D U A P U L U H L I M A

364 12 0
                                    

Pinggan yang berisi nasi goreng dibawa sekali memasuki bilik itu. Sekujur tubuh yang sedang termenung memandang tingkap dipandang sayu. Perlahan-lahan gadis itu menghampiri katil dimana lelaki itu sedang termenung.

"Abang" Tegur gadis itu lalu melabuhkan punggung di sebelah Si Abang.

"Abang, jom makan. Siang tadi abang langsung tak makan" Pujuk gadis itu. Kesian akan keadaan abangnya itu.

"Abang, jangan lah macam ni. Ha ni Mia ada masakkan nasi goreng untuk abang" Ujar Mia ceria tetapi hanya lakonan semata-mata. Dia tidak boleh bersedih di depan abangnya. Dia perlu kuat.

"Abang Izz..." Panggil Mia lagi bila abangnya langsung tidak menghiraukannya.

"Aku tak nak makan. Kau keluar sekarang" Halau Izzrif kasar. Mia menghembuskan nafas perlahan menahan sabar.

"Kenapa abang degil sangat ni ? Siang tadi abang tak makan. Sekarang pun tak nak makan jugak ke ? Abang tolonglah. Utamakan kesihatan abang dulu" Hambur Mia geram. Dia pun ada limit juga. Kalau Izzrif terus terusan keras kepala, memang sabar dia kian menipis.

"Heh, tak ada apa yang penting selain Rya. Abang tak kisah kalau abang sakit tenat sekalipun. Asalkan abang dapat jumpa dia, Mia" Kata Izzrif sayu. Setitis air matanya menitis. Mia cuba menahan sebak.

"Abang, jangan lah macam ni. Kalau abang sakit macam mana ? Mia tak ada orang lain selain abang. Abang tak kesiankan Mia ke ?" Mia sedaya upaya menahan air matanya dari menitis.

"Abang rindu Rya, Mia" Rintih Izzrif dengan senyuman tawar.

"Mia pun rindu dia, abang. Dia kawan baik Mia. Tapi sekarang, kita kena terima kenyataan. Dia bukan Rya yang dulu. Yang selalu ada dengan kita" Perlahan sekali suara Mia tapi masih dapat didengari Izzrif. Serta merta dia sedih bila teringatkan tentang Arrieya, kawan baiknya.

Izzrif tersenyum bila teringatkan gadis kesayangannya. Gadis itu lain. Sangat istimewa tapi dia yang salah kerana tipu gadis sebaik Arrieya.

"Wow, cantiknya view kat sini ! Awak, tolong ambil gambar saya !" Kata Arrieya teruja. Angin sepoi sepoi menerbangkan sedikit rambut Arrieya.

"Ha cepat. Pergi diri kat sana" Balas Izzrif. Dilayan sahaja kehendak Arrieya.

Lagipun, dia cuba berlagak tenang untuk menghilang rasa berdebar. Rasa berdebar ini tak pernah hilang kalau dengan Arrieya.

Tambah-tambah bila dia dah buat keputusan untuk meluahkan perasaan pada Arrieya hari ni. Makin menggila jantungnya. Dia risau kalau-kalau Arrieya tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Dia risau seandainya dia bertepuk sebelah tangan.

"Ha cantik tak ? Perfect ?" Tanya Arrieya lalu berlari anak ke arah Izzrif yang sedang melihat gambar Arrieya yang baru ditangkapnya.

"Of course la cantik. Kalau tak cantik, bukan Rose Arrieya la jawapannya" Balas Izzrif. Arrieya memandang Izzrif pelik. Jarang betul lelaki ni puji aku. Ni mesti ada apa-apa.

"Thanks, saya tahu saya selalu cantik. Erm awak... Kenapa awak bawak saya kat tempat macam ni ? You know what i mean, right ?"

"Saya pilih tempat ni sebab saya ada nak bagitahu something kat awak" Jawab Izzrif. Debaran di dada bukan main menggila.

"Aik, kalau setakat nak bagitahu something, kat mana-mana pun boleh. Tepi jalan pun boleh" Balas Arrieya. Izzrif harini cukup pelik pada pandangannya. Style rambut lain, pakaian smart smart. Obvious sangat !

"Erm dah lah. Kita straight to the point okay ? Apa yang awak nak bagitahu saya ?" Tanya Arrieya tidak sabar. Izzrif sempat menarik nafas untuk bertenang sebelum bersuara. Kali ni, memang dia yakin nak confess. Kalau Arrieya reject pun dia tak kisah sebab dia dah berjaya luahkan.

"I love you" Ucap Izzrif. Izzrif menarik nafas lega bila kalimah itu meluncur keluar dari mulutnya. Sekurang-kurangnya dia tak pendam seorang diri.

"Huh, w- what ?!" Arrieya tersentak dengan pengakuan drastik itu. Fikirnya, Izzrif hanya bergurau. Abang Mia ni bukannya betul sangat. Tak boleh dibuat main.

"I said i love you. Saya cintakan awak, Rya. Saya sayangkan awak dengan sepenuh hati saya" Luah Izzrif tanpa rasa gentar. Debaran tadi hilang begitu saja.

"Er s-saya tak tahu nak c-cakap apa. Are you kidding me right now ?"

"No, Rya. I'm really serious this time. Rya, first time saya nampak awak, saya betul-betul dah sukakan awak. Rya, malam tu saya tak dapat tidur tenang. Saya selalu fikir pasal awak, Rya.

Saya cuba halang tapi tak boleh. I'm really in love with you and perasaan tu jugak buat saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi" Luah Izzrif lagi.

Dia tersengih bangga bila berjaya meluahkan semuanya. Wajah Arrieya dipandang. Betul-betul kenyataan dia itu buatkan Arrieya tak selesa.

"Maaf, saya buat awak tak selesa dengan pengakuan saya tadi. Tapi saya cuma bagitahu apa yang saya rasa. That's all, Rya. Saya tahu awak tak pernah anggap saya lebih dari seorang kawan" Kata Izzrif lagi.

"Izz, saya..."

"It's okay. Saya tak kisah pun. Saya harap awak tak jauhkan diri dari saya. Saya taknak friendship kita rosak sebab hal remeh ni" Izzrif senyum kelat.

"Er Izz. i— er i tak tahu nak cakap macam mana" Ujar Arrieya. Perasaan terkejut bercampur berdebar bila Izzrif dengan beraninya confess.

"I understand if you can't accept me as your boyfriend. I really understand, Rya. Tapi saya tak boleh pendam perasaan saya ni lama-lama. Sa-saya happy dapat confess kat awak" Izzrif cuba menyorokkan muka keruhnya.

"Izz, seriously you make me shocked. I admit awak memang romantik tapi tak perlu lah nak buat drama macam dalam tv" Arrieya ketawa terbahak-bahak. Kelakar dengan reaksi Izzrif.

"It's a yes ?" Tanya Izzrif ingin kepastian. Dia betul-betul bingung sekarang. Mana tidaknya kalau Arrieya tiba-tiba ketawa sedangkan dia sepenuh hati jadi serius.

"Entah lah Izz. Saya cuma terima kalau awak datang rumah saya then jumpa mummy dengan daddy" Usik Arrieya lalu tergelak. Tidak lupa juga Izzrif yang ketawa sedikit.

Dia betul-betul dah terkena sekarang. Mesti jadi bahan usikan Arrieya nanti. Sepatutnya dia cuma cakap yang dia cintakan Arrieya. Tak perlu nak hurai panjang-panjang.

"HAHAHAHAHA kelakar lah awak ni Izz. Tak sabar nak cerita kat Mia" Izzrif menahan malu. Memang habislah dia kalini kalau Mia tahu tentang ni ! Memang kena kutuk 5 keturunan !

"Woi tak payah lah. Menyampah lah macam ni. Menyesal confess !" Arrieya masih lagi tidak henti ketawa. Tambah-tambah lagi bila Izzrif membuat muka cemberutnya.

Izzrif tersenyum sendiri saat teringat kenangan manis itu. Sejujurnya, itu lah saat terindah dalam hidupnya. Saat terindah bersama gadis tersayang, Rose Arrieya.

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now