14

330 41 13
                                    

Aku tak sabar nak bagi korang baca Chapter 17. Sebab Chapter tu

AKSHSHJAGSKAAHAKAIKAJ

IT'S EXCITING

Bella Minho sangatlah omfg bila aku baca balik, aku sendiri senyum macam bodo

Enjoy reading okay!

---

"Bella salah faham. Dia tuduh aku sentuh dia waktu dia mabuk. Walhal aku tak buat pun benda tu." Timbul rasa kasihan saat Hyunjin melihat Bangchan meraup wajahnya. Lelaki itu kelihatan begitu putus asa.

"Aku boleh tolong kau. Tapi kita kena korbankan seseorang. Kau setuju?"

"Selagi bukan Bella yang tersakiti, aku tak kisah. Aku taknak berpisah dengan dia lagi. Cukuplah sekali saja. Berkurun aku merana rindukan dia, jadi sekarang aku taknak lepaskan dia lagi." Hyunjin mengangguk faham. Pantas dia raih kunci motornya lalu beredar dari rumah Bangchan. Lelaki itu menuju ke tempat yang sudah beberapa hari tidak dia jenguk.

Kedai di hadapannya dilihat. Hyunjin jejakkan kakinya masuk ke dalam. "Hi, Yoobin?" Ucap Hyunjin.

"Tuan Hyunjin? Tuan cari Bella-nim ke? Hari ni Bella-nim masuk lambat—"

"Saya cari awak, Yoobin." Hyunjin jalan mendekati meja kerja Yoobin. Bangku yang ada perlahan ditarik. Hyunjin melabuhkan punggung di bangku tersebut. Yoobin yang kelihatan begitu polos ditatap lama. Senyuman manis dia lemparkan pada gadis mungil itu. Yoobin terlihat kaku dan tidak tahu ingin membalas apa.

"Tuan—"

"Hyunjin. Panggil saya Hyunjin. Boleh saya tahu awak balik kerja pukul berapa hari ni? Kalau lewat, saya boleh tumpangkan." Gadis itu menggeleng perlahan. Dia dengan sopan menolak ajakan Hyunjin yang sebenarnya sangat mahal harganya. Susah untuk seorang Hwang Hyunjin menawarkan tumpangkan percuma pada seorang perempuan.

"Saya dah biasa naik bas. Lagipun, hari ni saya balik awal. Pukul lapan." Senyuman tipis dia pamerkan. Hyunjin menghela nafas perlahan. Dia bangkit dari duduknya.

"Saya tak suka jual mahal. Malam ni saya hantar awak balik, okay? Pukul lapan saya tunggu depan kedai. Oh ye, pastikan awak tak beritahu Bella tau? Bye-bye Yoobin." Sejurus lelaki itu beredar, Yoobin berkerut hairan. Sekarang dia faham mengapa Bella begitu menyampah dengan perangai Hyunjin. Ternyata ini rasanya bila dipaksa walau sudah menolak.

Gadis itu kembali melakukan kerjanya. Jam berputar laju dan kini sudah masuk jam sepuluh pagi. Bella masih belum sampai lagi di butik kerana dia dan Minho sibuk mengurus Jisung yang kemasukan sekolahnya adalah hari ini. Jadi hari ini dia dan Minho memang begitu sibuk. Tambahan pula mereka bukan ibu bapa kepada lelaki itu. Jadi ada beberapa hal yang perlu diselesaikan.

Di sekolah Seoul City, Bella dan Minho sedang menandatangi borang pembuktian kalau mereka adalah penjaga kepada Jisung. Lebih dari dua puluh keping kertas yang perlu mereka tandatangani. Jisung pula sangat gementar menunggu di luar bilik guru. Beberapa pelajar yang lalu kerap memberinya tatapan dan senyuman. Mata mereka juga galak melihat barang yang Jisung gunakan.

Dior, Chanel, Burberry dan Prada yang melekat di badannya sangat mustahil tidak menarik perhatian orang. "Jisung! Jom."

Bella dan Minho sudah selesai semuanya. Mereka membawa Jisung ke kelas yang diberitahu oleh Encik Song Kang selaku guru kelas Jisung. Sampai saja di pintu kelas, Bella menahan sekejap bahu lelaki itu. "Kalau ada jadi apa-apa, beritahu noona atau hyung. Noona pun dah beritahu guru kelas Jisung untuk pantau Jisung. Kalau Jisung kena buli, lawan balik. Jangan diam. Okay?" Perlahan lelaki itu mengangguk.

© MY SIRIUSWhere stories live. Discover now