➳ 7

220 47 6
                                    


Keesokan harinya, kami berdua datang ke sekolah seperti biasa. Dan hati aku masih meronta-ronta untuk menegur gadis itu.

“ Bam, apa kata kita tegur saja dia? Dia bukannya hantu atau apa sampai tak boleh ditegur langsung. " cadangku.

Bambam yang sedang membuka sepaket keropok, terkejut.

“ Kau gila, Hao? Nanti semua orang dalam kelas ni pulaukan kita pula! " dia membantah.

“ Kalau susah sangat, kita ikut dia masa balik. Masa tu kita bolehlah tegur dia. " aku memberikan cadangan lagi dan Bambam hanya menganggukkan kepalanya.

“ Tak terfikir pula aku. Bijak, Hao! " pujinya sambil memberi ‘thumbs up'.

++++++

Waktu persekolahan telah tamat dan semua murid berpusu-pusu untuk keluar bagaikan itik pulang petang.

Namun tidak bagi aku dan Bambam.

Kami menunggu keadaan sekeliling menjadi reda, barulah kami keluar.

Kenapa?

Kerana Haewoon juga keluar lambat.

Ini sahaja peluang yang ada untuk menegur dia.

++++++

“ Tak rasa ke diri ni seperti seorang stalker? " soal Bambam apabila sudah lebih 10 minit aku dan dia mengekori jejak langkah Haewoon.

“ Bukan selalu. Hehe. " aku tersengih.

Kami terhenti seketika apabila ternampak Haewoon masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka. Mungkin dia hendak beli makanan? Lagipun dia tak pernah makan semasa waktu rehat di sekolah.

“ Dia masuk dalam kedailah. Apa kata kita tunggu di bangku sana? Lepas dia keluar, kita tegur dia! Ok tak cadangan aku? " kata Bambam sambil menunjukkan bangku-bangku yang terletak bersebelahan kedai serbaneka yang dikunjungi Haewoon.

“ Cadangan kau sentiasa ok, Bambam. " aku ketawa kecil.

++++++

“ Lamanya dia dalam kedai tu. Dah lima minit ni. Apa yang dia beli? " Bambam mula merungut apabila gadis yang ditunggu-tunggu tidak memunculkan diri.

Baru lima minit dia sudah merungut.

Alahai.

“ Biasalah perempuan, pilih makanan pun lama tahu? " aku cuba memujuk Bambam yang mula kebosanan.

“ Complicated betul... " kata-katanya terjeda apabila bunyi pintu kedai dibuka kedengaran.

Seperti yang dijangka, Haewoon yang membuka pintu tersebut. Kelihatan dia sedang membawa satu beg plastik penuh dengan roti.

Roti? Adakah itu bekalan untuk dia seorang?
Kerana aku tahu dia tiada adik-beradik.
Ibunya juga telah hilang tanpa sebarang jejak.

Ini semua berdasarkan fail yang aku baca tempoh hari.

“ Apa lagi, Hao? Tegurlah dia. " Bambam mula menolak perlahan tubuhku supaya bangun dari duduk.

“ Aku nak tegurlah ni, janganlah tolak aku! " sebagai balasan, aku menarik tangannya, memaksanya untuk bangun.

“ Eh aku pula kena tarik. Dah, dah! Cepat tegur dia. Nanti dia hilang dari pandangan kau pula. " Bambam mencuit-cuit bahuku.

Haewoon kelihatan berjalan dengan sangat pantas. Seperti dia mahu melarikan diri.

Tapi dari siapa?

Adakah kerana dia ternampak kami berdua?

Aku tak peduli. Aku terus mengejarnya.

“ Jung Haewoon!!! " aku melaungkan nama penuhnya.

Gadis itu tersentak.


++++++

Eh eh bersambung pulak.
(❁´▽'❁)

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ