E N A M B E L A S

382 14 0
                                    

Keadaan di ruang tamu sunyi. Hanya bunyi kipas berpusing sahaja yang kedengaran. Masing-masing terkaku. Cik Aini terkejut dengan kehadiran anak sulongnya manakala Ameer terfikir-fikir macam mana Arrieya boleh ada dekat sini.

"Umi ingat Ameer tak datang" Akhirnya, Cik Aini bersuara memecahkan kesunyian diantara dia dan Ameer.

"Ameer datang sebab nak tunjuk muka je. Nanti umi cakap Ameer tak kenang budi pulak" Balas Ameer. Cik Aini tersenyum nipis. Faham sangat dengan sikap Ameer yang sukar diubah.

"Ameer kenal Arrieya ?" Soal Cik Aini. Dari tadi dia memerhati Ameer yang asyik memandang Arrieya.

"Kenal. Girlfriend Ameer" Balas Ameer selamba. Cik Aini yang mendengar terkejut.

"Betul ke Ameer ?" Cik Aini masih ragu-ragu dengan jawapan Ameer.

"Haah. Sejak dia hilang haritu, dah merata Ameer cari dia tapi masih tak jumpa-jumpa. last last ada kat sini. Mana umi jumpa dia ? Umi kenal ke dia siapa ?"

"Kenal. Arrieya dah cerita semuanya pada umi. Haritu umi jumpa dia depan masjid. Dia pengsan. Jadi, umi bawak balik rumah" Terang Cik Aini lalu memandang muka Ameer.

Makin kacak anaknya ini. Muka Ameer sedikit berbeza dengan muka Adam kerana Ameer lebih banyak iras babanya manakala Adam lebih kepada iras Cik Aini.

<><><>

"Adam" Tegur Arrieya perlahan. Mikail dan Arrieya mengambil tempat di sofa di dalam bilik Adam. Pintu dibiarkan terbuka luas.

"Ish korang nak apa ? Keluar lah. Aku serabutlah !" Rambut Adam dikuak kasar ke belakang.

"Chill la Dam. Aku dengan Arrieya nak ajak kau makan. Kau bagitahu aku kau lapar kan ? Jom la makan" Arrieya mengangguk beberapa kali tanda setuju dengan Mikail.

"Jom la makan, Adam. Kek i banyak lagi tau. Siapa nak habiskan" Sayu sekali Arrieya berkata.

"Eh kau ni ! Risaukan kek kau pulak. Aku kan ada so aku boleh habiskan" Mikail menjeling Arrieya sekilas.

"Eh Adam. Jom lah ! I dah lapar ni" Arrieya mengusap-usap perut kempisnya yang minta diisi.

"Jangan la buat macam tu. Sebiji macam orang mengandung" Usik Mikail sebelum menjerit kesakitan apabila terkena sengatan berbisa Arrieya.

"Aku gurau je la. Sakit tahu tak" Adu Mikail sambil menggosok lengannya yang dicubit Arrieya.

"Dah la, Mika. Adam, let's go" Adam membuat muka sebelum terpaksa mengikut Arrieya dan Mikail. Mereka menuju ke meja makan tanpa menghiraukan Cik Aini dan 'tetamu' di ruang tamu.

"Mika, you nak kek kan ?" Laju Mikail mengangguk menjawab soalan Arrieya. gila tak nak !

"Pergi ambil sendiri" Arrieya tersenyum mengejek sebelum mengambil tempat di meja makan. Mikail mengeluh kasar sebelum mengalah lalu ke dapur untuk mengambil kek.

"Eh you tak nak makan ke ?" Soal Arrieya bila melihat Adam masih lagi seperti patung.

"Kau makan je la. Sibuk pulak hal aku" Jawab Adam.

"Whatever. Nanti you yang lapar. Bukan i" Balas Arrieya geram. Geram dengan sikap angkuh Adam. Tanya elok-elok pun nak marah juga.

"Arrieya, nah kek" Sapa Mikail sambil menghulurkan kek kepada Arrieya. Arrieya terus meletakkan kek itu di atas meja selepas mengambil daripada Mikail.

"Duduk lah makan. Tunggu apa lagi" Mikail tersengih memandang Adam.

"Arrieya. Kau kenal lelaki tu ?" Tanya Adam tiba-tiba.

"Hmm kenal" Jawab Arrieya sepatah sebelum kembali menyambung menyuap nasi ke dalam mulut.

"Mana kau kenal dia ?" Arrieya terdiam seketika dengan soalan Adam. Bukan tiada jawapan tapi dia malas mahu ingat tentang Ameer sekaligus mengingatkan dia tentang kehidupannya dulu.

"Club" Perlahan Arrieya menjawab. Adam yang faham gadis itu mula rasa serba salah.

"Dah lama kau kenal dia ?" Arrieya mengangguk sahaja.

"Kau rapat ke dengan dia ?" Arrieya menahan sabar. Harap Adam dalam keadaan mood tak berapa elok je. Kalau tak, dah lama dia buat-buat tak tahu saja dengan soalan-soalan Adam. Bosan mahu menjawab soalan wartawan Adam.

"Boleh la. Tapi tak lah rapat sangat" Adam mengangguk faham. Nasi di dalam pinggan ditenung sebelum menyuap ke dalam mulut.

"I heard someone talk about me" Kata Ameer yang baru sahaja muncul di meja makan. Tempat di sebelah Arrieya diambil. Matanya tekun melihat wajah Arrieya manakala tangannya pula menongkat dagu.

"Ei apa masalah you ni, Ameer ?" Marah Arrieya bila lelaki itu terus memandangnya tanpa menghiraukan Adam dan Mikail ada sekali di meja makan.

"I rindu you la, sayang. Takkan you tak rindu i ? Merata tau i cari you" Arrieya memandang Ameer tajam. Adam sedaya upaya menahan sabar dari menumbuk wajah Ameer.

"You sesuka hati duduk tepi i, i boleh sabar lagi tau. Tapi kalau you mengarut macam orang mabuk ni, nak je i bagi penampar" Arrieya menjeling Ameer kasar. Ameer tersenyum sinis.

"Woi, kau blah sekarang. Menyemak betul la" Kata Adam dingin. Ameer menjeling adiknya sekilas sebelum menjawab.

"Kenapa ? Ada aku ganggu hidup kau ?"

"Arrieya, nak kek" Pinta Mikail tanpa mempedulikan adik beradik yang sedang berperang mulut.

"Thanks" Arrieya hanya mengangguk.

"Mika, jom la. Kat sini bising" Perli Arrieya dan pada masa yang sama, Mikail turut bangun dari kerusi lalu masuk ke dalam bilik masing-masing.

"Jangan lupa balik rumah kau sendiri ! Sakit mata aku tengok muka kau !" Hambur Adam lalu meninggalkan Ameer seorang diri di meja makan. Cik Aini yang memerhati daripada jauh hanya menggeleng kepala melihat anaknya seperti musuh.

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now