E M P A T P U L U H S A T U

343 5 0
                                    

"Jadi, bila agaknya majlis boleh berlangsung ?" Soal Cik Aini gembira. Dapat jugak merasa ada menantu. Lagi-lagi kalau menantu tu orang yang memang dah rapat. Orang cakap dah sekepala.

"Yang tu saya pun tak pasti, Aini. Apa-apa kita kena bincang dengan tuan punya badan" Puan Sri Maria menjeling ke arah Arrieya yang tersenyum-senyum dari tadi.

"Nampaknya, Rya dah tak sabar nak jadi bakal menantu umi, kan ?" Gurau Cik Aini. Merah habis muka gadis itu bila diusik begitu.

Ya, sejak luahan cinta dari Arrieya, Adam terus masuk meminang gadis itu dan sekarang, secara rasminya, Rose Arrieya Tan Sri Amin sudah memegang status sebagai tunang orang.

Dari itu juga lah, nama panggilan Cik Aini dan Arrieya mula berubah. Bukan ke arah keburukan malah ke arah kebaikan. Kata Cik Aini, lebih baik panggilnya umi sebab tak lama lagi, Arrieya akan menjadi salah seorang ahli keluarganya.

"Betul lah cakap Aini tu. Tak sabar sangat nak kahwin agaknya. Sampai kita yang bercakap dari tadi pun tak dengar. Sibuk dalam angan-angan dia je" Kata Puan Sri Maria pula.

"Mana ada berangan lah" Nafi Arrieya. Dia bukan berangan cuma teringatkan tunangnya.

"Erm.. kejap eh mummy, umi. Rya nak naik atas jap" selepas mendapat anggukan kepala dari Cik Aini dan Puan Sri Maria, Arrieya laju memecut ke tingkat atas atau lebih tepat lagi ke biliknya.

Sampai sahaja di biliknya, Arrieya terus menghubungi Adam merangkap tunang tersayang.

"Hello, Adam" Sapa Arrieya sedikit teruja.

"Ha ye. Kenapa call aku, Rya ? Nak apa ? Kek ke coklat ?" Tanya Adam di talian. Tambah dengan perlian lagi. Mentang-mentang lah haritu suruh dia belikan coklat dengan kek, nak merungut pula. Tak habis-habis diungkitnya.

"Tak lah. I nak banglo pulak kali ni. Boleh ?" Arrieya menyoal dengan perasaan menyampah. Dia yang start loyar buruk dulu, kita sambung aje lah.

"Woi, kering lah poket aku macam ni !" Gurau Adam lagi.

"Hm, tak ada lah. Gurau je. Ha ni, you kat mana tu ha ?"

"Kat gallery ni. Datang lah" Arrieya segera membuat muka.

"Ish tak nak lah. I dah serik pergi gallery you. Dah la ramai orang" Adam tergelak mendengar balasan Arrieya.

"Mana ada ! Haritu ada sale, mesti lah ramai orang. Sekarang ni tak ada sale, tak ada orang mana pun. Kalau kau kesiankan aku, kau datang sekarang" Arah Adam suka hati.

"Ish you ni, Adam. Suka sangat paksa-paksa orang" Rungut Arrieya. Sejak Adam rasmi menjadi tunangnya, ada je perangai mengada dia. Gatal pun dah semakin meningkat.

"Datang lah. Nanti kita pergi lunch, ok ? Aku nak sambung kerja dulu. Nanti kalau sampai, bagitahu" Arrieya hanya mengiyakan sahaja kata-kata Adam lalu dia terus bersiap-siap mahu ke gallery Adam.

<><><>

"Qairil, kau nak makan apa ? Harini aku belanja kau" Ujar Ameer ikhlas. Qairil sedikit terkejut namun tak lama selepas itu, dia tersenyum lebar. Selebar-lebarnya.

"Thank you, bro ! I love you" Ameer membuat muka jijik sebelum Qairil ketawa terbahak-bahak.

"Kau tak nak makan ke, Am ?" Ameer sekadar menggeleng kepala tanda tidak mahu. Ice tea dihadapannya diminum perlahan.

Matanya meliat memerhati sekeliling. Dulu, Restoran ni lah yang dia dan Arrieya selalu lepak. Sekarang ? Semua tu dah hilang. Tiba-tiba matanya tertumpu pada pasangan yang rancak berbual.

Dengan tidak malunya, Ameer menuju ke arah pasangan itu lalu melabuhkan punggung di kerusi kosong.

"Hye lovely couple" Sindir Ameer dengan tangan berpeluk tubuh.

"Salam sejahtera ke atas kamu juga" Arrieya ketawa mendengar perlian Adam.

"Kau memang tak serik-serik kan cari pasal dengan aku" Marah Ameer geram. Kalau Adam seorang yang perlinya tak apa lah juga. Ni sekali dengan Arrieya gelakkan dia. Siapa tak marah, kan ?

"Aku pulak. Kau tu ha. Tiba-tiba menyemak kat sini. Kau tak ada kerja ke ? Asyik stalk kitorang je" Adam menyuapkan nasi yang terhidang ke dalam mulutnya.

"Aku stalk ? Apa ingat kau ni hot stuff ke ? Muka macam longkang je aku tengok" Adam mengangkat kening sebelum memandang Arrieya disebelahnya.

"Sayang, muka aku ada nampak macam longkang ke ?" Pantas Arrieya menggeleng.

"Tak ada lah. Muka you handsome apa ! Kalau tak, takkan lah i nak kahwim dengan you kan ?" Tambah Arrieya. Sebenarnya, dia sengaja puji ingin sakitkan hati Ameer. Bukannya nak puji sangat pun. Walaupun hakikat sebenar, Adam memang hensem.

"Kau dengar tak ? Mesti lah dengar kan. Kau tak pekak lagi" Adam tersenyum senget ke arah Ameer.

"So sayang.. Kalau kau diberi pilihan, kau nak kahwin dengan aku ke Ameer ?" Sengaja Adam ingin menambah bara di hati Ameer.

"Mesti lah dengan you !" Ujar Arrieya pura-pura excited. Dalam hati, nak je cekik-cekik Adam. Malu tahu tak ?

"Ha, jadi maksudnya kau lah muka longkang ! Sebab tu sayang aku sorang ni tak pilih kau. Ada faham ?" Ameer merengus kasar sebelum memandang Adam tak puas hati.

"Am, kau buat apa weh kat sini ? Tadi cakap nak belanja aku" Celah Qairil yang baru sampai. Mata dia tertumpu pada Adam dan Arrieya di hadapannya. Haih, mesti Ameer ganggu Arrieya lagi. Susah betul laki ni nak move on.

"Oh Adam, Rya" Qairil segera menyalami Adam. Rya hanya tersenyum nipis.

"Weh Qairil. Boleh tak heret kawan kau ni jauh-jauh. Menyemak je kat sini" Qairil tergelak kecil melihat muka bengang Ameer.

"Kau memang nak kena tumbuk la Adam !" Ameer bangun sebelum baju Adam ditarik kasar.

"Weh rilek lah. Kat kedai ni woi" Halang Qairil. Mata-mata yang tertumpu pada mereka dihiraukan sahaja. Tapi, tipulah kalau cakap tak malu kan ?

"Budak ni lah ! Saja buat aku naik angin" Bentak Ameer bila Qairil seperti menyebelahi Adam.

"Aku dah besar la gila ! Jom ah Arrieya. Serabut betul lah aku !" Arrieya hanya diam. Dia hanya menurut kata Adam.

"Qairil, jaga sikit kawan kau ni. Nanti sesat kat meja orang lain pulak" Sempat lagi Adam menyindir Ameer yang jelas kelihatan sedang menahan sabar terhadapnya.

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now