Bab 1

103 8 0
                                    

"SIAPA yang buatkan air aku ni? Puihh... Tak sedap!"

Raysa menyumpah sambil menjuihkan mulutnya. Dia meludah ke lantai dengan biadab.

Melisa menggelengkan kepalanya. Faham benar dengan perangai kawan baiknya.

Satu-satunya kawan baik yang dirasakan satu kepala dan member kamcing. Boleh dibawa ke mana sahaja. Tunggang terbalik dunia pun mereka jenis tidak ambil pot.

"Kau ni dah kenapa, Ray? Datang pulak baran kau tiba-tiba."

Melisa selamba menyedut minuman sirap bandungnya. Hurm... sedap aje air ni. Apesal minah ni kata tak sedap? Hatinya hanya mampu berbisik sendiri. Tidak berani diluahkan kepada Raysa.

"Kau cuba rasa air aku ni, Mel. Hah, lepas tu kau kompelin sikit. Aku nak dengar."

Raysa meletakkan gelas minumannya di depan Melisa.

Melisa memandang dengan dahi berkerut seribu. Nak tak nak, terpaksalah dia minum juga. Muka menyinga Raysa dipandangnya lagi.

"Err, sedap... eh, tak... sedap."

Melisa berkata, sedikit tergagap.

"Kau cakap tu biar kasi jelas sikit boleh tak? Sedap ke tak sedap?"

"Tak sedaplah, maksud aku."

"Hah, betul tak aku cakap? Bukan suka-suka aku kompelin. Ini kalau bagi kucing minum pun, kucing pun tak nak tau!"

Raysa berkata kasar.

Melisa membetulkan rambutnya yang ditiup angin sepoi bahasa lewat petang itu.

Tapi di kala itu, angin Raysa tidak setenang angin yang bertiup nyaman ketika ini. Panas hatinya!

"Dik, ooo... dik!"

Raysa memanggil seorang pelayan perempuan yang kelihatan seperti budak lepasan SPM. Kebetulan dia lalu di sebelah meja mereka.

Melisa membuntangkan mata. Raysa sudah buat perangai gila nampaknya. Mahu kecoh satu kedai makan ini selepas ini.

"Weh, kau biar betul, Ray. Air aje kot. Takkan nak buat kecoh pula?"

"Ah, aku peduli apa! Mamat tu memang saja nak cari pasal dengan aku. Biar aku kasi pelajaran sikit."

"Tak payahlah, Ray. Kau ni... Isy!"

Raysa menjegilkan mata.

"Ye, ada apa, kak?"

Pelayan itu menghampiri dengan dulang di tangannya. Dia berdiri di depan meja mereka.

"Dik, siapa yang buatkan air Milo akak ni tadi?"

"Emm... entahla kak, saya pun tak tau."

Pelayan itu tergaru-garu kepala. Gayanya macam baru masuk kerja sahaja.

"Hai, takkan adik tak tau? Siapa yang selalu buat air kat sini?"

"Oh... rasanya ada sorang abang tu. Entah, tak ingat pula nama dia. Maaflah ye, kak. Saya baru kerja kat sini hari ni."

"Oh, patutlah."

"Akak nak saya panggilkan dia ke?"

Raysa mengangguk.

"Sila panggil dia sekarang. Cakap ada customer nak jumpa."

"Ray, kau..."

"Ah, diamlah kau, Mel!"

Pelayan itu mengangguk. Terus dia menuju ke belakang kedai makan itu.

Mungkin lelaki itu berada di dapur agaknya.

ʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪᴀOnde as histórias ganham vida. Descobre agora