Bab 20

125 3 0
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian tersebut.Seminggu juga Zafran pulang lambat dan langsung tidak bertegur sapa dgn Nadia...banyak kali Nadia ingin menjelaskan perkara tersebut namun Zafran langsung tidak ambil peduli lagi.

     Bagi Zafran,tiada guna Nadia jelaskan kerana sudah pasti memang itu salah Nadia...dia memang kasihan melihat Nadia...namun ego lebih tinggi dari rasa simpati sekarang...

     Risya pula...lepas kejadian itu dia telah sembunyikan dirinya...mereka tidak tau di mana Risya berada.Nadia telah penat untuk lalui semua ini..dia tidak kuat seperti yg orang lain cakap,ye depan mereka dia berpura-pura tenang namun disebaliknya hati dia terguris dgn Zafran yg langsung tidak ambil kisah tentang dirinya...setiap hari dia cuba untuk memujuk dan setiap hari jugalah dia diherdik,ditengking dan macam2 lagi...dia dh tak sangup nak hadapi semua ni lagi.

     Masih tergiang-ngiang kata Zafran hari itu.'kau berambus je lah dari rumah ni,semak je aku tgk muka kau!'hina sangat kah dirinya??Dia tidak pernah inginkan semua ini terjadi...bukan dia yg minta tapi dia dipaksa oleh ayahnya itu...masih hidup kah ayahnya itu pun dia tidak tau..

     Nadia tidak betah lagi duduk di rumah itu.Terus dia naik ke atas untuk memasukkan baju ke dalam begnya dan terus melangkah keluar dari bilik itu.Namun sampai di depan pintu bilik Nadia menoleh ke belakang semula.Teringat dia segala kenangan yg berada di dalam bilik ini..pahit manis semuanya ada..tersenyum hambar Nadia.Dia meletakkan sampul surat di tepi meja makeup dan terus turun dan keluar dari rumah itu.

    Sempat dia berpaling ke belakang semula.'Terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak Zaf,saya bukan nak jadi isteri derhaka...saya cuma ingin tenangkan diri...terima kasih rumah sebab kau yg jadi tempat aku meluahkan semua kekacauan dalam hidup aku'bisik hati Nadia sebak.Bergenang air matanya saat melangkah keluar dari rumah banglo itu.Di sini banyak kenangan yg dia dapat namun semuanya hancur dgn perkara pahitnya yg sebelum ini belom pernah terungkai...

💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦

     "Nad nak pergi mana tgh malam macamni"tanya Muaz risau dgn keadaan Nadia yg tidak bermaya..mata sembab.Dia tau masalah yg dihadapi oleh Nadia dan Zafran....namun dia tidak dapat tolong kerana Risya tidak pernah muncul lagi lepas kejadian itu.

     "Nad nak pergi jauh dari sini"balas Nadia lemah.Biarlah dia jauh dari suaminya lepasni...dia dh penat nak hadap semua ni lagi.Dia ingin menenangkan pikirannya."Tapi dah malam ni Nad,abang hantar ye"ujar Muaz prihatin.

     "Abang hantarkan Nad kat hentian bas je...Nad nak balik Penang"balas Nadia lagi."Tapi"namun kata Muaz dipotong laju oleh Nadia."Please bang...Nad cuma nak jumpa kak Fina je and Nad nak duduk sana buat sementara waktu"ujar Nadia merayu kepada Muaz.

    Muaz mengeluh."Okay abang hantarkan tapi Nad kena janji jangan lupa call and selalu jaga diri Nad tu...faham"balas Muaz mendatar.Dia tidak mampu lagi untuk menghalang Nadia..biarlah dia berjumpa dgn Kak Fina...kakak sedaranya itu.

     Muaz pun menghantar Nadia ke hentian bas."Hati-hati tau"pesan Muaz lembut.Nadia hanya mengangguk sambil tersenyum manis.Dia cuba tersenyum walaupun merasa tawar.

    Setelah selesai menghantar Nadia,Muaz pulang ke rumah...nanti dia ingin berjumpa Zafran dan akan buat perhitungan tentang masalah ini.Kalau dibiarkan makin melarat pulak..

   💨💨💨💨💨💨💨💨💨💨

Pagi harinya...

   Muaz memandu kereta menuju ke sebuah tasik yg tenang.Dia sudah memaklumkan kepada Zafran untuk berjumpa di situ.Muaz melangkah ke arah bangku yg kosong si bawah pokok yg rendang..(hahha korang fahamkan jelah masuk rendang tu eeh..bukan rendang ayam tau ni rendang for suasana macam tulah😂😂😂)

Layakkah Aku..[C]Where stories live. Discover now