🦋 prolog

1.3K 102 13
                                    

"Jimin hensem giler!"

"Weyh, Seventeen buat comeback ke bulan depan?"

"Oneus ada post baru weyh! Tengok ni!"

"Kau minat Red Velvet? Samalah!"

Aku cuba menghiraukan suara-suara yang membingitkan telingaku dengan menguatkan lagu yang kudengari melalui earphone di telinga.

'Ugh, setiap hari benda yang sama'

Percaya atau tidak, seluruh kelasku bahkan para lelaki juga meminati industri kpop padahal aku yang sebaliknya.

Aku bukan mahu menghina atau mempertikaikan cuma aku memang tak suka lagu-lagu dorang lagipun bagi aku visual dorang pelik sikit aku pun tak tahulah.

Sekiranya seluruh kelas suka benda yang sama mesti satu-satunya orang yang tak suka benda tu mesti dipinggirkan. Ya begitu juga aku tapi aku tidak mempedulikannya sama sekali kerana aku sudah terbiasa dan gred pelajaranku juga baik.

Bahkan adikku, Kim Yeona, turut menyukai kpop. Ya hidup disekelilingku semuanya tentang kpop, kpop dan kpop. Untung saja ibuku masih normal dan kami berdua mempunyai citarasa yang sama.

Walaupun kehidupan persekolahanku  tidak sebaik yang kuinginkan tapi aku bahagia kerana mempunyai keluarga yang membuatkanku gembira setiap hari. Aku tersangat menyayangi ibu dan adikku dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.

..kan?



[EDIT] : 18 MEI 2021

Reality 🦋|| Huang Renjun ✓ [COMPLETE]Where stories live. Discover now