Bab 9

33 6 0
                                    

RAYSA sedang bergelak ketawa dan berbual rancak dengan tiga orang kawan clubbingnya sedari tadi. Sesekali dia meneguk air Coke dari dalam gelasnya.

Sikit pun dia tak hairan dengan alunan muzik rancak yang dimainkan di dalam sebuah kelab malam yang eksklusif dan nampak mewah itu.

Dari atas pentas, kelihatan ramai pengunjung yang rancak menari mengikut rentak muzik. Masing-masing dibuai dengan irama muzik tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

"Aku rasa kau kena try usyar mamat tulah, Ray. Tengok tu, dia asyik pandang kau aje dari tadi."

Suzi memuncungkan mulutnya ke arah seorang lelaki yang duduk tidak jauh daripada mereka.

Raysa mengalih pandang. Kemudian dia mengangkat kedua-dua bahu. Dia mencebik.

"Heh, not my taste."

Raysa menjeling dengan penuh lagak. Dia menolak rambutnya yang panjang ke belakang.

"Weh, try ajelah. Tak payah nak jual mahal sangat okey," kerling Suzi.

Dania dan Tasha tergelak.

"Kau takkan tak kenal dengan Ray, Suzi. Dia mana pandang lelaki jenis macam tu. Dia nak yang high class aje."

"Ha'ah. Aku lupa, antara kita berempat ni, Ray paling berduit kan? Maklumlah, dia kan anak Dato'. Daddy dia masyuk tu!" sambung Tasha pula.

"Well, biasalah. Daddy aku memang sayang aku pun. Aku minta apa aje, semua dia bagi. Duit dan kereta. Semuanya aku boleh dapat macam ni aje."

Tap! Raysa memetik jarinya dengan senyuman terukir di bibir merah menyalanya.

"Kalau setakat mamat tadi tu, dia punya jam tangan pun tak branded. Baik tak payah! Buang karan aje dia nak mengurat aku. Silap hari bulan, aku minta dia belikan lingerie aku pun dia tak mampu."

Serentak, mereka semua ketawa besar.

"Kau ni Ray, tak patut tau. At least, bagilah dia peluang nak kenal kau. Kalau akulah, aku habiskan semua duit dia dulu. Lepas tu, aku blahlah." Dania pula menyampuk.

"Kau orang ni kan, memang tak boleh pakailah. Bosan aku cerita pasal lelaki ni. Heh, takde topik lain ke nak cerita?"

Raysa masih seorang gadis yang berprinsip dan keras hati. Dia masih tahu menjaga dirinya.

Dia tahu jika dia dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri, macam-macam perkara buruk boleh berlaku. Banyak mata memerhatikannya. Bersedia bila-bila masa untuk mengambil kesempatan.

"Ray?"

Satu suara menegurnya. Raysa berpaling. Berubah mukanya.

"You buat apa dekat sini?"

Seorang lelaki tercegat di depannya. Mencerlung tajam mata lelaki itu merenungnya.

Raysa sudah tidak senang duduk. Bagaimana pula bekas teman lelakinya itu boleh ada di sini?

"Saja lepak-lepak dengan member I. You pulak buat apa?"

"I pun sama, jumpa kawan. Ray, I nak bincang sesuatu kejap dengan you."

Raysa memandang kawan-kawannya. Mereka semua seperti tidak kisah sahaja.

Raysa bangun daripada duduknya. Dia mengekori langkah lelaki itu ke satu sudut.

"You nak bincang apa lagi, Fendi? Antara kita dah takde apa-apa lagi."

Raysa bercekak pinggang, memandangnya tajam. Fendi tersenyum sinis.

"Janganlah macam ni, baby..."

"You are sick, Fendi! Tak sedar you berhutang dengan I. Pulangkan balik duit I yang you pernah pinjam dulu."

Fendi ketawa. Dia cuba memeluk pinggang gadis itu.

Raysa terus menolak tangannya. Dia merengus kasar. Benci memandang muka lelaki itu.

"You dengar sini, Fendi. I dah lama putuskan hubungan dengan you. I takkan libatkan diri dengan you dan bisnes haram you tu. I takkan sesekali ambil risiko, bersama dengan pengedar dadah macam you. You bercinta dengan I semata-mata nakkan duit I aje, kan?"

"Baby, apa yang baby cakap ni? Jangan nak tuduh I sembarangan ye. Mana you tau I terlibat dengan dadah?"

Fendi cuba memegang tangan Raysa.

Raysa berusaha menepis sedaya upayanya. Merah mukanya menahan marah.

"Lepaskan I lah jantan keparat!"

Tanpa diduga, tubuh Fendi ditolak kuat sehingga terdorong ke belakang. Raysa terkejut bila terpandangkan Izhar.

"Dia suruh kau lepaskan dia, kan? Yang kau degil tu kenapa?"

Izhar bersuara lantang. Menyinga mukanya memandang Fendi yang membisu.

"Hei, bro. Relakslah. Aku bukan buat apa pun."

"Relaks kepala hotak kau!" jerkah Izhar.

Terus dia menarik tangan Raysa keluar dari kelab malam itu. Dia benar-benar marah dan risau dengan adik tirinya itu.

"Kan Abang Iz dah suruh Raysa duduk rumah aje. Tapi Raysa degil, tak nak ikut cakap abang. Nasib baik Abang Iz ada tadi."

"Abang ikut Raysa ke tadi?"

"Dahlah, jom kita balik."

IZHAR keluar dari keretanya sebaik kereta diparkir di pekarangan kediaman keluarga mereka. Dia terpandangkan Dato' Rahman yang baru sampai bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Izhar memandang hairan.

Dia melihat Raysa yang terlena di kerusi sebelah. Segera dia menutup pintu dan menghampiri Dato' Rahman.

"Daddy."

"Iz baru balik ke ni?"

Dato' Rahman memandang anak lelakinya itu, hairan. Sudah lewat malam. Hampir menginjak ke pagi. Takkanlah lewat sangat Izhar baru pulang daripada kerja?

"Sebenarnya Iz jemput Raysa tadi."

"Hmm, dia keluar pergi kelab lagi ke?"

Izhar mengangguk.

Wajah Dato' Rahman bertukar kelat. Dia melepaskan keluhan perlahan seraya menggeleng kesal. Entah apa hendak jadi dengan Raysa. Makin lama makin dia tidak faham.

"Daddy ingatkan Iz baru balik dari ofis."

"Iz dah lama balik. Err, daddy, siapa ni?"

Matanya beralih kepada lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya. Pemuda bertubuh tegap dan tinggi lampai yang berdiri di belakang Dato' Rahman itu dipandang lama.

Lelaki itu tinggi sedikit daripadanya. Berbaju T-shirt lusuh dengan seluar jean yang sedikit koyak di bahagian paha.

"Iz, daddy nak kenalkan, ini Fareez. Daddy dah upah Fareez untuk jadi driver peribadi Raysa. Fareez juga akan tinggal di sini buat sementara waktu ni."

Izhar kelihatan agak terkejut.

"Fareez, ini Izhar. Anak lelaki saya."

Dato' Rahman berkata kepada Fareez.

Fareez menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Izhar. Izhar menyambutnya. Serius wajahnya saat memandang lelaki itu.

"Raysa memang perlukan driver ke sekarang, daddy?"

"Ya, daddy nak Raysa ada seseorang yang boleh bawa dia ke mana saja. Sekurang-kurangnya, daddy tak perlu nak risau lagi."

Izhar seperti ingin berkata sesuatu. Tapi, dibatalkan niatnya itu. Dia akan mencari masa yang lebih sesuai untuk bertanyakan daddynya perihal Fareez.

"Mari Fareez, kita masuk ke dalam dulu ya. Rasanya isteri saya dah lama tidur tu. Esok ajelah Fareez berkenalan dengan Datin Kamelia ya?"

"Baik, Dato'."

#akandatang #dearnovels
#benarkucintadia #amyraaimi

.
.

ʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪᴀWhere stories live. Discover now