T I G A P U L U H S E M B I L A N

304 4 0
                                    

"Umi, Adam nak kahwin" Mahu tersendak Cik Aini mendengar ayat yang baru keluar daripada mulut. Hujan tak, ribut pun tak. Tiba-tiba saja.

"Adam jangan main-main lah. Ni hal kahwin bukan boleh buat main"

"Tak ada lah umi. Adam serius ni ha. Cepat lah umi. Adam nak kahwin" Cik Aini memandang Adam yang merengek seperti budak kecil itu pelik.

"Adam nak kahwin dengan siapa ni, sayang ? Bagitahu umi dulu" Adam tersengih.

"Umi kan dah tahu Adam suka siapa. Adam nak kahwin dengan dia lah" Adam menggaru kepala yang tidak gatal. Mukanya merah sedikit.

"Siapa ? Umi tak ingat lah Adam" Cik Aini berpura-pura mahu mengusik anaknya itu.

"Ala yang haritu lah" Cik Aini masih membuat muka blur.

"Hish umi ni ! Malas lah cakap dengan umi. Apa yang Adam cakap kat umi, semua umi tak ingat. Kalau Si Ameer tu, ingat pulak" Adam memasamkan muka sebelum bangun hendak meninggalkan uminya.

"Tu pun nak merajuk ! Macam budak-budak lah Adam. Umi ingat lah, apa pulak tak ingat. Arrieya kan ? Arrieya Tan Sri Amin ?" Adam laju memandang Cik Aini sebelum menganggukkan kepala beberapa kali. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi semulam tak jadi nak merajuk.

"Boleh la umi. Adam nak kahwin dengan Arrieya. Boleh eh umi ? Please.." Cik Aini tergelak kecil dengan telatah manja Adam.

"Kenapa tanya umi pulak ? Pergi lah tanya Arrieya. Dia nak tak kahwin dengan anak umi ni ?" Adam tersenyum bila mendapat green light dari Cik Aini.

"Tapi, Ameer ?" Tanya Adam pula. Cik Aini tiba-tiba terdiam lalu bahu diangkat.

"Dia tu memang bala lah"

Pap !

"Sakit lah umi !" Lengannya digosok laju.

"Adam lah. Apa pulak cakap Ameer tu bala. Dia tu abang Adam jugak tau. Tak baik lah korang adik beradik ni bergaduh" Adam mencebik bibir.

"Tengok tu. Umi cakap kan, dia boleh buat muka macam tu" Adam tersengih sebelum memujuk Cik Aini yang merajuk.

<><><>

"Encik Am, ada orang datang nak jumpa Encik Am" Maklum pembantu pribadi Ameer yanh berada di pintu.

"Siapa ? I tak ada temu janji dengan siapa-siapa pun harini. Kan ?" Gadis itu mengangguk mengiyakan soalan Ameer. Memang majikannya tiada sebarang temu janji harini.

"Habis tu siapa pulak ?"

"Dia lelaki. Entah, dia cakap nak jumpa Encik Am je" Ameer hanya mengangguk kepala.

"Hmm, biar je lah dia masuk" Ameer pula sedang memikir siapa lelaki itu. Kalau Qairil, takkanlah nak temu janji bagai.

"Baik, Encik Am" Gadis itu sempat menghadiahkan senyuman kepada Ameer sebelum berlalu.

Tak lama kemudian, lelaki itu menolak pintu office Ameer dengan selamba. Lalu mengambil tempat di hadapan Ameer yang sedang sibuk membelek kerja-kerjanya.

"Cis, kau rupanya. Patutlah tak ada adab" Sinis Ameer berkata sebelum orang dihadapannya dipandang.

"Buat apa nak beradab dengan kau ?" Balas Adam selamba. Ameer menahan sabar melayan adiknya yang keras kepala.

"Kalau kau datang sini nak sakitkan hati aku, baik kau blah sekarang pergi jaga gallery kau yang entah apa-apa tu" Halau Ameer.

"Gallery aku yang entah apa-apa tu lah sumber pendapatan yang aku bagi kat umi. Kau ? Ada bagi duit kat umi ? Tak ada kan ? So, jangan suka hati kau je cakap macam-macam kat gallery aku" Balas Adam panjang. Ameer ni kalau jumpa, mesti nak kutuk gallery dia. Kenapa pun tak tahu.

"Kau balik lah, budak. Aku tak ada masa nak layan perangai tak matang kau tu. Kalau bosan sangat, pergi lah taman permainan tu. Ni menyemak kat office aku ! Kau tak nampak ke aku banyak kerja ni ? Ke kau buta ?" Adam tercengang. Budak ? Taman permainan ? Buta ? Melampau betul lelaki ni.

"Kau panggil aku budak ? Heh well, budak ni lah yang akan kahwin dengan Arrieya nanti" Bangga Adam dengan keputusannya sendiri.

"Kahwin ? Jangan nak sembang ah. Kau ingat Arrieya nak sangat ke kat kau ?" Adam tersenyum bangga dengan kening diangkat. Ameer hanya menahan sabar memandang muka Adam. Nak je sepak-sepak.

"Nanti aku bagi kad, jangan lupa datang pulak" Kata Adam lagi. Sengaja ingin menyakitkan hati Ameer. Padahal, belum ada kata putus dari Arrieya.

"Keluar sekarang !" Marah Ameer. Bengang dengan sikap mengejek Adam.

"Tak nak. Sampai hati kau halau adik kau sendiri, kan ? Tak kesian kat aku ke" Seloroh Adam lagi. Tambah dengan muka comel lagi.  Dalam hati, tak habis kutuk diri sendiri. Kenapa pulak mengaku aku ni adik dia ?! Haih mulut ni.

"Jangan nak sembang adik beradik la kat sini. Perangai macam syaitan pun ada hati nak mengaku kau adik aku" Ameer membuat muka.

"Ei buruk bodoh muka kau ! Tak sesuai lah kau jadi abang aku. Dah la muka buruk plus loser pulak tu" Adam ketawa terbahak-bahak melihat muka marah Ameer.

"Kau memang nak kena tumbuk ke apa ? Rindu nak rasa penumbuk aku ?" Adam tersenyum seperti tiada apa yang jadi. Lagi membuat Ameer marah dan sakit hati.

"Tak baik tau tumbuk adik sendiri. Aku bagitahu umi, kau yang kena" Adam sempat mengusutkan rambut Ameer sebelum keluar dari pejabat Adam dengan muka riak.

"Budak bodoh !" Laung Ameer dari dalam bilik. Tersentak pekerja-pekerja yang mendengar laungan maha kuat dari Ameer. Ada pula berbisik-bisik.

"Sambung kerja lah ! Ingat aku tak nampak ke ?" Marah Ameer. Bukan sengaja sebenarnya. Ingin marahkan Adam, pekerja pula tempat dilepaskan.

"Padan muka kau ! Main-main lagi dengan aku !" Adam tersenyum menang lalu langkah dilajukan menuju ke kereta miliknya. Destinasinya selepas ini hanya satu, rumah Arrieya.

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now