Bab 10

73 6 2
                                    

RAYSA menuruni tangga sambil memicit dahinya. Masih terasa pening.

Kejadian semalam masih berlegar dalam ingatannya. Benci bila teringatkan Fendi. Si penyangak itu tak habis-habis nak kacau hidupnya!

Ah, peduli apa aku. Baik aku pergi mandi dulu.

Raysa berlalu ke bilik di tingkat bawah kerana mahu mengambil tuala baru yang biasanya dibasuh orang gajinya. Ini pun satu hal. Menyusahkan betullah!

Kan dia sudah kata, tualanya itu perlu diletakkan di katilnya siap-siap. Tak pasal-pasal kena turun bawah. Raysa terus merungut sehingga kepalanya berlaga dengan belakang tubuh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mulut Raysa ternganga dengan mata terbuntang luas.

"Hei, kau siapa? Kau... eh, apa kau buat dekat rumah aku ni?!"

Raysa menolak-nolak lelaki yang terpinga-pinga itu.

Fareez turut terperanjat. Bagaimana perempuan berlagak ini boleh ada di sini? Apa kaitannya perempuan ini dengan majikan barunya?

Dia masih ingat gadis ini. Hatinya berasa jengkel setiap kali teringatkan kejadian itu. Disebabkan minah mulut celopar inilah dia telah dibuang kerja oleh bosnya.

Fareez merenung tajam.

"Oh no, no. I cannot brain this."

Raysa memegang kepalanya. Tambah terkejut bila dia melihat lelaki itu menggunakan tualanya. Tuala yang dia paling sayang sebab harganya mahal dan dia beli masa melancong di London.

"Apesal kau guna towel aku? Kau tahu tak aku beli dekat mana? Isy, bak sini towel aku!" teriak Raysa.

Tuala dalam pegangan Fareez cuba dirampasnya.

"Mama! Daddy!" Raysa bertempik lantang.

"Raysa? Kenapa jerit-jerit ni? Terkejut daddy dengan mama dengar."

Dato' Rahman serta Datin Kamelia bergegas dan menghampiri mereka.

Raysa mencebik sebaik terpandang Dato' Rahman. Terus dia memaut lengan ayah tirinya.

"Daddy, apa semua ni? Kenapa dia boleh ada dekat rumah ni? Macam mana daddy boleh kenal dengan mamat gila tak siuman ni?"

Telunjuk Raysa lurus ke muka Fareez. Fareez menjauhkan sedikit mukanya.

"Raysa, tolong cakap elok-elok sikit. Kenapa Raysa cakap macam tu dekat Fareez? Fareez kerja dengan daddy sekarang. Itu yang daddy kasi Fareez tumpang tinggal di sini sekejap," ujar Dato Rahman.

"What?! Daddy... kasi... dia ni tinggal dekat sini?"

Oh my God! Raysa tekup mulut bagai tak percaya.

"Serius?"

"Raysa," tegur Datin Kamelia, jelas tak senang.

"Raysa tak peduli. Siapa dia ni? Tak layak langsung berada di rumah ni. Raysa tak kira. Sekarang ni juga daddy atau mama halau lelaki ni!"

"Dengar dulu, sayang..."

Belum sempat Dato' Rahman menghabiskan kata-katanya, Raysa segera memotong.

"Siapa benarkan lelaki ni tinggal dengan kita? Daddy ni biar betul? Buatnya dia ni perogol bersiri ke, perompak ke... Mana kita tahu."

Raysa sudah bercekak pinggang memandang Fareez. Dia terlalu bengang dan sakit hati.

"And look! Oh my God... Siapa yang benarkan dia pakai towel Raysa?"

Raysa mengangkat hujung tualanya dengan mimik muka geli-geleman. Dato' Rahman dan Datin Kamelia bermuka kesal.

ʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪᴀWhere stories live. Discover now