➳ 19

197 42 19
                                    

Aku masih tertanya.

Apa yang Bambam maksudkan dengan 'tak sempat'?

Tak sempat minta maaf?

Minta maaf apanya, dia dengan Haewoon berbual pun jarang-jarang.

Serabut juga kepala aku bila memikirkan hal ini.

Sedang aku termenung sendirian, tiba-tibatelefon bimbitku berbunyi. Siapa pula ni?

Aku melihat nama si pemanggil.

Ah, makcik kepada Haewoon rupanya.

" Hello, makcik. Kenapa? " soalku lembut.

" Minghao, datang hospital sekarang! Tolong cepat! Nanti makcik beritahu kamu! " aku hendak menyoal, tapi panggilan telah diputuskan.

Kenapa ni? Kenapa suaranya seperti cemas?

Jangan kata...

Tidak, tidak. Don't ever think about that.

Sekarang ni aku perlu ke hospital dengan kadar segera.

++++++

Nafasku masih tercungap-cungap kerana berlari dengan pantas ke sini.

Dan aku lihat makcik Haewoon menangis dengan teruk, lebih teruk dari tempoh hari.

Ah, aku dapat rasakan sesuatu yang tak baik...

" Makcik...kenapa...? " aku menyoal.

Wanita pertengahan abad itu terus memelukku.

" H-Haewoon... " tangisnya lagi.

" Ya, ya...kenapa dengan dia makcik? " soalku semula.

" Ka-kamu terlambat, Minghao...dia dah tinggalkan kita... "

Kata-kata itu bagaikan sebuah batu besar yang menghempap diriku.

Aku tak sangka...

++++++

Akhirnya dia dah selamat dikebumikan.

Aku hanya mampu tersenyum hambar, cuba untuk terlihat tidak terlalu sedih.

Dan, tak ramai orang di sini. Aku boleh kira dengan jari.

Kasihan awak, Haewoon.

Orang masih layan awak dengan buruk walaupun awak dah tinggalkan dunia ini.

Tak apa. Biarlah mereka dapat balasan kelak.

Sekurang-kurangnya awak dah tak sakit lagi kan?

Rehatlah, Haewoon.

++++++

Dua hari setelah pemergiannya, barulah aku ada mood untuk buat panggilan video.

" Hai Minghao! Eh, kau kenapa Hao? Nampak muram saja muka. Kau tak sihat ke? " soal Bambam apabila melihat wajahku yang agak muram di skrin telefon bimbitnya.

" Haewoon dah tiada. " jawabku ringkas.

" Kau merepek apa pagi-pagi ni, Minghao? " soalnya dengan wajah yang serius.

" Aku tak merepek. Dah dua hari. "

" Dah dua hari? Kenapa kau tak beritahu aku? Kenapa mesti sekarang baru nak beritahu? " soalnya bertubi-tubi.

" Yang kau pula nak emosi kenapa?! Sabar boleh tak? Aku bukannya tak mahu beritahu kau. Aku tiada mood nak pegang handphone tahu tak? "

Geram pula rasa.

Tiba-tiba saja nak tengking aku.

" Baik, maaf! Aku cuma geram saja yang kau pendam perkara penting ini dari pengetahuan aku. " dia merengus.

Pada masa ini, baru aku terfikir sesuatu.

" Bambam. Kenapa bila aku sebut tentang Haewoon, kau jadi terlebih risau? Lebih risau dari aku. Kenapa ya? " soalku.

Dia terdiam sebentar.

" Bambam. Jawablah soalan aku. "

" Aku tak rasa aku boleh cakap tentang perkara ini secara terang-terangan. Nantilah. Aku akan mesej kau. Bye. " buat sekian kalinya, dia sendiri yang memutuskan panggilan walaupun aku yang memanggilnya tadi.

Hurm baik?

Aku akan tunggu mesej darinya.

++++++

Sudah hampir sejam aku menunggu mesej darinya. Akhirnya dia hantar juga mesej yang dinanti-nantikan.

Dan mesej tersebut amat mengejutkan aku.

Double B :

Patutnya aku beritahu perkara ini dari dulu lagi.

Malangnya, tak sempat.

Aku menyesal.

Aku sukakan Haewoon.

Haha, its too late.

:)





++++++

Huehue.

SURPRISEEEEEEEEE

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now