Bab 6

45 8 4
                                    

FAREEZ yang baru mengambil pesanan daripada seorang pelanggan wanita di hujung kedai makan, perasan dengan kehadiran seorang lelaki dalam lingkungan usia awal 60-an.

Lelaki itu merupakan salah seorang pelanggan tetap yang sering dia jumpa. Sampaikan mukanya itu sudah familiar. Fareez boleh mengecamnya sebab lelaki itu biasanya datang setiap kali habis waktu pejabat.

Gaya lelaki itu terang-terang menunjukkan dia adalah orang kenamaan. Seperti orang kaya. Tak pernah walau sekali pun dia tidak bergaya kemas.

Tidak sepertinya yang selekeh. Silap hari bulan, harga kasutnya pun melebihi gaji yang diperolehi Fareez setiap bulan.

Tak silap dia, lelaki itu berpangkat Dato', memiliki sebuah syarikat terkemuka. Lokasi syarikatnya berhampiran dengan restoran majikannya. Itulah cerita yang Fareez dengar daripada orang yang dia kenali di situ.

Majikannya pun selalu bercerita perihal Dato' tersebut.

Fareez tidaklah bertanya lebih-lebih sangat. Tujuannya bekerja bukanlah nak menyibuk dengan urusan orang lain.

Fareez sedar siapa dirinya. Datang ke situ pun sebab nak cari makan demi sesuap nasi.

Kebiasaannya, Dato' itu datang bersama dua lelaki yang berpakaian formal. Belum pernah Fareez melihat lelaki itu bersendirian seperti kali ini.

Lelaki tersebut memandang sekilas Fareez yang berdiri berhampiran, lalu mengangkat sebelah tangan kepadanya.

Fareez angguk sedikit dengan senyuman kecil. Dia mendekati lelaki itu untuk mengambil pesanannya.

"Dato' sorang aje hari ni?"

Fareez berbasa-basi. Dia terus mengelap meja tersebut dengan kain di tangannya.

Dato' Rahman senyum. Tak menyombong langsung.

Bukannya macam seorang pelanggan perempuan yang dia masih ingat sampai sekarang. Kali pertama datang pun Fareez sudah boleh mengagak gadis itu jenis berlagak.

Fareez bukanlah sesuka hati suka menghakimi orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya. Tapi sikap gadis itu ketara menampakkan keangkuhannya.

Selepas kejadian itu, gadis itu sudah tidak berkunjung ke restoran ini. Mungkin sudah serik agaknya.

"Ya, saya dari rumah sebenarnya, terus singgah ke sini."

Fareez angguk faham.

"Dato' nak minum apa?"

"Bagi saya air biasa."

Fareez mengangguk lagi.

"Itu aje Dato'? Tak nak oder makan sekali?"

"Tak apa." Dato' Rahman membalas dengan riak tenang.

"Terima kasih."

"Sama-sama," jawab Fareez.

DATO' RAHMAN melangkah ke kawasan parkir bawah tanah tempat kebiasaannya memarkir kereta. Tiada sesiapa di situ.

Baru saja Dato' Rahman membuka pintu kereta, tiba-tiba bahunya dipegang seseorang. Dia berpaling ke belakang.

Tercegat seorang lelaki yang memandangnya semacam. Dia mengerutkan dahi. Tanpa diduga, lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluar jeannya.

Dato' Rahman terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu memandangnya sebelum berpusing ke kiri dan ke kanan. Dia merapatkan pisau itu ke perut Dato' Rahman.

"Serahkan duit kau sekarang!"

Dato' Rahman panik. Hendak minta tolong, tiada sesiapa di situ.

"Bak sini duit kau. Cepat!"

ʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪᴀWhere stories live. Discover now