11

6K 367 49
                                    


"Weh hadif nak lepak mana ni?" Tanya ammar kepada rakan baik yang paling dia sayang heshtag till jannah nya si hadif. Mereka yang baru sahaja habis class bercadang untuk study lebih. Bagus mereka ni. Bukan macam si irham tu. Lepas habis class terus pecut makan di kafeteria. Orang ajak study masatu juga dia buat buat pekak. 24 jam lapar!

"Lepak jela dekat library. Kat mana lagi kau nak lepak?"

Ammar seperti berfikir.
"Lepak kedai mamak lepastu makan roti canai pusing ala ala padayappa."jarinya dipusing ala ala rajnikan. Tah macam mana la nak eja rajnikan aku pun tak tahu.

"Tak lawak jantan."

Ammar mencebik.
"Itulah aku pun rasa bakat melawak aku dah lacking."

Jawapan ammar hanya mampu dibalas jelingan hadif.

"Bukan lacking tapi kau memang tak lawak mar! Bawak bawaklah sedar diri! " ammar memegang dada. Sakit pula dikecam setepek oleh hadif.

"Eh apa masalah kau ni?!"

Sedang mereka berjalan, telinga mereka menangkap suara perempuan kuat. Terus mata mereka dihalakan ke arah perempuan yang jauh 50 meter dari mereka. Kelihatan gadis tersebut sedang menahan beg sandangnya daripada ditarik oleh seorang lelaki yang memakai cap dan memakai mask hitam.

Akibat geram,lelaki itu menolak tubuh gadis itu hingga terjatuh duduk. Lalu terlepas pegangan pada beg sandangnya.

"Adui!" Ucap perempuan itu sementara lelaki tadi sudah melarikan diri dari tempat kejadian.

Ternganga mulut ammar melihat kejadian di hadapan matanya. Bahu hadif ditepuk bertalu talu.
"Weh dif! Perempuan tu! Kena ragut siot!"

Hadif mendecit.
"Aku tahulah! Aku pun nampak! Aku tak buta lagi!" Dah sah sah aku sebelah dia tengok aksi tadi.

Ammar menggaru kepala dengan wajah cemas.
"Weh hadif, aku kejar peragut tu, kau pergi tolong perempuan tadi..."

Belum sempat ammar habis bercakap dirasakan angin menampar pipinya.

Kelibat hadif sudah hilang! Rupanya hadif lebih cepat bertindak dengan membuka langkah dan berlari bagai dirinya atlet olahraga 200m sekolah. Ammar tercengang melihat kepantasan hadif yang berani bertindak pantas darinya yang cemas .

Ammar nenggaru kepala. Blur.
"Apa eh aku nak buat tadi ? Oh aah awek tu!" Ammar laju berlari anak ke arah gadis yang masih terduduk itu.

Lelaki tadi  melihat beg sandang di tangannya. Dia tersenyum puas di sebalik mask hitamnya.

Baru sahaja dia nak bersorak riang.
"Hey bitch?"

Terasa dirinya dipanggil oleh seseorang dari belakang walau bunyi nama itu kedengaran bukan macam namanya. Malah bunyi seperti makian sahaja.

Terkejut dirinya apabila belum habis pusingkan kepala, mukanya sudah selamat ditumbuk oleh mamat mana entah!

Dia jatuh terlentang. Sang mamat penumbuk itu terus menahan dia dari bangkit dengan menahan kedua belah bahunya dari bangkit. Sakit woi mamat ni tumbuk!

"Apa nak jadi kau ni ha meragut? Macam mana kau boleh masuk universiti ni tapi otak kau paras macam bawah tapak kaki aku? Bodoh tak bertempat! Ha?!" Hadif kuat bertanya dengan wajah garang menahan pemuda itu dari bangun. Selalunya kalau aku tunjuk muka garang terus manusia semua terkucil.

"Ampun bang!ampun!saya tak ada niat pun nak ragut dia!" Kalut pemuda itu menjelaskan hal sebenar dengan suara kurang jelas kerana mulut yang ditutupi mask. Tapi dibalas senyuman sinis hadif.

"Eh kau jangan sembang lah! Tak ada niat konon. Kau bukak mask acah acah kpop kau ni! Sebelum aku tumbuk kau lagi parah mampus cacat terus kau lepas ni!"

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now