➳ 4

264 55 18
                                    


Makin lama, aku makin pelik dengan kelas ini. Apa motif mereka abaikan Haewoon? Apa salah dia?

Jika dia ada buat salah sekalipun, perlukah hukum dia sampai begini?

Kejam.

Kerana minda aku asyik memikirkan ‘teori-teori' mengapa Haewoon diabaikan, aku mula menjadi kurang fokus ketika belajar.

Ahh...siapa dia sebenarnya?

“ Bambam, aku nak cakap sesuatu. Boleh? " aku menegurnya yang sedang khusyuk menulis nota.

“ Cakap sajalah. I'm listening. " dia membalas tanpa memandang wajahku.

” Tentang Haewoon. Aku tertarik... " belum sempat aku menghabiskan ayatku, Bambam telah menjatuhkan pennya dan menggoncang-goncangkan bahu aku lagi.

“ Aku dah agak! Mesti lama-lama kau akan jatuh hati juga dengan dia! " katanya dengan teruja.

Aku menamparnya perlahan.

“ Boleh tak bagi aku habis bercakap dulu? Aku tertarik nak kaji tentang dia! Aku nak tahu kenapa semua orang abaikan dia! Aku cuma nak berkawan dengannya. Itu saja. " ucapku panjang lebar.

“ Senang cerita, kau nak stalk dia. Betul tak? " soal Bambam.

“ Perkataan 'stalk' tu kedengaran macam melampau tapi ya, aku nak tahu sangat tentang dia! " kataku dengan bersemangat.

“ Kalau macam tu, kita balik ke rumah pada waktu petang bukan? Jadi, petang nanti...kita bersembunyi dahulu di mana-mana. Dalam 30 minit macam tu, aku akan bawa kau ke bilik yang menyimpan fail data peribadi murid. " cadang Bambam.

Cadangannya seperti agak berbahaya. Kalau tertangkap bagaimana?

Tapi...pedulikan semua tu!

When Xu Minghao is curious about something, he need to know about that as soon as possible!

“ Aku setuju dengan cadangan kau. Tapi selalunya bilik macam tu berkunci. Boleh ke? " aku menyoal.

“ Eh hello? This is Bambam oi! Kalau aku yang cadang, mesti akan menjadi! " katanya dengan penuh yakin.

Terserlah sebentar loghat Thailand dia.

“ Ok, Bambam. Ok. Kalau macam tu, kita nak menyorok di mana lepas habis waktu sekolah nanti? " soalku. Aku tak arif sangat tentang persekitaran sekolah ini.

“ Don't worry Hao, walaupun aku baru 5 bulan jejakkan kaki di sini, trust me bro. Aku dah tahu selok-belok tentang sekolah ini. " katanya sambil menepuk bahuku perlahan, cuba untuk membuatkan aku yakin dengannya.

“ I trust you, bro. "

“ Good. Six pm, our school library. Get it? "

“ Ai ai captain! " kataku sambil ketawa kecil.

Bagus.

Jung Haewoon, kau tunggu.

Aku akan pastikan semua orang akan layan kau dengan baik selepas ini.

Aku janji.

++++++

Ko saba jap, lepas ni ada update lagi.

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang