Bab 4

56 7 0
                                    

BEG tangannya dicampakkan ke katil begitu saja. Raysa terus berbaring dengan tangan kanannya diletakkan ke dahi. Dia masih sukar melupakan pertemuannya dengan lelaki bernama Fareez itu.

Dia benci dengan dirinya. Kenapa dia masih teringatkan lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu?

Raysa sudah serik hendak memikirkan soal lelaki. Apatah lagi cinta. Baginya, semua lelaki sama sahaja. Hanya tahu mengambil kesempatan. Kecuali, Dato' Rahman dan Izhar. Hanya mereka berdua sahaja lelaki yang paling dipercayainya.

Mungkin ada sesuatu pada Fareez yang dia tidak pasti, yang menyebabkan dirinya sukar melupakan seraut wajah itu.

Apa yang pasti kini, dia begitu membenci lelaki yang bernama Fareez itu. Dia berharap semoga itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir.

Raysa terus menuju ke dapur. Dia menuruni satu per satu anak tangga.

"Raysa?"

Dia berpaling.

"Baru sampai ke?"

Seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap menegurnya dengan senyuman di bibir. Rambutnya disisir kemas, berkemeja putih dengan lengan yang disingsing serta berseluar slek biru gelap.

Raysa memandang seketika abang tirinya.

"Ha'ah. Raysa baru aje sampai. Abang Iz pun baru sampai ke?"

Dia membalas senyuman Izhar.

Izhar mengangguk. "Abang Iz baru balik dari ofis tadi. Raysa dah makan?"

"Belum lagi." Dia menjawab ringkas.

Izhar mengekori langkah Raysa ke dapur. Matanya memandang gadis itu dengan senyuman kecil.

Raysa hanya berpakaian ringkas. T-shirt lengan pendek warna merah jambu dan seluar jean. Rambut paras bahunya dibiarkan lepas bebas seperti biasa.

"Abang Iz dah makan ke?"

"Samalah, belum lagi. Jom, kita makan sama-sama."

"Raysa tak rasa nak makan nasi lagi. Nak makan roti aje. Takpe, Abang Iz makan ajelah dulu."

"Hai, makan roti aje? Kenyang ke?"

Mata lelaki itu melirik Raysa.

Raysa tergelak kecil. Dia menggeleng perlahan.

"Abang Iz tau kan yang Raysa tengah diet sekarang?"

"Serius?" Giliran Izhar pula tergelak.

"Kalau macam tu..."

Izhar merenung lama wajah Raysa dengan senyuman di bibirnya.

"Abang Iz pun tak nak makan jugaklah selagi Raysa tak nak makan dengan abang."

"Alah, tak acilah macam tu."

Raysa menjuihkan mulut.

"Abang Iz nak Raysa makan nasi. Siapa kata, diet tak boleh makan nasi?"

"Raysa dah makan nasi tengah hari tadi masa dekat kampus. Abang Iz makan ajelah. Tak payah pikir pasal Raysa, okey?"

Raysa melirik matanya ke atas. Dia terus mencapai sekeping roti di atas meja. Kemudian disapu peanut butter ke atas roti tersebut dengan sudu.

"Raysa tak perlu nak dietlah. Abang Iz tengok adik abang ni memang dah slim dah pun. Kenapa nak diet?"

"Ni bodek ni, macam ada apa-apa aje."

Sekali lagi tawa tercetus.

Izhar mengambil dua pinggan lalu diletakkan nasi putih. Diberikan pinggan yang berisi nasi putih itu kepada Raysa. Gadis itu sudah angkat kening.

ʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪᴀDonde viven las historias. Descúbrelo ahora