Pintu ini sudah mereput.

Sebaik sahaja kami masuk ke dalam stor tersebut, kami dikejutkan oleh satu susuk tubuh yang amat dikenali.

“ Bambam!!! "

++++++

haha bersambung.

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now