L A P A N B E L A S

388 13 0
                                    

"Abang, nak tambah lagi ?" Tanya Puan Sri Maria sebaik sahaja melihat suaminya yang sudah menghabiskan nasi di dalam pinggan.

"No thanks" Ujar Tan Sri Amin sepatah. Jus di dalam gelas diminum beberapa teguk.

"Maria, abang nak tanya sikit" Puan Sri Maria hanya mengangguk sebelum mengangkat kening.

"Rya ada call awak ?" Pantas Puan Sri Maria menggeleng.

"Tak ada. Kenapa abang tanya ? Dia ada call abang ke ?"

"Tak ada. Sebab tu saya tanya awak" Balas Tan Sri Amin. Mula terbit rasa risau dalam dirinya.

"Saya ada upah orang cari dia kat mana sekarang tapi masih lagi tak ada jawapan. Abang dah mula risau, Maria" Kata Tan Sri Amin jujur. Tiada langsung khabar berita tentang anaknya. Itu sangatlah merisaukan hati tuanya.

"Saya tak nak dengar penyesalan abang sebab abang sendiri yang halau dia. Awak sepatutnya tak halau dia. Kita boleh bincang elok-elok" Ungkit Puan Sri Maria. Terkilan dengan sikap suaminya. Suka sangat buat keputusan tanpa berfikir kesannya.

"Ya Maria. Saya tahu semua ni salah saya. Saya tak patut halau dia macam tu. Saya fikir, Rya akan balik lepas lama tinggal diluar tu. Tapi, dah sebulan lebih masih tak balik. Abang minta maaf. Abang betul-betul menyesal" Puan Sri Maria hanya mengangguk perlahan. Walaupun terkilan, dia masih maafkan suaminya.

"Saya maafkan abang tapi dengan satu syarat" Tan Sri Amin memandang wajah isterinya yang serius.

"Cari Arrieya dan bawak dia pulang"

<><><>

"Arrieya, boleh Cik Aini masuk ?" Arrieya memandang sekilas sebelum mengangguk perlahan. Dia betul-betul tak ada mood sekarang. Terlalu sakit hati dengan Ameer.

"Cuba cerita kat Cik Aini masalah Arrieya. Tak lah stress sangat kepala tu nanti" Pujuk Cik Aini. Arrieya sedikit tersenyum mendengar kata-kata Cik Aini. Wanita ini selalu ada untuknya. Tak kira susah senang. Kadang kala, ada juga terfikir macam mana dia nak berpisah dengan Cik Aini satu hari nanti.

"Bukan masalah sangat pun, Cik Aini. Stress sikit je" Cik Aini mendengar. Faham sangat dengan Arrieya. Walaupun tertekan sedikit sahaja, mula lah mengurung diru dalam bilik.

"Stress sebab Ameer ya ?" Tembak Cik Aini. Arrieya hanya mengangguk kecil.

"Ameer buat apa kat Arrieya sampai stress sangat ni ? Biar Cik Aini pukul dia" Gurau Cik Aini mahu menghiburkan Arrieya.

"Ada-ada je la Cik Aini ni. Ameer cakap kat i yang dia suka i. Lepastu, dia suruh i balik rumah mummy dengan daddy. I tak nak lah, Cik Aini !" Adu Arrieya. Bibir dimuncungkan sedepa.

"Ameer cakap kat Cik Aini yang Arrieya girlfriend dia. Betul ke ?" Tanya Cik Aini ingin kepastian. Jujurnya, dia tak percaya dengan kata-kata Ameer tempoh hari.

"I girlfriend dia ?! Memang tak lah ! Dia tu yang perasan. I anggap dia sebagai kawan je and tak pernah lebih dari tu pun" Jelas Arrieya semangat. Gigi diketap geram. Suka hati mak nenek dia je cakap aku ni girlfriend dia. Memang tempah maut namanya tu.

"Ye lah ye lah. Cik Aini percayakan Arrieya" Kesian pula melihat muka Arrieya yang memerah. Mungkin menahan marah. Siapa je tak marah kalau lelaki yang kita tak suka tiba-tiba je cakap kat orang lain yang kita ni girlfriend dia.

"Cik Aini. I ada something nak tanya" Cik Aini tersenyum manis sebelum mengangguk.

"Macam mana kalau nanti daddy dan mummy datang ambil i ? Maksud i, kalau satu hari nanti, i dah nak tinggalkan rumah ni. Apa perasaan Cik Aini ?" Tanya Arrieya. Sedaya upaya menahan sebak. Kerap juga dia berfikir tentang itu sejak akhir-akhir ni.

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now