➳ 15

191 41 41
                                    


Penat betul nak mencari rumah Haewoon.

Berdasarkan alamat yang aku catat tempoh hari, dia tinggal di sebuah pangsapuri dan rumahnya berada di tingkat 15.

Aku tak kisah, kerana mesti ada lif bukan?

Aku pun berjalan ke arah lif. Dan aku terlihat sekeping kertas bersaiz sederhana ditampal pada pintu lif tersebut.

Harap maaf, lif rosak.
Sila gunakan tangga.
Pihak pengurusan akan selesaikan isu ini secepat mungkin.
Terima kasih atas kerjasama anda.

Oh God.

Jadi aku kena naiki anak tangga sehingga ke tingkat 15?

Tak apalah. Demi Haewoon, suruh panjat bumbung pun aku sanggup.

++++++

Aku menarik nafas lega apabila sudah berjaya tiba di tingkat 15 pangsapuri ini.

Aku membelek semula kertas kecil yang tertulis alamat rumahnya.

“ Tingkat 15, rumah nombor 12. Hm, mana satu ya? " aku pun mula mundar-mandir di tingkat itu sehinggalah aku jumpa rumah yang dicari.

Loceng ditekan bertalu-talu, namun tiada sebarang respon.

Kali ini pintu pula diketuk berkali-kali, namun masih tiada respon.

Sebaliknya, pemilik rumah bernombor 11 pula yang keluar.

“ Hai adik, kamu cari siapa? " soal seorang wanita yang boleh aku katakan sudah berusia.

“ Ah, saya cari kawan saya. Katanya dia tinggal di sini. Tapi kenapa rumah ini macam tiada orang? " jawabku.

“ Kawan? Kamu berkawan ke dengan budak perempuan ini? Maksud makcik, Haewoon. " soalnya lagi.

“ Ya, kenapa? " aku naik muak pula. Sudahlah dia tak menjawab soalan aku, lepas tu tanya lagi soalan lain.

“ Makcik tak sangka pula budak ni ada kawan. Setahu makcik, satu sekolah abaikan dia sebab mendiang ayah dia bunuh orang. Bekas pengetua pula tu yang dibunuhnya. "

Aku meraup wajahku.

I swear to God, aku datang ke sini nak cari Haewoon, bukannya bergosip tidak tentu pasal.

“ Orang bodoh saja abaikan orang yang tidak bersalah. Sekarang ni tolonglah beritahu Haewoon di mana? Saya tiada masa nak main-main tahu tak? " nada suaraku mula naik seoktaf.

“ Oh, oh. Maafkan makcik. Kamu faham-fahamlah orang tua. Kerja nak bergosip saja. Haewoon ya? Dia sekarang ada di hospital. Makcik dia yang bawa ke sana. " aku terkejut.

“ Hospital? Kenapa dengan dia, makcik? "

“ Makcik dengar cerita, kanser dia dah makin teruk. Sampai botak dah kepalanya. Kesian, sudahlah diabaikan, selepas itu sakit pula. Harapnya budak tu baik-baik saja. "

“ Makcik tahu tak dia ada di hospital mana? "

“ Dik, kawasan ini ada satu sahaja hospital. Rasanya kamu boleh tahu sendiri. "

Loyar buruk pula. Tak apalah, asalkan aku dapat tahu Haewoon di mana.

“ Baiklah kalau begitu, terima kasih banyak makcik. Maaf sebab buat bising tadi! "

++++++

Akhirnya aku tiba di hospital.

Masalahnya sekarang, aku keliru. Aku perlu ke mana? Hospital ini besar.

Setelah hampir lima minit aku berdiri statik di pintu hospital, aku berjalan masuk.

Mata aku terpandang kaunter pertanyaan.

Oh. Patutnya aku masuk saja dan terus ke kaunter pertanyaan. Kenapa aku perlu termenung?

Betullah cakap Bambam, aku memang bodoh.

“ Selamat sejahtera, encik. Saya nak tanya boleh? " aku menunduk hormat ke arah petugas di kaunter pertanyaan itu.

“ Selamat sejahtera juga. Kamu nak tanya apa? " soal petugas lelaki itu.

“ Di sini ada tak pesakit bernama Jung Haewoon? "

“ Sekejap ya, beri saya seminit dua untuk cari. " dia mula menatap skrin komputer untuk mencari maklumat yang dipinta.

“ Jung Haewoon, tingkat 20, wad nombor 18. Ada apa-apa lagi kamu hendak tanya? "

“ Oh, tak ada. Terima kasih banyak-banyak ya! " aku menunduk hormat sekali lagi.

Tingkat 20 ya?

Aku harap lif hospital ini tidak rosak.

++++++

Jangan risau, hari ni aku buat double update. Tak tipu punya (❁´▽'❁)

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Onde histórias criam vida. Descubra agora