D U A P U L U H E N A M

360 12 0
                                    

"Wow, anak mummy ! Buat apa ni sayang ?" Tanya Puan Sri Maria. Hairan bila anaknya itu seperti disampuk hantu. Boleh pulak turun ke dapur. Selama ni, habis-habis pun dekat meja makan je. Tak sampai langsung kat dapur.

"Hai mummy. Rya buat cake ni ha" Bagitahu Arrieya teruja. Lain pula dengan Puan Sri Maria yang terkejut beruk dengan pernyataan anaknya itu. Unbelievable !

"B- buat cake ? Anak mummy ni kena rasuk dengan hantu mana ni, hmm ?" Puan Sri Maria masih tidak percaya. Lain betul Arrieya malam ni.

"Hish apa pulak kena rasuk dengan hantu. Rya tengah buat cake chocolate ni. Takkan mummy tak nampak" Terselit sindiran halus dalam jawapan yang diberi kepada Puan Sri Maria.

"Sejak bila pulak Rya pandai buat cake ni ? Mummy rasa nak gelak lah pulak" Ujar Puan Sri Maria sambil tahan tawa.

"Apa mummy ingat Rya tak pandai baking ke ?" Sedikit kecil hati dengan mummynya. Ada ke pandang rendah kat anak sendiri.

"Mana ada. Mummy tahu Rya pandai buat semua benda. Cuma mummy terkejut sikit lah. Tetiba je"

"Eleh mummy ni. Biar lah Rya buat cake. Bukan salah pun" Balas Arrieya sambil tangan mengacau coklat di dalam mangkuk besar.

"Sejak bila Rya pandai ? First try ke ni ?" Soal Puan Sri Maria ingin tahu. Matanya melihat anak perempuannya yang sibuk menyempurnakan coklat.

"Masa Rya kat rumah Cik Aini. By the way, mummy. First try Rya pun dah jadi. Ha hebat tak anak mummy ni ?" Kening diangkat berkali-kali kearah Puan Sri Maria.

"Hebat. Macam mummy lah kan" Gelak Puan Sri Maria. Tak salah kalau bangga diri sekali sekala. Lagipun dengan anak je bukan orang lain.

"Perasan je mummy ni" Usik Arrieya lalu mencebik.

"Oh mummy ! Tadi Rya ada pergi rumah Cik Aini. Dia kirim salam" Bagitahu Arrieya. Nasib baik teringat. Kalau tak, hmm... Puan Sri Maria mengangguk. Salam dijawab di dalam hati.

"La Rya pergi rumah Cik Aini la petang tadi kiranya" Arrieya mengangguk mengiyakan kata-kata Puan Sri Maria.

"Macam mana Cik Aini. Sihat ke ?"

"Haah, sihat" Jawab Arrieya ringkas.

"Mummy nak juga pergi rumah dia tapi tak ada masa. Butik sibuk betul sekarang" Rungut Puan Sri Maria. Ingin sangat pergi ke rumah Cik Aini untuk berterima kasih kerana menjaga anaknya. Dah la masa jemput Arrieya tidak sempat bersembang lama. Apa pula mereka fikir.

"Bila je mummy tak busy. You always with your work. 24 hours. Rya suruh stay kat rumah kan taknak" Puan Sri Maria tersenyum nipis. Anaknya itu selalu suruh dia tutupkan butik. Bukan taknak tapi semua itu kerjayanya. Minat.

"Macam mana mummy nak duduk rumah. Siapa nak uruskan butik ? Mummy tak nak tutup butik tu macam tu je tau" Arrieya mencebik.

"Eleh mummy. Bukannya luak apa pun kalau butik mummy tu tutup. Lagi satu, pekerja kat butik tu punyalah ramai. Mummy je terlebih rajin nak ulang alik tiap hari pergi butik" Luah Arrieya. Memang ini yang dirasakannya selama ni.

"Mummy kena pantau diorang. Takut curi tulang" Jawab Puan Sri Maria manakala Arrieya menggeleng. Dah nama Puan Sri Maria mesti jenis ikut kepala sendiri.

"Atau Rya nak uruskan butik mummy ? Boleh la mummy rehat-rehat kat rumah" Cadang Puan Sri Maria. Sebenarnya, dari dulu lagi berharap agar Arrieya buka hati mahu membantu uruskan butiknya itu.

"Entah lah mummy. Rya malas lagi lah nak kerja. Tapi tengok lah nanti-nanti. Rya fikir dulu" Terkejut Puan Sri Maria dengan kenyataan anak nya. Mana tidaknya, selama ni hanya kata putus diberi Arrieya.

Kalau ditanya pasal uruskan butik, jawapannya mestilah 'no' 'taknak' 'never'. And sekarang ? Memang betul-betul jawapan positif. Senyuman terukir dibibir.

<><><>

Cik Aini laju melangkah ke arah sofa di ruang tamu. Terlihat anaknya sedang menonton televisyen. Senyuman nipis diukir.

"Haih Adam, biasanya dah hilang dalam bilik waktu-waktu macam ni" Cik Aini mengambil tempat duduk di sebelah Adam. Lelaki itu hanya buat tak tahu saja.

"Tak ngantuk lagi" Balas Adam ringkas.

"Kenapa ni Adam ? Ada masalah ke ? Meh cerita kat Umi" Pujuk Aini lembut. Pelik juga dengan Adam sejak kebelakangan ni. Asyik diam je. Dengan dia sendiri pun cakap nak tak nak je.

"Tak ada masalah apa pun. Adam okey je ni ha" Balas Adam senada.

"Umi tahu Adam marahkan umi. Mesti sebab Ameer kan ?" Teka Umi. Dia cuma mengagak. Sejak Ameer muncul, Adam dah tak banyak cakap. Sepatah ditanya, sepatah jugak dijawab.

"Dah tahu kenapa umi tanya lagi ?" Cik Aini menghembus nafas perlahan. Adam memang keras hati sedikit. Kalau tidak suka, maka tidak sukalah jawapannya.

"Adam, sampai bila nak marahkan Ameer ? Dia dah ada dengan kita balik kan. Ini kan yang Adam nak selama ni" Adam memandang Cik Aini dengan kerutan di dahi.
Ni lah malas buka topik pasal Ameer.

"Bila Adam nak semua tu ? Umi dah lupa ke apa yang Ameer cakap kat kita ? Dia hina kita, umi ! Hina ! Kenapa senang sangat umi maafkan dia, huh ?" Bentak Adam tiba-tiba.

"Sebab dia anak umi, Adam. Abang Adam. Sebab tu umi maafkan dia" Jawab Cik Aini lembut. Dia tidak boleh marahkan Adam juga. Dia tahu Adam masih marah dengan Ameer.

"Umi ingat dia tu dah berubah betul-betul ke ? Tak umi, tak ! Dia masih lelaki tak guna !" Sambung Adam lagi. Marahnya tidak dapat ditahan lagi.

"Adam, umi percaya Ameer dah betul-betul berubah. Tak salahkan kalau kita maafkan dia"

"Adam takkan maafkan dia, umi. Takkan" Ujar Adam sedikit keras di hujung ayat.

"Adam—

"Sekarang Adam nak umi bagitahu Adam. Apa yang dia nak lagi ? Apa yang dia nak dengan kita ? Duit ?" Laju Adam memotong cakap Cik Aini. Cik Aini hanya mengeluh perlahan.

"Ameer minta Umi hantarkan rombongan meminang pada Arrieya" Jawab Cik Aini satu nafas. Luruh jiwa Adam saat mendengar jawapan Cik Aini.

Amarahnya membuak-buak. Sakit hatinya bergunung-gunung. Kalau lelaki tu ada di hadapannya sekarang, mahu saja dipecahkan mukanya.

"No, Adam takkan benarkan. Umi jangan nak memandai ikut cakap dia !" Larang Adam sedikit tinggi suara. Bukan niatnya mahu meninggikan suara tetapi marahnya pada Ameer membuak-buak.

"Tapi, Ameer betul-betul sayangkan Arrieya. Umi nampak keikhlasan dia, Adam. Umi yakin Ameer dah betul-betul berubah" Adam menggeleng laju. Takkan ! Semua tu takkan jadi.

"Tak, Umi jangan sesekali dengar cakap dia. Kali ni Adam merayu tolong jangan. Tolong" Lirih Adam dengan hati yang berkecai bila Cik Aini menyebelahi Ameer. Uminya tak nampak ke selama ni atau pura-pura tak nampak ?

"Kenapa Adam ? Kenapa ?" Cik Aini berada di tengah-tengah. Dia sayangkan kedua-dua anaknya. Dia tidak mahu berat sebelah.

"Sebab Adam sayangkan Arrieya"

Cik Aini terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Adam. Betulkah apa yang dia baru dengar. Ya Allah...

"Adam... Umi-"

"Adam sayangkan Arrieya, umi. Adam cintakan Arrieya. Umi tolong jangan ikut cakap Ameer" Rayu Adam. Muka anaknya ketika itu sungguh serabut. Cik Aini meraup muka. Kenapa kedua-dua anaknya cintakan perempuan yang sama ?

HER | ADAM X ARRIEYAWhere stories live. Discover now