➳ 13

186 41 15
                                    


Hari ini Haewoon tidak hadir ke sekolah.

Aku tidak pernah nampak dia ponteng sebelum ini.

" Pelik betul. Kenapa Haewoon tak datang hari ni? " soal Bambam sambil membuka sepaket gula-gula getah.

Nasib baik tiada guru di dalam kelas,

" Aku rasa ada sesuatu jadi. Bam, aku takutlah kalau dia tiba-tiba pengsan atau- " belum sempat aku hendak menghabiskan dialogku, Bambam telah menyumbat sebiji gula-gula di dalam mulutku.

" Kenapa kau ni? Asyik nak fikir benda bukan-bukan saja. Baik kau diam sebelum aku sumbat benda lain pula dalam mulut kau. "

Betul juga.

Aku asyik berfikiran negatif sejak kebelakangan ini. Bukan setakat tentang Haewoon saja, benda lain pun sama.

What's wrong with me?

++++++

Kalaulah aku boleh kawal masa, aku nak hari ini tidak wujud langsung.

Kenapa?

Hari ini, Bambam akan pulang ke Thailand.

Bukan setakat itu saja, dah seminggu aku tak nampak kelibat Haewoon.

Mana dia pergi agaknya?

" Tak boleh ke kau stay saja di sini? Nanti aku rindu kaulah. " aku menarik lengan Bambam, cuba untuk memujuknya agar tidak pergi.

" Mana boleh, Hao. Family aku semua ada di Thailand. Jangan risaulah, zaman dah moden. Kau boleh saja video call aku bila-bila masa. " kali ini, gilirannya pula memujukku.

" Tapi tak sama, Bam. Kalau video call, aku setakat boleh bercakap saja. Kalau sekarang ni aku boleh tampar, cubit kau dan macam-macam lagilah! " aku mencubit lengannya perlahan.

" Eii sakitlah! Sebab ni aku nak video call dengan kau saja. Kau suka sangat cubit aku. Kau ingat aku ni apa? " dia mula membebel.

" Alah, nanti mesti kau akan rindukan cubitan padu aku ni. Trust me! "

" In your dream, Minghao. " kami berdua mula ketawa besar.

++++++

Dalam mereka berdua ketawa riang itu, terlihat seseorang gadis sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh.

" Haewoon? "

" Ya, makcik? " jawabnya dalam nada suara yang lemah.

" Kenapa kamu mengendap mereka berdua? Pergilah tegur. Lagipun kawan kamu yang seorang dah nak balik ke negara asalnya kan? " wanita yang berambut kelabu itu menepuk bahu Haewoon perlahan.

" Tak apalah makcik. Saya dapat lihat mereka berdua dari jauh pun sudah cukup baik. "

" Tapi kenapa? Mesti mereka risaukan kamu. Dah seminggu kamu tak ke sekolah. "

" Tak apa. Saya tak mahu mereka lihat saya sebegini rupa. Botak, hodoh. "

Ya, itulah sebab kenapa Haewoon tidak hadir ke sekolah ataupun berjumpa dengan Minghao dan Bambam.

Kanser yang dihidapi sudah semakin merebak ke seluruh tubuhnya.

Sudah banyak kemoterapi dilakukan. Dan akhirnya menyebabkan dirinya botak.

Dia malu hendak berjumpa dengan dua orang jejaka itu.

Padanya, biarlah mereka berdua menjenguk saja kuburnya tak lama lagi.

Dia sudah hilang harapan untuk hidup.

Agaknya apa reaksi Minghao?

𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱. [✓]Where stories live. Discover now