T I G A B E L A S

380 13 0
                                    

"Hai Mika" Tegur Arrieya mesra. Adam yang melihat hanya menjeling meluat. Menyampah sungguh dengan perangai Arrieya. Kadang-kadang bad mood, kadang-kadang terlajak ceria.

"Hai" Balas Mikail. Tanpa meminta izin, Arrieya melabuhkan punggung di tepi Mikail.

"Mika" Mikail mengangkat kening memandang Arrieya yang sedang menghulur tangan.

"Nak pinjam phone" Mata dikerdipkan beberapa kali.

"Ishh kau ni. Kau baik-baik dengan aku sebab nak pinjam phone rupanya. Hampeh betul" Mikail menolak kasar tangan Arrieya.

"Ala bagi je la" Mikail menggeleng kecil. Matanya tertumpu pada televisyen di hadapannya.

"Pinjam Adam punya la" Adam yang fokus menonton televisyen pantas memandang Mikail dengan dahi berkerut.

"No" Tegas sekali bunyinya.

"Ish korang ni. Pinjam phone je bukan i nak baling-baling pun" Mikail yang perasan dengan rajuk Arrieya terus tersengih.

"Phone aku tak ada battery la Arrieya. Kau pinjam dengan Adam je la" Pujuk Mikail.

"Apahal kau ? Tak nak aku bagi pinjam kat dia ni" Adam menjeling Mikail kasar.

"Bagi je la. Yang kau kedekut sangat ni kenapa ? Setahu aku, orang yang kedekut phone ni sebab dia ada awek tau" Mikail tersenyum nakal. Adam membuat muka menyampah.

"Adam Adam. Please ? Kejap je i janji" Adam menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan beberapa kali.

"Adam ! Boleh lah. I janji i jaga elok-elok phone you" Arrieya membuat muka simpati.

"Eii kau ni ! Nak buat apa dengan phone aku ?" Tanya Adam tanpa memandang muka Arrieya.

"Youtube. I nak buat cake" Adam dan Mikail sama-sama tersentak lalu pandang muka Arrieya sebelum ketawa besar.

"HAHAHAHAHAHHAHA"

"Ei betul lah ! Nanti kalau kek i siap, jangan harap korang dapat makan. Sentuh pun i tak kasi" Arrieya menahan sabar. Kalau tidak difikirkan mahu meminjam phone, dah lama dia bagi penampar je kat dua manusia ni.

"Banyak cantik muka kau. Dah la nak pinjam phone aku" Arrieya mencebik.

"Nah. Pastikan sedap tau !" Arrieya tersenyum lalu mengambil phone milik Adam.

"Thank you !" Arrieya terus berlari anak ke dapur. Tak sabar nak buat kek.

"Arrieya ! Jangan letak racun !" Jerit Mika separa kuat. Sejurus itu, tercetus lagi tawa dari Adam dan Mikail.

"Ergh. Macam la aku jahat sangat sampai nak letak racun dalam kek. Bodoh betul Mikail" Gumam Arrieya perlahan.

<><><>

"Assalamualaikum" Cik Aini melangkah masuk ke dalam rumah lalu berhenti di ruang tamu.

"Adam, mana Arrieya dengan Mika ?" Tanya Cik Aini sepatah.

"Mika keluar beli barang. Anak Tan Sri tu ada kat dapur tu haa" Jelas Adam.

Pang !

"Arrieya ! Kenapa tu ?!" Tanya Cik Aini cemas. Adam menjenguk sedikit di bahagian dapur.

"Tak ada apa. Pinggang jatuh je !" Laung Arrieya dari dapur. Cik Aini tergelak kecil. Mesti dapur dah tunggang langgang.

"Adam, Mika pergi beli apa ?" Tanya Cik Aini sebelum mengambil tempat di sofa.

"Ice cream. Arrieya yang suruh" Cik Aini mengerut dahi.

"Buat apa beli ice cream ?" Adam mengangkat bahu sebagai jawapan.

"Haih macam-macam la Arrieya ni" Adam mencebik menyampah. Nama pun Arrieya. Mesti lah pelik perangainya.

"Umi ada bagitahu 'dia' ke pasal tahlil tu ?" Terus berubah muka Cik Aini.

"Ada, umi bagitahu" Jawab Cik Aini. Adam hanya tersenyum sinis.

"Nak ke 'dia' datang, umi ? Entah-entah dah tak ingat langsung kat kita ni" Ujar Adam menyampah. Cik Aini hanya senyum.

"Umi pun tak berharap sangat, Adam. 'Dia' nak datang, datang lah. Kalau 'dia' tak nak kita tak boleh paksa. Umi sekadar bagitahu je" Adam mengangguk sebelum memandang Cik Aini.

"Umi tak payah la ambil kesah hal 'dia'. 'Dia' tu dah senang kat luar sana. Mana ambik tahu hal kita lagi." Cik Aini tersenyum pahit.

"Ok lah umi. Adam nak masuk bilik dulu" Cik Aini mengangguk kecil sebelum menuju ke dapur untuk menyediakan apa yang patut untuk malam nanti.

<><><>

"Adam" Adam memandang Arrieya yang tercegat di depan pintu biliknya.

"Hmm"

"Nah phone you" Adam bangun dari meja kerjanya lalu melangkah ke arah Arrieya.
Arrieya memandang bilik Adam sebelum matanya membulat sedikit.

"Wow ! Ni bilik lukisan you eh ?" Adam mengangguk sedikit. Phone miliknya yang berada di tangan Arrieya dicapai.

"Ye lah. Terpaksa la aku duduk bilik ni. Kau kan rembat aku punya bilik. Lupa ke ?" Arrieya memandang Adam tajam.

"Not bad apa bilik ni. Dah la luas" Adam mengiyakan kata-kata Arrieya. Memang betul bilik ni luas sebab boleh buat ruang melukis di dalamnya.

"Adam, Mikail tidur dalam bilik ni juga kan ?" Soal Arrieya ingin kepastian. Sebaik sahaja Adam mengangguk, mata Arrieya membulat luas.

"OMG !" Adam mengerutkan dahi melihat Arrieya yang terkejut tiba-tiba.

"Pahal kau ?" Arrieya masih lagi kaku.

"I tak sangka you macam ni, Adam. Mikail pun" Jelas riak kecawa di wajah Arrieya.

"What ?" Tanya Adam. Tak betul ke apa ?

"You dengan Mikail tidur sekatil" Perlahan sekali Arrieya berkata. Membulat luas mata Adam.

"What the hell are you thinking, Arrieya ?! Aku ni lelaki baik tau !" Arrieya memandang lantai.

"Mikail tidur atas sofa lah. Boleh tahan kuning jugak otak kau eh ?" Adam tersenyum sinis. Pantas Arrieya menggeleng.

"Mana ada ! I tak nampak pun sofa tu. Sebab tu i ingat you tidur dengan Mika" Adam mengecilkan mata memandang Arrieya. Jauh betul perempuan ni fikir.

"Eii kau ni. Aku pun geli lah dengan mika tu lagipun i'm interested in girl not boy" Arrieya terasa malu bila tersilap sangka. Salahnya juga kerana tuduh tanpa bukti. Kan dah kena kat batang hidung sendiri.

"—like you. A girl" Sambung Adam lagi. Meremang bulu roma Arrieya mendengar kata-kata Adam. Adam tersenyum sinis melihat muka Arrieya yang memerah.

Arrieya cepat-cepat memusingkan tubuhnya lalu mengatur langkah ke biliknya dengan laju. Serius Adam dah gila ! Adam yang melihat Arrieya hanya tergelak jahat. Padan muka. Cakap lagi aku gay kan.

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now