Bab 8

32 6 0
                                    

SEPAKAN bertalu-talu di muka dan perutnya cukup memeritkan. Debu kotor tanah menghalang pandangannya.

Fareez membuka mata sekali gus tersedar daripada lenanya. Mimpi ngeri itu terus hilang. Sepakan itu makin lama makin kuat. Kedua-dua tangannya menghadang sepakan itu.

"Hoi, budak! Bangunlah!"

Suara keras itu menampar pendengarannya.

Fareez terus bangun daripada pembaringannya. Di depannya kini beberapa orang lelaki yang merupakan samseng jalanan, memandangnya dengan senyuman sinis.

"Kau orang nak apa kacau aku ni?"

Fareez bertanya tenang. Walaupun perutnya masih terasa perit dengan sepak terajang tadi, dia buat tidak endah sahaja. Sebaliknya, dia begitu berani bertentang mata dengan salah seorang antara mereka.

"Kau dah ambil kawasan kitorang."

"Jadi?"

Tubuhnya dihampiri perlahan oleh lelaki itu. Kolar baju lusuh yang dipakainya itu direnggut kasar.

Bau arak kuat menusuk ke rongga hidung Fareez.

"Aku nak kau blah dari sini. Jangan cabar aku, faham?!"

"Kalau aku tak mahu pergi, apa yang kau orang boleh buat?"

Dengan sekali tolak, lelaki yang merenggut kolar bajunya jatuh tersungkur ke tanah.

"Heh, kau ni lembik aje rupanya. Takdelah kuat mana pun aku tengok." Fareez berkata selamba.

Belum sempat dia berlalu pergi dari situ, salah seorang daripada mereka menarik bajunya dari belakang.

"Tak guna kau budak hingusan!"

Penumbuk dihalakan ke mukanya. Fareez lebih pantas mengelak. Dia memegang penumbuk lelaki tersebut. Terus dibalas dengan satu tumbukan di perut. Lelaki itu memegang perutnya yang terasa senak.

Fareez terlupa dia hanya seorang diri. Dua orang lelaki yang lain telah memegang kedua lengannya. Fareez meronta-ronta, berusaha untuk melepaskan diri.

Salah seorang daripada mereka membalas serangan dengan menyepak perut Fareez. Fareez menahan senak. Mukanya pula ditumbuk bertubi-tubi. Darah mengalir dari hujung bibirnya. Teruk dia dibelasah.

Tubuh Fareez terus longlai di situ. Dia terbaring lemah di atas tanah. Tubuhnya disepak sekali lagi. Dia sudah tidak mampu hendak melawan.

"Berhenti!"

Fareez hanya mampu memandang beberapa orang lelaki bersut hitam menghampiri mereka. Mereka mengejar samseng jalanan yang membelasahnya tadi. Malangnya, samseng-samseng itu sempat melarikan diri.

Fareez tidak pasti siapakah lelaki bersut hitam itu. Dia dipapah oleh salah seorang daripada mereka sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta Mercedez Benz hitam.

"Sekarang macam mana Dato'?"

Salah seorang lelaki bersut itu bertanya dan kelihatannya seperti sedang berbual di telefon bimbit.

Fareez memandang dengan dahi berkerut. Mukanya habis kotor dengan kesan tanah dan juga kesan darah.

"Baik, Dato'. Kalau macam tu, kami bawa dia ke hospital dulu. Teruk juga keadaan dia ni."

Lelaki itu terangguk-angguk sambil memandang Fareez.

"Kau orang ni siapa, hah?" Fareez bertanya lemah.

Fareez terasa nak pitam. Dia terlalu lemah. Dalam beberapa saat sahaja dunianya menjadi gelap-gelita.

FAREEZ mula sedar daripada pengsannya.

ʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪᴀWhere stories live. Discover now