⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip mata sahaja, dia telah dikahwinkan dengan Tengku Mikael atas alasan 'terhutang budi'. Siapa cakap perkahwinan aturan keluarga ni bahagia? Kekal hingga mati? Tak! Semua tu hanya hayalan semata-mata. " Kau memang hodoh ke sejak kecil? Baju macam karung guni, beg besar gedabak macam nak lari rumah. Ceh, kau memang bukan test aku." __TENGKU MIKAEL. " Saya akan cuba untuk jadi isteri yang sempurna untuk awak. Tapi tolong terima saya seadaanya." __ SARAH IRDINA Cukup hanya setahun bahagia yang mereka kecapi sebelum badai berganti. Nafsu seorang suami tewas bila digoda dengan orang ketiga. Egonya tinggi melangit sehingga sanggup membuang isterinya yang telah banyak berkorban untuknya. " Dengan bersaksikan semua kawan aku, kau Sarah Irdina aku ceraikan dengan talak satu!" __ TENGKU MIKAEL. Sakit? Kecewa? Sudah tentu. Suami yang telah dia agungkan untuk menjadi pendamping hidup sehingga tua telah menjatuhkan talak ke atas dirinya. Hina ke seorang gadis sepertinya mencintai lelaki yang berpangkat Tengku? Dengan hati yang lara, Sarah telah membawa diri ke luar negara. Cukup susah untuk melupakan segala kenangan manis yang telah tercipta. Saat dia jatuh, ada tangan yang mengangkatnya kembali menjadi seorang yang lebih agung. Kini, wajah Sarah telah terpapar di akhbar dan majalah dengan pencapaiannya sebagai model yang terkemuka. Bahagia sungguh Sarah dengan hidup barunya. Namun, kebahagiaan hanya sementara bila Tengku Mikael muncul semula dalam hidup Sarah untuk menagih simpati setelah satu kebenaran telah terungkap untuk menginsafkannya. " Abang mohon untuk sayang maafkan atas kesilapan abang dulu dan untuk kebaikkan anak kita." __ TENGKU MIKAEL. " Maaf? Senang je kau minta maafkan? Ingat semudah tu je aku boleh lupakan semuanya?Bila kau dah buang aku, kau dah buang sekali anak ni." __ SARAH IRDINA.